☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 2 Oktober 2023

Kawasaki Lady Bikers Group Ride Ke Phuket

Syukur kepada Yang Maha Esa masih diberi kesempatan peluang, masa dan rezeki kepada kami untuk menganjurkan 'ride' kali ini di bawah Kawasaki Lady Bikers Group (KLG).

Kembara kali ini ialah untuk bersama-sama meraikan acara Phuket Bike Week 2023 yang diadakan pada akhir April yang lalu. Kami terdiri daripada rakan-rakan pencinta dua roda yang sememangnya mempunyai minat sama. Para peserta konvoi ialah Teja Unbreakable (Ipoh), Roslina Abdullah (Changlun), Eiy Zee (Pulau Pinang), Izatul Ain (Beranang) dan Cik Eva (Shah Alam).

Oh ya... motor apa kami pakai? Kak Roslina (Yamaha XJ6 Diversion), Eiy Zee (Kawasaki Z1000), Izatul (Kawasaki Ninja 250), Cik Eva (Kawasaki Ninja 250) dan Teja (Kawasaki ER6N).
Hari Pertama: Ride bermula dari tempat pertemuan kami iaitu di RNR Rawang. Hanya ada dua orang sahaja iaitu Eva dan Iza. Selepas sarapan, kami bergerak menuju ke utara pada jam 10.30 pagi. Kami kemudiannya bertemu dengan Kak Teja di point kedua iaitu di Hentian Sebelah Bukit Gantang kira-kira dua jam kemudian. Bila lebih ramai, nak 'ride' pun bertambah semangat.

Kami tiba di Gurun pada jam 2:30 petang dan terus menuju ke rumah 'Otai Utara Kita', Kak Ros yang terletak di Changlun, Kedah. Eiy Zee pula bergerak berasingan dari Pulau Pinang dan selamat tiba di rumah Kak Ros pada jam 10.00 malam. Kami disajikan dengan Kerabu Suun Seafood, Pulut Harum Manis dan Cendol. Sedap betul.... Thank you Kak Ros!!
Hari Kedua: Perjalanan ke Phuket bermula awal. Dari Changlun, kami terus ke sempadan tanahair di Bukit Kayu Hitam pada jam 8.00 pagi. Syukurlah kerana semuanya berjalan dengan lancar.

Memang seronok dapat mengembara ke negara orang. Segalanya hampir berbeza baik dari segi pembangunan, bahasa mahupun masyarakatnya. Kami tiba di Pitstop Route 41 lebih kurang pada jam 12.15 tengahari. Bila tengok ke panel meter, petrol semakin kering. Ya... masanya untuk mengisi tangki dan menikmati makan tengahari di PTT Phatthalung. Jam ketika itu sudah sekitar 1.00 petang.

Usai merehatkan diri, kami meneruskan perjalanan yang jaraknya sekitar 330 kilometer – memang jauh lagi tetapi semuanya cukup teruja. Ketika di Ao Luek, konvoi 'disimbah' dengan hujan ribut yang memaksa mereka berhenti untuk berteduh dan menunaikan kewajiban agama.

Kami tiba di stesen petrol PTT Phang-Nga pada jam 7.40 petang untuk menambah bahan api dan mengisi perut masing-masing. Sedikit info mengenai Phang-Nga. Phang-Nga ialah sebuah wilayah di selatan Thailand, bersempadan dengan Laut Andaman di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu.

Yes... kami akhirnya sudah hampir benar nak sampai. Wajib berhenti untuk bergambar di Gerbang Phuket. Tidak lama kemudian, cuaca sekali lagi menguji kami. Walaupun dalam kesejukan, kami terpaksa meredah hujan lebat untuk sampai ke Patong. Perjalanan di dalam hujan dengan keadaan alam yang gelap gelita memang mencabar tetapi syukurlah, kami sampai di hotel pada jam10.30 malam.

Hari Ketiga: Aktiviti di waktu siang dimulakan dengan kehadiran ke tapak Phuket Bike Week. Memang ramai betul pengunjung acara ini. Ini juga waktu terbaik buat kami untuk beramah mesra dengan rakan-rakan biker yang datangnya hampir dari seluruh dunia.

Ada 1001 aktiviti di sini. Antaranya ialah Pertandingan Motosikal Kustom, Pameran Kereta Klasik Amerika, Pertandingan pakaian Koboi, Perarakan Motosikal, Pertandingan Ratu Cantik, Kempen Pemakaian Topi Keledar dan lain-lain. Terdapat juga gerai-gerai jualan yang memang bagaikan memanggil-manggil para pelanggan.

Kami berlima menghabiskan masa dengan berjalan-jalan, bersantai di bandar dan menikmati makanan di sana yang memang cukup lazat. Bila malam menjelma, kami bersiap-siap untuk majlis pelancaran rasmi 'Phuket Bike Week', makan malam dan ke konsert. Memang 'happening' sekali!

Hari keempat: Perjalanan pulang ke tanahair bermula pada jam 9.00 pagi. Kami start motor dan terus ke PTT Phang-nga untuk sarapan. Pemandangan alam semulajadi di sepanjang perjalanan sukar untuk dilupakan. Sekali lagi kami menambah 'isi perut' jentera masing-masing di Phatthalung. Jam pun dah 2.40 petang, kami ambil peluang untuk berehat dan menambah tenaga.

Konvoi mengambil masa lebih daripada tiga jam untuk tiba di Dannok. Badan mula letih, kami segarkan dengan berbual, makan dan meregang-regangkan tubuh badan. Akhirnya negara Thailand kami tinggalkan sekitar jam 10.00 malam.

Kami berhenti sekali lagi di Changlun untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Kak Ros. Hari semakin lewat tetapi perjalanan pulang harus diteruskan. Berkat sabar dan pengalaman yang ada, kumpulan terakhir iaitu Eva dan Iza selamat sampai di Kuala Lumpur pada jam 5.00 pagi.

Terima kasih buat semua riders. Semoga ada kesempatan di lain kali. RR

Isu Pada

Oktober 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

H.O.G. Malaysia Sertai Tiga Ekspedisi Rentas Benua

RRCT/RRCSP & HRSKC Mulakan 2026 Dengan Konvoi Ke Hilir Perak

RSX-RS Crew Taiping Anjur Ride Penutup 2025

RSX-RS Crew Taiping Semarakkan Konvoi Berjiwa Honda ke Batu Kawan

Kembara RSX-RS Crew Taiping 2025 – Menjelajah Keindahan Pahang

Terengganu Gentleman Riders: Ride & Camp ke Lata Ulu Kasar

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).