☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 Mei 2025

Perlumbaan Lasak Rimba Raid X Dilancarkan!

Bagi para peminat dunia motosikal lasak di Malaysia, Rimba Raid tidak perlu lagi diperkenalkan. Bermula dari tahun 2015, saingan Rimba Rais bukan sahaja berjaya menarik minat para pesaing dari dalam negara sahaja malah hampir dari serata dunia di Malaysia ialah Taman Negara Kuala Tahan, Kampung Janda Baik dan yang terkini ialah di Lenggong, Perak Darul Ridzuan.

Dari kiri: Dato' Kapten Haji Nik Huzlan, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar & Tuan Loh Sze Yee melancarkan Rimba Raid 2025 di Ipoh.
Dari kiri: Dato' Kapten Haji Nik Huzlan, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar & Tuan Loh Sze Yee melancarkan Rimba Raid 2025 di Ipoh.

Pengasas Rimba Raid, Dato' Haji Kapten Nik Huzlan sentiasa menekankan acara lumba motosikal lasak ini bukan perlumbaan biasa malah ia memberi peluang untuk para tetamu termasuk para pelumba yang datangnya dari dalam dan luar negara untuk melihat serta menikmati alam semulajadi yang berusia jutaan tahun.

Sebagai contoh, trek baru yang digunakan pada acara Rimba Raid di Lenggong merupakan laluan balak yang telah ditinggalkan sejak 20 tahun yang lalu. Dengan adanya pemantauan dan peraturan ketat yang dikawal oleh pihak penganjur, ia tidak akan menjejaskan atau merosakkan kawasan hutan.

YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar.
YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar.

Pada masa yang sama, sudah semestinya acara Rimba Raid ini akan mempromosikan daerah Lenggong khususnya kepada ramai warga negara yang selama ini mungkin tidak begitu mengenali daerah yang penuh dengan sejarah ini. Ucapan terima kasih dan tahniah wajar diberikan buat kerajaan negeri Perak yang memberi sokongan penuh kepada pihak Rimba Raid untuk menjayakan acara ini sekurang-kurangnya hingga tahun 2026.

Ya...melalui penganjuran ini, ia juga akan membantu tingkatkan ekonomi masyarakat setempat menerusi sewaan tempat tinggal, restoran/kedai makan, krew marshal bertugas dan lain-lain lagi.

Dato' Kapten Nik sentiasa bersemangat menaikkan nama Rimba Raid ke peringkat antarabangsa..
Dato' Kapten Nik sentiasa bersemangat menaikkan nama Rimba Raid ke peringkat antarabangsa..

Rimba Raid juga satu-satunya perlumbaan yang memberi peluang untuk para penonton melihat jentera-jentera lasak berkuasa tinggi yang berharga lebih daripada 100 ribu menempuh pelbagai cabaran dan laluan lasak yang jaraknya lebih daripada 200 kilometer yang terdiri daripada laluan sungai, berbukit, cerun, berbatu, lumpur dan banyak lagi. Ketahanan fizikal, mental dan jentera masing-masing akan diuji ke tahap maksimum sebelum tiba ke garisan terakhir.

Tahun demi tahun, acara ini juga telah berjaya 'menjemput' para pelumba dari pelbagai negara untuk turun mencabar diri. Antara negara-negara yang sering memberi sokongan ialah Thailand (mempunyai pasukan antara yang terkuat), Indonesia (pencabar kuat), SIngapura, Itali, Amerika Syarikat, Taiwan, Turki, Perancis dan banyak lagi.

Jaguh negara, Acoi Pangkolo menunjukkan aksinya di majlis pelancaran Rimba Raid 2025.
Jaguh negara, Acoi Pangkolo menunjukkan aksinya di majlis pelancaran Rimba Raid 2025.
Salah satu perlumbaan yang diadakan di setiap acara Rimba Raid.
Salah satu perlumbaan yang diadakan di setiap acara Rimba Raid.

Untuk edisi ke-10, perlumbaan akan dibahagikan dalam 6 kategori iaitu MasterClass A (1000cc ke atas), Kelas B paling sengit! Ia melibatkan jentera yang berkuasa di antara 250cc hingga 999cc dan lebih rungan berbanding kategori utama. Kelas C pula untuk jentera silinder tunggal dan berisipadu 235cc dan ke atas.

Tiga sanigan terbaru diperkenalkan iaitu Kategori D iaitu Adventure Kapcai, khas untuk motosikal moped yang diubahsuai kepada jentera kembara lasak. Kelas E pula dijangakan paling ditunggu-tunggu. Saingan ini akan memperlihatkan jentera-jentera skuter adventure turun beraksi membuktikan kemantapan masing-masing dan yang terakhir ialah Kelas F yang dikhususnya untuk jentera elektrik (E-Bike) yang akan mempertontonkan perkembangan teknologi dan kelestarian sukan permotoran lasak.

Pemandangan yang cukup luar biasa!
Pemandangan yang cukup luar biasa!

Jom kita berkampung di Lenggong, Perak pada 26 hingga 29 Jun ini untuk memberi sokongan kepada para pelumba kita (Malaysia) yang akan diberi cabaran sengit oleh para pencabar dari luar negara! RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).