☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 Mei 2025

QJMOTOR SRK 250 RD - Bakal Pesaing Baru Segmen Sportbike 250cc Enjin 4 Silinder di Malaysia?

Buat masa ini hanya MODENAS sahaja yang menawarkan sebuah jentera sportbike 250cc dengan enjin 4 silinder iaitu ZX25R di pasaran negara. Baru-baru ini kami ada terbaca beberapa berita di media sosial bahawa QJMOTOR bakal menjadi pesaing terbaru bagi segmen tersebut menerusi model SRK 250 RD.

Menerusi spesifikasi ringkas yang kami dapat melalui laman web http://global.qjmotor.com, QJMOTOR SRK 250 RD dijana dengan enjin 249cc 4 silinder, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Model ini mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 40.2hp pada 15,500rpm dan nilai torknya 22Nm pada 12,500rpm.

Sistem saspensinya menggunakan fork hadapan jenis USD manakala bahagian belakang tampil dengan penyerap hentak tunggal berspring. Pakej keselamatannya hadir bersama brek 320mm di depan serta belakang 240mm. Kedua-dua brek ini menggunakan kaliper jenis Brembo.

Antara ciri-ciri lain seperti:

  • Tayar depan 110/70 R17
  • Tayar belakang 150/60 R17
  • Berat 176kg
  • Tangki bahan api 16 liter
  • Sistem ABS
  • Tinggi pelana 808mm

SRK 250 RD merupakan model terbaru yang dibangunkan oleh QJMOTOR  dan merupakan varian keempet kategori sportbike 250cc dalam jenama tersebut di global. Antara tiga varian yang lain adalah SRK 250 RS dan SRK 25 R dengan enjin satu silinder manakala SRK 250 RC dilengkapi enjin dua silinder. 

Adakah QJMOTOR SRK 250 RD bakal masuk ke pasaran Malaysia? Yang itu kita kena tunggu jawapan daripada QJMOTOR Malaysia. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.