☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 28 April 2025

ARIIC 318GT Secara Rasmi Dilancarkan – RM 22,888

Bersempena dengan majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah memperkenalkan jenama terbaru iaitu ARIIC. Sebagai model pertama yang dibawa masuk ke pasaran negara inilah dia ARIIC 318GT.

ARIIC 318GT merupakan sebuah model skuter yang menampilkan rekabentuk agresif, ciri-ciri terkini serta menawarkan prestasi yang cukup mengagumkan. Model ini didatangkan dengan enjin 330cc, silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk cecair. ARIIC 318GT menggunakan sistem transmisi jenis CVT di mana enjinnya boleh menghasilkan kuasa maksimum 26.7hp pada 7,000rpm dan tork 30.8Nm pada 5,500rpm.

Rekabentuk bahagian hadapan telah dipermantapkan lagi bersama lampu utama jenis LED yang berbentuk ‘V’. Manakala lampu belakang dan lampu isyaratnya juga adalah jenis LED. Ruang kokpik cukup kemas dengan adanya paparan meter jenis TFT. Terdapat juga ruangan kecil untuk kita menyimpan barang di depan yang terletak di bahagian kiri bawah bar hendal dan tengah.

Sebagai sebuah skuter yang boleh ditunggang ke mana sahaja dan memudahkan pergerakkan, model ini mempunyai ruang bawah pelana yang boleh memuatkan sebuah topi keledar penuh dan sebuah topi keledar Open Face. Selain itu, pelana model ini setinggi 790mm dan ruang pemijak memang sangat selesa serta luas.

Dashcam
Dashcam

Apa yang lebih menarik lagi sudah tentulah cermin penghadang anginnya boleh dilaras secara elektronik. Bukan itu sahaja, skuter ARIIC ini turut mempunyai sistem kamera Dashcam di depan untuk merakam setiap perjalanan. Bagi memudahkan penggunanya, terdapat juga sistem TPMS (sistem pemantauan tayar) untuk para penunggang memantau tekanan angin tayar dengan lebih mudah menerusi paparan meter.

Antara kelengkapan lain seperti:

  • Sistem kunci pintar
  • Fork teleskopik
  • Peryerap hentak belakang berspring
  • Soket USB Type-C & Type-A
  • Backlight Button
  • Brek cakera berkembar 260mm (depan)
  • Cakera tunggal 240mm (belakang)
  • Sistem ABS dua saluran

ARIIC 318GT hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Matt Black, Matt Grey dan Dark Black dengan harga asas RM22,888 (tanpa cukai jalan dan insurans). Model ini boleh didapati di semua pengedar sah Mforce di seluruh Malaysia. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.