☰
Isu Terkini

Oktober 2024

28 Mei 2025

Penunggang Motosikal Maut Langgar Lembu

KOTA TINGGI - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlanggar seekor lembu di Kilometer 3, Jalan Lok Heng–Mawai, di sini pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, kejadian dipercayai berlaku pada jam 7.35 malam ketika mangsa, Mohd Azli Elias yang berusia 47 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC SE (FI) dalam perjalanan dari arah Mawai menghala ke Aping Barat.

“Setibanya di lokasi, motosikalnya hilang kawalan dan mangsa terjatuh di atas jalan selepas terlanggar seekor lembu.

“Mangsa cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut sumber lain, tragedi disebabkan lembu berkeliaran di jalan raya terus menerus meragut nyawa. Sebelum ini seorang penghantar turut maut selepas terlibat dalam perlanggaran dengan haiwan berkenaan. Mangsa dikatakan merempuh lembu yang berkeliaran di Kilometer 5, Jalan Lok-Heng, Mawai pada 15 Mei lalu. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.