☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 April 2024

Cubaan Meragut Gagal, Suspek Telah Ditahan

KUCHING: Dua peragut berputih mata selepas cubaannya meragut seorang wanita di Taman Desa Wira, Batu Kawa digagalkan orang awam.

Mangsa berusia 58 tahun sebelum itu dikatakan berjalan kaki seorang diri di jalan Lorong 11 Taman Desa Wira sekitar jam 7.54 pagi.

Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bendana Malaysia.
Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bendana Malaysia.
Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bendana Malaysia.
Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bendana Malaysia.

Secara tiba-tiba mangsa didatangi dua lelaki yang menggunakan motosikal berwarna merah cuba meragut beg tangan mangsa.

Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bendana Malaysia.
Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bendana Malaysia.

Bagaimanapun, kejadian itu dilihat orang awam yang melalui jalan tersebut lalu bertindak menghalang dan menahan kedua-dua suspek. Susulan kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata, "Sebuah kenderaan yang dipandu oleh orang awam telah berhentikan kenderaannya di hadapan motosikal suspek tersebut dan telah berjaya menahan salah seorang daripada suspek bersama dengan sebuah motosikal,"

Manakala suspek kedua itu ditangkap sekitar jam 5 petang tadi di Jalan Lapangan Terbang Lama di sini oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Padawan.

"Dengan tangkapan suspek kedua kes mendatangkan cedera semasa samun ragut di Taman Desa Wira, pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan berjaya selesaikan kes samun ragut yang dilaporkan pada pagi ini dalam tempoh kurang daripada 24 jam. RR

sumber: https://www.borneo.network

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.