☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 6 Mei 2024

Aveta 'Ride & Camp' - Meraikan 20 Pemenang 'Time To Explore'

Tahniah kepada 20 pemenang pertandingan 'Time To Explore' kerana telah dipilih dan berpeluang untuk menyertai aktiviti Ride & Camp anjuran Aveta Malaysia Sdn Bhd. Acara yang diadakan di Camp Lu Ying, Bukit Tinggi ini telah berlangsung pada 27hb - 28hb April 2024.

Pada Januari yang lalu, Aveta Malaysia telah mengadakan satu pertandingan Aveta Time To Explore bermula 1hb Januari hingga 30 Mac 2024. Para pemilik jentera Ranger Max Explorer perlu memuat naik gambar dan video pengembaraan bersama jentera masing-masing dengan gaya yang kreatif.  20 peserta terbaik yang dipilih dapat mengambil bahagian di dalam pengalaman Ride & Camp.

Acara selama dua hari ini merupakan kenangan buat para pemenang bertuah merasa sendiri pengalaman dapat berkumpul bersama mereka yang menyukai dunia pengembaraan motosikal. Program ini bukan sahaja memberi peluang buat para peserta malah dapat menikmati keindahan alam, bukit bakau serta menjalin hubungan silaturahim sesama rakan baru.

"Kami berasa amat gembira dapat mengumpulkan peminat-peminat dua roda tidak kira bangsa dan latar belakang untuk bersantai bersama. Pertandingan 'Time To Explore' bukan sahaja sekadar mendapatkan hadiah, tetapi untuk mewujudkan komuniti dikalangan pengguna motosikal Aveta untuk mencipta memori indah," kata Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia, En. Steven Lim.

Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan di Aveta 'Ride & Camp' termasuklah melalui trek laluan offroad, bbq, pertunjukkan bunga api dan acara berkumpulan (berkongsikan pengalaman masing-masing) di bawah cahaya bulan serta bintang.

"Pihak Aveta ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pemenang untuk mencipta kenangan bersama di Camp Lu Ying. Kami turut berharap dapat menjalankan lagi program seperti ini pada masakan akan datang dengan menawarkan pelbagai aktiviti lebih menarik kepada para peminat dan pemilik jentera Aveta," tambah En. Steven Lim.

Aveta Motor Malaysia akan terus menyediakan pengalaman unik  buat komunitinya dan mendorong mereka mengeksporasi Malaysia melalui jalan raya mahupan alam sekitar. Pertandingan 'Time To Explore' salah satu inisiatif Aveta bagi memperbanyakkan aktiviti gaya hidup pemilik motosikal. RR

Isu Pada

Jun 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.