☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 Mei 2024

Yamaha Tenere Off-Road Experience - Beri Pendedahan & Latihan Laluan Lasak

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) baru-baru ini telah menganjurkan acara Yamaha Tenere Off-Road Experience khusus untuk pemilik, pengedar Yamaha dan pihak media. Bertempat di Gamuda Garden, Rawang, program yang sememangnya menarik dan penting ini telah dikelolakan oleh 'otai' dunia dua road, En. Kevin Lee atau lebih popular dengan panggilan Kev. Turut hadir selaku tenaga pengajar ialah pelumba dan jaguh off-road Asia iaitu Muhd Habibullah Saleh (Gabit).

Program dimulakan dengan sesi teori yang memberi tumpuan kepada beberapa aspek yang terdiri daripada pemilihan/perbezaan pakaian menunggang, jenis motosikal, pemilihan tayar dan semestinya posisi serta gaya menunggang. Kev dan Gabit menunjukkan posisi menunggang yang seharusnya dikuasai oleh setiap penunggang (off-road) sewaktu menyusuri laluan berbukit, mendaki, menuruni kawasan berbukit, laluan berlumpur, melepasi halangan dan lain-lain.

Kev (kiri) & Gabit.

Posisi bahagian tangan (bahu, lengan, tapak tangan) sangat penting sewaktu mengendalikan jentera agar pergerakan lebih lancar. Selain itu, bahagian pinggang dan lutut (mengepit motor) juga perlu berada di kedudukan yang betul agar jentera dapat mengikut setiap pergerakan yang dilakukan oleh penunggang. Menurut Kev, dengan latihan dan disiplin yang tinggi, seseorang penunggang biasa (basic) akan dapat memahirkan diri dengan cepat.

Sesi praktikal tidaklah semudah yang disangka. Nampak orang buat memang mudah, bila sampai 'turn' kita, baru tahu betapa sukarnya satu-satu disiplin itu untuk dilakukan. Para peserta diminta untuk mengendalikan jentera Tenere 700 masing-masing turun dari sebuah laluan yang tinggi dengan menggunakan kaedah brek yang betul. Berkat tunjuk ajar dan nasihat dari Kev dan Gabit, semua peserta berjaya melakukannya.

Latihan kemudiannya diteruskan dengan mendaki, mengendalikan jentera satu tangan (off & on throttle), brek keras, melepasi halangan konkrit (kena lepas tangan), membuat bulatan dan slalom. Untuk penunggang baru, setiap latihan itu sangat berharga walaupun cukup memenatkan. Jentera Tenere yang memiliki hantaran kuasa setinggi 72.4 hp itu sememangnya cukup sedap padu dan mudah untuk dikendalikan di laluan-laluan sebegini. 

Latihan terakhir ialah dengan melalui laluan off-road yang sejauh 3.5 kilometer - yang menyajikan laluan yang mudah, sederhana sukar dan sukar! Dengan mempraktikkan segala apa yang pelajari, setiap peserta (khususnya penunggang baru) dapat melaluinya dengan selamat.

Halangan terakhir sebelum tamat terlalu sukar untuk dilalui. Ini disebabkan hujan di sebelah malam menyebabkan tanah terlalu becak, lembut dan berlumpur. Hanya beberapa peserta paling awal/mahir berjaya selainnya terpaksa meminta bantuan kepakaran Gabit atau krew bantuan HLYM (menggunakan kenderaan ATV).dan ada yang membuat keputusan untuk berpatah balik.

Apa yang penting, pengalaman dan ilmu yang didapati sepanjang acara pada hari itu cukup berharga untuk memantapkan tahap tunggangan masing-masing. Setiap peserta turut diberikan sijil penyertaan dan acara ditutupi dengan makan malam ala BBQ. Terima kasih HLYM atas jemputan. RR

Isu Pada

Jun 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).