Isu
Bagi pencinta dunia motosikal, namanya tidak perlu diperkenalkan lagi selepas menunjukkan kejayaan dan kecemerlangan dalam sukan yang diceburinya. Dia ialah Muhammad Zulfahmi bin Khairuddin, pelumba negara yang sentiasa berusaha keras, jatuh bangun demi mengibarkan Jalur Gemilang di persada antarabangsa.
Saban hari kita akan dapat melihat jenama CMC semakin digunakan oleh para penunggang motosikal di negara ini. Tahniah buat Chear Global Sdn Bhd! Selepas model retro 400cc dan model supermotard, Tekken 250... CMC kini hadir ke pasaran negara dengan memperkenalkan model terbaru Firo SK200.
Tahun 2016, BMW Motorrad hadir ke pameran antarabangsa EICMA dengan memperkenalkan beberapa model baru yang semestinya lebih segar, lebih mantap dan lebih menggiurkan. Terdapat enam model yang ingin RR paparkan iaitu R nine T Scrambler, G 310 R, C 650 Sport, C 650 GT, F 700 GS dan F 800 GS.