Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 11 April 2016

Kasma Ungguli Pusingan Pertama

Juara keseluruhan CP115 musim lalu, Kasma Daniel yang kini berlumba dalam kelas prima ternyata pencabar utama yang perlu diberi perhatian. Walaupun kategori CP130 dibarisi oleh para pelumba berpengalaman, pelumba yang belum pun berusia 16 tahun dari Skudai, Johor ini berjaya mencatatkan masa terpantas di sesi ujian masa untuk merebut petak pertama diikuti Norizman Ismail dan Hafiz Nor Azman di petak ketiga.

“Saya dinasihati pengurus pasukan untuk bermula dengan sempurna agar dapat meninggalkan para pelumba lain dengan pantas. Saya berjaya lakukannya untuk memimpin perlumbaan di litar yang cukup teknikal ini,” komen Kasma.

Dengan mempunyai berat badan sekitar 54kg, jentera milik Kasma ternyata lebih pantas dan lincah untuk meratah litar 1.11 kilometer yang mempunyai 10 buah selekoh ini. Semakin lama dia berjaya membuka jarak untuk menikmati kejayaan pertama di penampilan sulungnya dalam kelas prima. Perlumbaan akhir lebih tertumpu pada perebutan tempat kedua di antara Abdul Muhaimin (Along) yang menunggang Yamaha dan Mohd Zaqhwan bersama jentera Hondanya.

Pergelutan di antara kedua-dua pelumba ini menyebabkan kedudukan mereka berjaya dihampiri oleh dua lagi pelumba di belakang iaitu Fazli Sham dan Izzat Zaidi. Dari dua kini kelompok paling depan telah membesar kepada persaingan empat orang pelumba yang cukup berpengalaman. Kesilapan Zaqhwan dan Along telah membuka peluang buat Fazli untuk menyelit dan mengemaskan tunggangan hingga ke garisan akhir di tempat kedua. Along terbabas beberapa lap sebelum tamat ketika cuba memintas seterusnya memberikan peluang keemasan buat Zaqhwan menamatkan pusingan pertama ini di tempat ketiga.

“Pertarungan antara Along dan Zaqhwan terlalu sengit sehinggakan mereka membuat kesilapan, saya amat bernasib baik kerana berjaya mengambil peluang itu  untuk merebut tempat kedua. Saya cukup bersemangat untuk persaingan musim ini cuma untuk muncul juara di setiap pusingan agak sukar kerana para pelumba muda kini menunjukkan tunggangan yang cukup berkualiti. Berat badan mereka juga ringan berbanding pelumba lama dan ini adalah kelebihan untuk memecut dengan lebih pantas,” kata Fazli Sham.

CP115

Walaupun bermula di petak pertama, Azroy Hakeem dari pasukan GIVI Honda Yuzy Racing gagal meraih kedudukan terbaik apabila terbabas dalam perlumbaan akhir CP115. Insiden yang menimpa pelumba terpantas di sesi ujian masa ini telah membuka jalan buat pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang, Tengku Amirul, Md Fareez (Felda PB Racing) dan Juara Wira 2015, Harith Farhan untuk mencipta kelompok paling hadapan dan juga paling pantas.

Tengku yang juga naib juara kelas ini musim lalu ternyata mempunyai taktik untuk menewaskan Fareez yang pada mulanya cuba melarikan diri. “Saya lihat dia akan perlahankan motosikalnya di beberapa tempat dan di situlah saya membuat serangan untuk mendapat posisi paling hadapan,” kata Tengku.

Selepas berjaya memintas, Tengku mula menjarakkan diri agar kedudukan selamat serta dapat menunggang dengan penuh tumpuan. Fareez pula terpaksa mengerahkan seluruh tenaganya untuk menahan kemaraan Harith Farhan yang cukup bersemangat mencari kedudukan podium. Harith terpaksa akur dengan kehandalan pesaingnya untuk memenangi tempat ketiga.

Wira

Untuk saingan musim ini, format bagi menentukan posisi di petak permulaan telah ditukar. Jika dahulu ketentuan grid dipilih menerusi sesi saringan tetapi kini menggunakan sistem 'Shoot Out' seperti mana yang dilakukan dalam kelas CP115. Lima pelumba terbaik dari setiap kumpulan di sesi ujian masa akan berada di sesi 'Shoot Out' untuk cuba mencatatkan masa terbaik bagi mendapatkan petak permulaan.

Dalam perlumbaan akhir, Md Shafiq Ezzariq dari pasukan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing ternyata mula menunjukkan taringnya selepas berjaya mendapat kemenangan dengan cukup selesa. Pelumba kelahiran Selangor itu pada mulanya dipaksa bekerja keras oleh Md Qhuwarismi Md Nasir yang akhirnya terpaksa akur dengan kemantapan pengendalian yang dipamerkan oleh Shafiq. Tahniah juga buat S. Alif Nazirul, seorang pelumba bersendirian yang berjaya menaiki podium di tempat ketiga selepas berjaya menewaskan para pelumba dari pasukan ternama.

Yamaha Petronas Super Series

Perlumbaan ini adalah satu lagi platform terbaik buat Yamaha untuk mencungkil bakat baru yang mampu mengharumkan nama negara suatu ketika nanti. Kategori ini disertai seramai 18 orang pelumba berusia dalam lingkungan 15 tahun. Walaupun masih muda, kesungguhan anak-anak muda ini mendapatkan posisi terbaik wajar diberi pujian terutamanya ketika memecut ke tahap maksimum di laluan lurus yang sepanjang 335m itu.

Selepas mencipta masa terpantas, Fadli Shah sekali lagi menunjukkan kemampuannya untuk mengatasi para pelumba lain yang juga cukup pantas seperti Faiz Zekri dan Md Syarifuddin. Ketiga-tiga pelumba ini agak rapat antara satu sama lain – hanya dibezakan jarak masa 0.5 saat. Fadli Shah dinobatkan sebagai juara diikuti oleh Faiz Zekri dan Syarifuddin masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Honda Wave Alpha Challenge

Walaupun bermula di petak keempat, ini tidak menghalang Syairul Tuslie untuk mencipta kemenangan sulungnya di MAEPS pada 13 Mac lalu. Walaupun begitu, kemenangan yang diraih bukanlah mudah kerana Syairul terlebih dahulu terpaksa menerima tekanan hebat daripada dua lagi pelumba berbakat iaitu Md Hanif dan Md Haziq.

Walaupun bertarung dalam cuaca panas terik, tumpuan dan kecemerlangan para pelumba muda ini mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton yang hadir. Syaiful di tempat pertama, Hanif kedua manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh Md Haziq dan Md Ariff. Pusingan kedua akan berlangsung di Litar Batu Kawan pada 16 April sebelum ke Kangar Perlis pada 1 Mei nanti. RR

Isu Pada

April 2016

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

Helmi Juara CP150 di Terengganu

Bezzecchi Terpantas di Aragon

Hakim Danish Mahu Bangkit Semula di GP Aragon

Irfan Haykhal Raih Kemenangan Sulung di CP150

Hakim Danish Kekal di Moto3 Bersama MSI RACING TEAM

Hakim Danish Sedia Harungi Cabaran di Silverstone

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Helmi Juara CP150 di Terengganu

Tahniah buat pelumba TAB SPORTS SCK HONDA RACING iaitu Md Helmi Azman menjuarai siangan CP150 Pusingan 5.

Model Baru

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

MODA Sporter S SKII dilancarkan dengan pelbagai ciri pembaharuan.

Pandu Uji

Honda CRF1100L Africa Twin 2026: Pengembaraan Baru Bermula

Honda 'Africa Twin' memperoleh reputasinya bermula pada tahun 1980-an apabila syarikat pengeluar motosikal dari Jepun ini membuat keputusan untuk sertai perlumbaan lasak, Rally Paris-Dakar.

Model Baru

Triumph Motorcycles Malaysia Perkenalkan TRACKER 400 & THRUXTON 400 Baharu

Triumph Motorcycles Malaysia memilih acara Art of Speed baru-baru untuk melancarkan dua model terbaru untuk tahun 2026 iaitu Triumph Tracker 400 dan Thruxton 400.