☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 Oktober 2024

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan ukhwah sesama pencinta jentera pancuan 4 x 4 dan juga motosikal lasak (motocross).  Lokasi untuk acara selama dua hari ini bertempat di kawasan trail sepanjang 54km dalam mukim Padang Terap , Kuala Nerang Kedah.

Dikesempatan ini Ahmad Syairozi Atiqullah B Ghazali @ GieKola nama panggilan kenalannya, mewakili MYOVERLAND TEAM dan sukarelawan Ashbul Kahfi yang mana beliau pernah menganjurkan program DAM CAMP d Pedu Lake.

Didoakan agar program yang Gie dan AJ anjurkan akan terpilih untuk diletakkan dalam kalendar acara atau 'event' tahunan dalam negeri Kedah. Untuk program DAM CAMP tahun depan akan dianjurkan pada May 2025 dan program KEDAH OFF ROAD TRAIL N CAMPING akan di anjurkan pada musim HARI MALAYSIA dalam bulan September 2025. Gie bagi pehak AJK n rakan rakannya  mengucapkan ribuan terima kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan event ini. 

Kehadiran peserta yang juga diluar jangkaan mereka , dan terima kasih sahabat sahabat dan keluarga yang hadir memeriahkan suasana program.

Ribuan terima kasih kepada YB Dato' Haji Mohd Salleh Bin Saidin,  EXCO PELANCONGAN KESENIAN DAN KEUSAHAWANAN Negeri Kedah yang sentiasa menyokong usaha anak anak Kedah dalam melaksanakan program-program yang di rancang di Kedah. 

Ribuan penghargaaan buat supporter's event PCMF, SAHABAT 4X4 KEDAH, KEDAH KEMBARA CREW, KEDAH KEMBARA COMMUNITY, RIMBA BARA GRIK, KUALA KANGSAR ROYAL TOWN 4X4, SAHABAT 4X4 PADANG TERAP, KELAB KELAB MOTOCROSS KEDAH, AVETA RANGERS OWNER CLUB, dan lain-lain lagi menjayakan event ini. 

Penghargaaan juga kepada penaja utama AVETA MOTOR dan penaja bersama STORE SHUMBAT, STUCK WOOD CUSTOM, VGOOD, IPONE, RUMAH SATU, RADVISION, RATS,KARARBUANA,PTS GUEST STAY, REDONE, MAI DUSUN RETREAT, KEDAI BOB RGF dan lain lagi yang menjayakan event ini. 

Dengan ini juga, pihak penganjur dengan rendah hati ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dari pihak kami secara sedar atau tidak sedar sepanjang program berlangsung. 

Semoga akan bertemu lagi di lain program tahun melawat Kedah 2025. Mereka akan sentiasa merindui wajah-wajah ceria sahabat dan kenalan. RR

- Nz York

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.