Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 2 November 2022

Mega Gathering MT15 1.0 2022

Buat julung kalinya, telah berlangsung himpunan pemilik Yamaha MT15 daripada 19 buah kelab Yamaha MT15 serta orang perseorangan dari seluruh Malaysia pada 17 September 2022 bertempat di Dewan Jejarom MBSA Seksyen 11, Shah Alam, Mega Gathering MT15 1.0 2022 Malaysia dianjurkan oleh MT15 Central Owners Club (MT15 COC) telah berjaya menghimpunkan sebanyak 400 buah jentera dengan kehadiran lebih daripada 500 orang peserta.

Mega Gathering ini juga telah mendapat tajaan daripada enam penaja rasmi iaitu GIVI Malaysia, Tune Boss Malaysia, Urban Bikerz, BikerzGaraj, BBQ Lamb Kemensah dan Itsu World. Selain itu, terdapat juga tajaan daripada orang persendirian seperti Platinum Oil Seri Kembangan, Dynamic Solution Agency dan pelbagai lagi barangan menarik. Kesemua tajaan tersebut merupakan hadiah kepada sukaneka dan cabutan bertuah.

Pelbagai aktiviti menarik telah diaturkan oleh pihak penganjur antaranya pertandingan Autoshow bagi dua kategori iaitu Motosikal Tercantik (stiker & airbrush open) dan Modifikasi Motosikal Terbaik serta sukaneka yang mana kesemuanya mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada peserta yang hadir.

Autoshow bagi kategori Motosikal Tercantik (Sticker & Airbrush open) telah dimenangi oleh Syam Wira dari MT15 Kedah Crew manakala bagi kategori Modifikasi Motosikal Terbaik diungguli oleh Youtuber terkenal Roka Roki dari Dyno District Malaysia.

Secara keseluruhannya, Mega Gathering ini telah berjaya mencapai objektif utamanya iaitu untuk menghimpunkan seberapa ramai pemilik jentera Yamaha MT15 dari seluruh Malaysia bertujuan untuk mengenali antara satu sama lain, bertukar-tukar fikiran serta merapatkan hubungan sesama peserta.

MT15 COC selaku penganjur bagi Mega Gathering MT15 1.0 2022 Malaysia mengucapkan ribuan penghargaan kepada semua peserta yang hadir dan memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kelemahan dalam program yang dianjurkan ini. RR

Isu Pada

November 2022

Popular

  • Warta Roda

    Pelajar Sekolah Maut Selepas Motosikal Dinaiki Rempuh Lori

  • Model Baru

    Hanway Heritage, Jentera Gaya Bobber Dilancarkan!

  • Model Baru

    ARIIC 318GT Secara Rasmi Dilancarkan – RM 22,888

  • Dari Litar

    Fabio Quartararo Kembali Julang Yamaha di Podium. Alex Marquez Raih Kemenangan Pertama

  • Warta Roda

    Kemalangan di Lebuhraya Karak. Penunggang Motosikal Dikesan Polis

Artikel berkaitan

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

'Convoy to Lumut' RSX-RS Crew Taiping 2024

Annual Ride RSX-RS Crew Taiping

Couple Ride Ke Songkla

Ride Santai Selepas Kerja

Mega Gathering CBR-RR Malaysia ke-10

Kawasaki Lady Bikers Group Ride Ke Phuket

'RE' Tour De Langkawi Bersama Otai Royal Enfield Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Pencabar Baru Segmen Cruiser, BENDA LFC700 PRO - RM48,888

BENDA Motorcycles Malaysia telah memperkenalkan model terbarunya iaitu BENDA LFC700 Pro.

Warta Produk

LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

LS2, jenama topi keledar yang berkualiti dan terkenal di peringkat global, melancarkan tiga model topi keledar terbaru untuk tahun 2025 iaitu Verso II OF618, Dragon FF807 dan Advant II FF910.

Warta Roda

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Lembaga Lebuhraya (LLM) kini sedang membangunkan kemudahan asas yang lebih selamat kepada penunggang motosikal di negara ini.

Warta Roda

Warna Baru Untuk Yamaha Y15ZR Special Edition

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) hari ini memperkenalkan Yamaha Y15ZR Edisi Istimewa (SE) yang hadir dengan warna Bronze Fury serba baru. Model SE i ni ditawarkan pada harga (cadangan) RM9,498 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans).