☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 12 April 2024

Kenan Sufuoglu Yakin Toprak Mampu Kembali Jadi Juara WSBK!

Juara WorldSSP lima kali dan juga pengurus Toprak Razgatlioglu iaitu Kenan Sofuoglu, memberikan pandangan serta keyakinannya mengapa dia percaya Juara 2021 itu boleh mengulangi dan memenangi gelaran Juara Keseluruhan WorldSBK untuk musim 2024 ini.

Penilaian tersebut merupakan respon Kenan selepas kejayaan Toprak meraih dua kemenangan pertama buat BMW di Barcelona Circuit de Barcelona-Catalunya bulan lalu. Rentak dan keyakinan yang ditontonkan oleh bekas juara itu dalam Perlumbaan 1 disusuli dengan aksi serangan akhir yang cukup mengagumkan untuk menewaskan Alvaro Bautista dalam Perlumbaan Super Pole.

Kata-kata pertama dari Kenan: "Sekarang semuanya berjalan lancar!"

Berdasarkan tentang kemenangan superstar Turki itu, Kenan berkata: “Tahun lalu, kami membuat keputusan besar kepada BMW, dan saya memberi banyak sokongan kepada Toprak untuk membuat keputusan ini. Ramai orang menyangka kami membuat keputusan yang salah. Ketika bertemu dengan BMW, pasukan dan pengurus mereka telah menyatakan semuanya dan saya berfikir mereka sememangnya mempunyai jentera yang sangat bagus.

Saya fikir, 'BMW bagaikan permainan teka-teki 'Bongkah Kayu' yang sangat bagus, tetapi 'satu kepingan' daripadanya telah hilang dan itulah Toprak," Kenan Sufuoglu. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.