Isu Terkini

Februari 2024

Warta Roda / 18 Disember 2023

Ducati Tampilkan Siri Panigale Replika 2023

Bersempena dengan acara "Campioni in Festa" yang dianjurkan Sabtu lalu, satu kejutan besar didedahkan oleh pihak Ducati iaitu dengan memperkenalkan siri Ducati Panigale dalam edisi terhad (Replika 2023) yang disempurnakan dengan nombor dengan liveri istimewa.

Model-model ini merupakan inspirasi daripada jentera Juara untuk memberi penghormatan kepada musim perlumbaan 2023 yang bersejarah. Siri edisi terhad ini bukan sahaja ditawarkan dengan komponen khusus tetapi juga lengkap dengan autograf tulen daripada pelumba pada tangki yang kemudiannya dilindungi dengan lapisan varnis lutsinar.

Pecco menandatangani Replika Panigale V4 Bagnaia 2023 World Champion - Giallo Ducati.
Pecco menandatangani Replika Panigale V4 Bagnaia 2023 World Champion - Giallo Ducati.
Replika Panigale V4 Bagnaia 2023 World Champion.
Replika Panigale V4 Bagnaia 2023 World Champion.

Replika Panigale V4 Bagnaia 2023 World Champion ditawarkan dalam liveri Giallo Ducati (Ducati Yellow) seperti yang Pecco gunakan di Misano dan hanya dikeluarkan sebanyak 263 unit. Replika Panigale V4 Bautista 2023 World Champion (juga dalam Giallo Ducati) pula akan dihasilkan sebanyak dalam 219 unit.

Replika Panigale V4 Bautista 2023 World Champion.
Replika Panigale V4 Bautista 2023 World Champion.
Replika Panigale V4 Bezzecchi 2023 Racing.
Replika Panigale V4 Bezzecchi 2023 Racing.
Replika Panigale V4 Martín Racing 2023.
Replika Panigale V4 Martín Racing 2023.

Model seterusnya, replika Panigale V2 Bulega 2023 World Champion hanya dikeluarkan sebanyak 111 unit, replika Panigale V4 Martín Racing 2023 189 unit dan model replika Panigale V4 Bezzecchi 2023 Racing hanya dihasilkan sebanyak 72 unit sahaja.

'Championi in Festa' acara istimewa yang dianjurkan untuk meraikan kejayaan pasukan & jentera Ducati mendominasi dunia perlumbaan dua roda untuk tahun 2023. Acara yang diadakan di Unipol Area, Bologna, Itali ini cukup eksklusif dengan pemilihan warna merah bagi menyambut kehadiran para pelumba dan peminat pada malam tersebut.

Hadir memeriahkan acara pada malam itu ialah Francesco 'Pecco' Bagnaia (Juara MotoGP Dunia 2023), Alvaro Bautista (Juara WorldSBK 2023), Nicolo Bulega (Juara WorldSSP 2023), Jorge Martin dan Marco Bezzecchi. RR

Isu Pada

Februari 2024

Popular

  • Model Baru

    KTM 990 RC R Versi Jalanan Sah Masuki Pasaran

  • Warta Roda

    Kemalangan Motosikal Dengan Pacuan 4 Roda, Penuntut IPT Maut

  • Warta Roda

    Warna Baru Untuk Yamaha MT-15

  • Warta Roda

    Yamaha MT-25 2024 Hadir Dengan Warna Baru

  • Warta Roda

    'We Ride As One' 2024: Ducati Menggegar Bandar!

Artikel berkaitan

Kemalangan Motosikal Dengan Pacuan 4 Roda, Penuntut IPT Maut

Warna Baru Untuk Yamaha MT-15

Yamaha MT-25 2024 Hadir Dengan Warna Baru

'We Ride As One' 2024: Ducati Menggegar Bandar!

Peraturan Baru MotoGP Bermula Musim 2027 - Kapasiti Enjin Dikurangkan Kepada 850cc

Aveta 'Ride & Camp' - Meraikan 20 Pemenang 'Time To Explore'

Yamaha RXZ Diseludup Masuk dari Thailand?

Tiga Warna Baru Yamaha Y15ZR

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R Versi Jalanan Sah Masuki Pasaran

Berita 'sah'nya kehadiran model KTM 990 RC R versi jalanan pastinya memberi senyuman dan keterujaan buat para peminat jentera sportbike.

Warta Roda

Ducati Riding Experience (DRE) Road Academy: Tingkatkan Kemahiran Penunggang

Ducati Riding Experience (DRE) kembali untuk tahun ini menerusi sesi Road Academy yang diadakan di Gemuda Gardens, Rawang. Penganjuran ini ditawarkan oleh Ducati Malaysia untuk semua penunggang dan peminat dua roda tanpa mengira jenis motosikal.

Model Baru

Triumph Speed 400 & Scrambler 400 X Masuki Pasaran Negara

Triumph Motorcycles Malaysia telah melancarkan model Speed 400 dan Scrambler 400 X untuk pasaran negara.

Dari Litar

Kenan Sufuoglu Yakin Toprak Mampu Kembali Jadi Juara WSBK!

Juara WorldSSP lima kali dan juga pengurus Toprak Razgatlioglu iaitu Kenan Sofuoglu, memberikan pandangan serta keyakinannya mengapa dia percaya Juara 2021 itu boleh mengulangi dan memenangi gelaran Juara Keseluruhan WorldSBK untuk musim 2024 ini.