Isu Terkini

Februari 2024

Dari Litar / 10 Disember 2015

Abdul Muhaimin 'Along' Untuk Berjaya Perlu Berani!

Bagi pencinta cub prix, pelumba dari Klang yang popular dengan nama Along pastinya sudah tidak asing lagi buat kita. Along atau nama sebenarnya, Abdul Muhaimin bin Roslan mula menceburi dunia perlumbaan motosikal ini lebih daripada 10 tahun yang lalu. Segala pahit manis perlumbaan telah dilaluinya dengan tabah dari dulu hingga kini. Jom kita kenalinya dengan lebih rapat!

“Saya mula terlibat dengan sukan permotoran ini masa berusia 11 tahun dengan menyertai perlumbaan pocketbike. Mak dan Ayah memang peminat sukan motosikal dan sentiasa menyokong kuat minat saya ini. Ayah pernah membawa saya menonton cub prix ketika itu pertarungan hebat kelas Wira antara Zamri Baba, Mohd Zaki dan Fazrul Sham. Lepas tu saya terus bertekad untuk bergelar pelumba. Panggilan Along ini sebenarnya bermula di rumah kerana ahli keluarga memanggil saya macam tu. Bila rakan-rakan di litar dengar ayah tetap panggil Along, terus lekatlah sampai sekarang ini,” komen Along yang kini berumur 24 tahun.

Along memulakan kariernya dalam kelas Wira bersama pasukan Top-N Racing selama dua tahun sebelum disunting oleh pasukan Maju Motor. Tahun 2006, langkahnya dalam sukan ini semakin maju dengan menyertai kelas Novice. Kecemerlangannya cukup terserlah ketika itu dan hampir-hampir muncul sebagai juara keseluruhan tetapi takhta tahun ini dimiliki oleh pelumba Motul Yamaha YY Pang, Emir Firdaus Hasan.

“Saya cukup sedih waktu itu kerana ia adalah pengalaman paling pahit buat saya, terlalu ramai yang menaruh harapan tetapi kekalahan ini juga telah membakar semangat untuk lebih konsisten pada tahun berikutnya. Berkat kesabaran dan kesungguhan, saya akhirnya berjaya meraih gelaran Juara Novice 2008 dan itulah saat paling manis dalam hidup saya.”

Apabila semakin berpengalaman dan matang, tenaganya dikehendaki untuk membawa cabaran pasukan Malaysia di perlumbaan luar negara seperti Asia Road Racing Championship (ARRC) dan Yamaha Asean Cub yang memberinya peluang berlumba di Indonesia, Thailand, China, Qatar dan Jepun. Pada kemunculan pertamanya, Along yang berada dalam kelas Underbone 115 telah menarik ramai peminat sukan motor apabila menamatkan saingannya pada tahun itu di tangga keempat keseluruhan.

Tahun 2009 memberinya peluang untuk beraksi bersama para pelumba berpengalaman seperti Ahmad Fuad Baharudin, Fazli Sham, Md Zamri Baba, Elly Idzlianizar dan ramai lagi apabila berjaya 'naik pangkat' ke kelas Expert. Menurut Along, perbezaan paling besar antara kelas Novice dan Expert ialah dari segi pemenangnya. Dalam novice, kita dapat melihat dominasi seseorang pelumba itu tetapi dalam kelas prima, tidak mustahil kita akan dapati pemenang yang berbeza di setiap pusingan. Begitu hebat cabarannya!

“Apabila mengetahui akan berada di dalam kelas prima, saya cukup bersemangat kerana baru lepas jadi juara novice. Nasib tidak menyebelahi saya apabila terjatuh ketika sesi latihan awal mengakibatkan tangan saya patah dan gagal bersaing selama empat pusingan. Sedih sekali!”

Along mempunyai sifat berani, tidak mudah putus asa dan tidak pernah berfikir terlalu panjang dengan apa yang bakal berlaku. Antara aktiviti yang akan dilakukannya selepas perlumbaan atau sesi latihan, dia akan bermain bolasepak atau bermain Dota 2 (permainan komputer).

Tahun 2011 juga amat membanggakan buat Along apabila berjaya menamatkan cabarannya di tangga ketiga keseluruhan, tewas kepada dua pelumba senior iaitu Norizman dan Affendi. Dengan kejayaan ini Along mencuba sesuatu yang baru pada musim berikutnya iaitu dengan mendalami selok belok penyelenggaraan enjin. “Saya akui ia adalah satu kesilapan kerana mengakibatkan prestasi di litar tidak begitu baik tetapi dari sudut lain, setidak-tidaknya saya dapat menimba banyak ilmu berkaitan enjin.”

Pada tahun 2013, dia telah dipilih untuk mewakili negara dalam cabaran Yamaha Asean Cup yang berlangsung di Indonesia. Kehadirannya bersama para pelumba muda sangat dialu-alukan kerana banyak membantu dengan memberi penjelasan dan perkongsian begitu baik sekali. Pada perlumbaan edisi tahun itu, Malaysia berjaya meraih podium menerusi Aizat dan Adib.

Karaktor dan gaya tunggangan Along jelas menunjukkan kematangan apabila masuk ke tahun 2014 . Along kembali mendapat rentak untuk berada di antara 10 pelumba terbaik hampir di setiap pusingan dan menamatkan persaingan di tempat keenam.

“Tahun ini ternyata lebih sukar tetapi saya lebih selesa dan yakin setiap kali turun ke litar. Walaupun takhta juara sudah menjadi milik Fazrul, saya akan terus berusaha untuk dapatkan keputusan terbaik. Along sentiasa ingat akan impian ketika di bangku sekolah rendah lagi iaitu untuk berlumba dalam kelas 600cc dan jika ada rezeki suatu hari nanti, Along Junior akan mengharumkan nama negara dalam perlumbaan MotoGP.”

Kesungguhannya mencipta nama dalam sukan motor negara patut dijadikan tauladan oleh para pelumba muda! Along menyarankan agar para remaja yang ingin menjadi pelumba hebat perlu sentiasa berani, rajin bertanya, tabah, yakin dan mengkaji bagaimanakah dan apakah ciri-ciri yang perlu mereka ada untuk menjadi seorang juara. RR

Isu Pada

Disember 2015

Popular

  • Warta Roda

    Boon Siew Honda (BSH) di Malaysia Autoshow 2024 - Bakal Lancar ADV350, CB750, XL750 dan NX500

  • Penunggang Motosikal Maut, Terlanggar Khinzir di Tengah Jalan

  • Warta Roda

    Ducati Monster Senna Edisi Terhad: Penghormatan Buat Ayrton Senna

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Dihempap Pokok!

  • Warta Roda

    Blueshark Kembangkan Rangkaian Pengedar ke Seluruh Negara

Artikel berkaitan

GP Perancis: Giliran Jorge Martin Loncat Gembira!

Red Bull MotoGP Rookies Cup (Pusingan 2): Podium Kedua Buat Hakim Danish!

MSBK1000: Azroy Menang Dengan Bergaya

Akid Raih Kemenangan Kedua Musim Ini

Pecco Juara GP Sepanyol...Tapi Marquez Sudah 'Kacau'!

Padu! Hakim Danish Raih Podium di Sepanyol

Pusingan Pembuka Tirai Red Bull MotoGP Rookies Cup, Hakim Danish Sudah Bersedia

Bimota Bakal Kembali Dalam WorldSBK 2025

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Akid Raih Kemenangan Kedua Musim Ini

Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing, Md Akid Aziz meraih tempat pertama di litar Tangkak.

Dari Litar

Padu! Hakim Danish Raih Podium di Sepanyol

Memang padu! Tunggangan yang penuh bertenaga dari pelumba negara, Hakim Danish dalam Perlumbaan 2 saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup semalam hampir benar memberikannya takhta juara.

Model Baru

Triumph Speed 400 & Scrambler 400 X Masuki Pasaran Negara

Triumph Motorcycles Malaysia telah melancarkan model Speed 400 dan Scrambler 400 X untuk pasaran negara.

Dari Litar

Pusingan Pembuka Tirai Red Bull MotoGP Rookies Cup, Hakim Danish Sudah Bersedia

Pelumba negara, Hakim Danish sudah bersiap sedia untuk memberi cabaran dalam pusingan pembuka tirai Red Bull MotoGP Rookies Cup di Jerez.