☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 21 April 2024

Hafizh Syahrin Berikan Kemenangan Buat Pasukan JDT Racing

Perlumbaan 1 Pusingan 2 IDEMITSU FIM Asia Road Racing Championship kategori ASB1000 terus berikan drama dan kegembiraan buat para penyokong. Hafizh Syahrin dari pasukan JDT Racing tampil dengan kemenangan sulungnya selepas menewaskan para pencabarnya di litar Zhuhai, China.

Pada sesi kelayakan, Hafizh meraih kedudukan di petak pertama untuk perlumbaan 1 selepas mencatatkan masa terpantas 1’33:351s. Diikuti Nakarin Atiratphuvapat dari Honda Asia-Dream Racing dengan Astemo yang mencatatkan masa 1’33:623s dan Azlan Shah Kamaruzaman dari TKKR BMW Racing Team di petak ketiga selepas catat masa 1’33:660s.

Dari kiri: Andi, Hafizh dan Azlan dengan piala kemenangan masing-masing (perlumbaan 1).

Di hari perlumbaan, Hafizh telah bermula dengan baik untuk memimpin perlumbaan. Di belakangnya, Nakarin dan Azlan bertarung dengan cukup sengit untuk kedudukan di tempat kedua.

Hafizh mempamerkan tunggangan dan kawalan yang luar biasa dengan mengekalkan rentak walaupun pesaingnya memberikan tekanan. Saingan di antara Hafizh dan Azlan memang cukup sengit. Kedua-dua pelumba mempamerkan tunggangan mereka dengan mantap sekali. Di belakang, Andi Farid Izhidar dari Honda Asia-Dream Racing dengan Astemo yang bermula dari P7 terus ke P3.

Pada lap yang terakhir, Andi berjaya merapati dan memintas Azlan untuk menamatkan perlumbaan di tangga kedua. Hafizh melepasi garisan penamat di tempat pertama dengan catatan masa 20’24:461s. Manakala Azlan mengakhiri perlumbaannya di kedudukan ketiga dengan 20’27:603s. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.