☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 10 Julai 2024

Annual Ride RSX-RS Crew Taiping

Penganjuran Annual Ride RSX-RS Crew Taiping kali ke-2 telah dilaksanakan pada 26hb Mei 2024 yang lepas sempena menyambut ulang tahun ke-2 penubuhan kelab tersebut. Pada Program Annual Ride pertama yang lepas, kelab RSX-RS Crew Taiping menyambutnya di Pantai Merdeka, Kedah.

Namun begitu, pada ulang tahun ke-2 ini, Kelab RSX-RS Crew Taiping menyambutnya dengan mengatur satu program ride ke Bagan Datoh dan Teluk Intan, Perak. Sambutan untuk program ini agak memberansangkan dengan penyertaan sebanyak 30 buah motosikal.

Annual Ride ini adalah idea asal dari kelab RSX-RS Crew Taiping sendiri dengan tujuan untuk meraikan ulang tahun penubuhan kelab. Seperti sedia maklum, Annual Ride ini adalah upacara dan program wajib tahunan Kelab RSX-RS Crew Taiping, ditaja oleh Bengkel - Tupai Motor Enterprise yang merupakan bengkel panel motosikal kelab RSX-RS Crew Taiping.

Acara pada hari itu bermula dengan sarapan di kedai kopi Taman Berkat, Simpang seawal jam 8.00 pagi. Setelah selesai sarapan, semua rider-rider berkumpul di hadapan KFC Simpang untuk sedikit penerangan mengenai tentative program.

Dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh En. Firdaus, semoga perjalanan diberkatiNya. Tayar golek pada pukul 9.20 pagi melalui Lebuhraya West Coast Expressway (WCE). Konvoi sampai di lokasi pertama iaitu di Kompleks Sejarah Pasir Salak jam 11.30 pagi untuk lawatan tempat bersejarah bagi merakam kenangan indah di sana.

Selepas jam 12.30 tengahari, konvoi bergerak ke lokasi ke-2 iaitu di Restoran Pak Man Nasi Tempurung. Menu ayam goreng berempah, kambing masak kari, daging masak hitam, daging salai masak lemak cili api dan pelbagai lagi menu menarik yang boleh didapati di restoran tersebut. Paling syiok, harga juga berpatutan.

Selesai makan tengah hari, konvoi bergerak ke Menara Condong, Teluk Intan yang merupakan lokasi ke-3 persinggahan untuk melawat ke tempat yang bersejarah. Setelah selesai merakam kenangan indah di Menara Condong, konvoi terus bergerak ke Masjid Tuminah, Bagan Datoh yang berkonsepkan Masjid Terapung untuk solat Jemaah Zohor dan Asar bersama sahabat-sahabat RSX-RS Crew Taiping. Rekabentuk masjid yang cantik, menarik minat kami untuk merakamkan juga detik manis bersama.

Lokasi terakhir adalah di Dataran Bagan Datoh. Di sana, kami mengambil kesempatan untuk bersantai sebentar sambil minum petang. Konvoi bergerak pulang ke Taiping, tepat jam 6.30 petang melalui Jambatan Bagan Datoh dan berhenti seketika untuk bergambar kenangan di atas jambatan tersebut. Konvoi RSX-RS Crew Taiping selamat tiba di Taiping jam 8.00 malam.

Selepas bersalaman sebagai tanda perpisahan, ahli-ahli terus bersurai dan pulang ke rumah masing-masing.

Harapan kami ahli Kelab RSX-RS Crew Taiping pada Annual Ride akan datang supaya lebih ramai lagi kelab motosikal yang akan terlibat dalam program ini. Hal ini kerana dapat mengeratkan hubungan sesama ahli kelab dan memajukan dunia permotoran dua roda. Nantikan kemunculan kami di Annual Ride RSX-RS Crew Taiping akan datang. RR

- Firdaus

Isu Pada

Julai 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

H.O.G. Malaysia Sertai Tiga Ekspedisi Rentas Benua

RRCT/RRCSP & HRSKC Mulakan 2026 Dengan Konvoi Ke Hilir Perak

RSX-RS Crew Taiping Anjur Ride Penutup 2025

RSX-RS Crew Taiping Semarakkan Konvoi Berjiwa Honda ke Batu Kawan

Kembara RSX-RS Crew Taiping 2025 – Menjelajah Keindahan Pahang

Terengganu Gentleman Riders: Ride & Camp ke Lata Ulu Kasar

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.