Isu Terkini

Februari 2024

4 April 2024

Suzuki RAIDER R150Fi EWC1 Edisi Khas – Endurance Series dilancarkan. Harga asas RM8,988

AMITEC, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan Sukan Permotoran untuk AFY Mobility Industries (AMI), mengumumkan pelancaran edisi khas RAIDER R150Fi EWC1 Endurance Series.

Pengenalan RAIDER R150Fi EWC1 kepada pasaran juga merupakan bukti pasukan AMITEC yang terus bersemangat dalam melaksanakan penjenamaan serta komitmen dalam program rekabentuk dan prestasi khususnya dalam sukan bermotor.

Namun begitu Raider versi EWC1 ini masih mengekalkan spesifikasi asal Raider R150Fi dan hanya memfokuskan transformasi terhadap rekacorak grafik sahaja. Projek ini seterusnya menyasarkan komitmen berterusan AMITEC dalam penyediaan jentera Raider untuk disesuaikan dengan penglibatan mereka dalam perlumbaan di masa akan datang.

Suzuki RAIDER R150Fi dilengkapi dengan enjin 147cc, sistem sejukan cecair, 4 lejang DOHC yang menawarkan hantaran kuasa yang cukup lancar. Kemantapan pengendalian Suzuki ini datangnya dari gabungan sistem saspensi hadapannya jenis teleskopik dan penyerap hentak tunggal di belakang.

Secara purata, laju maksima yang dicapai adalah di antara 148-155km/j dengan stabil. Tayar hadapan bersaiz 70/90-17MC (38P), belakang 80/90-17MC (50P) dikawal dengan baik oleh brek-brek cakera jenis Nissin.

Suzuki RAIDER R150Fi EWC1 Endurance Series ini ditawarkan pada harga RM8,988 (tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran & insurans). RR

Popular

  • Warta Roda

    Yamaha RXZ Diseludup Masuk dari Thailand?

  • Model Baru

    Harley-Davidson Road Glide & Street Glide 2024 Di Pasaran Negara. Harga dari RM190,900.

  • Model Baru

    Royal Enfield Lancarkan Model Baru Bullet 350. Harga asas dari RM23,500

  • Warta Roda

    Tiga Warna Baru Yamaha Y15ZR

  • Warta Roda

    Yamaha Tenere Off-Road Experience - Beri Pendedahan & Latihan Laluan Lasak

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha Tenere Off-Road Experience - Beri Pendedahan & Latihan Laluan Lasak

Hong Leong Yamaha Motor anjur acara Yamaha Tenere Off-Road Experience buat pemilik, pengedar dan para media.

Warta Roda

HLYM Perkenalkan Warna Baru Yamaha NVX 2024

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan empat warna terbaru untuk Yamaha NVX 155.

Warta Roda

Cubaan Meragut Gagal, Suspek Telah Ditahan

KUCHING: Dua peragut berputih mata selepas cubaannya meragut seorang wanita di Taman Desa Wira, Batu Kawa digagalkan orang awam.

Dari Litar

Hafizh Syahrin Berikan Kemenangan Buat Pasukan JDT Racing

Hafizh Syahrin dari pasukan JDT Racing tampil dengan kemenangan sulungnya selepas menewaskan para pencabarnya di litar Zhuhai, China.