☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 9 Jun 2025

15 Disahkan Maut, Bas Bawa Pelajar UPSI Kemalangan

Seramai 15 orang disahkan maut dalam nahas kemalangan sebuah bas dan kenderaan MPV di Jalan Raya Timur Barat, berhampiran Tasik Banding, Perak awal pagi tadi.

Kemalangan dikatakan berlaku sekitar jam 1 pagi yang melibatkan sebuah bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Difahamkan, bas yang membawa pelaja-pelajar itu dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu menghala ke Tanjung Malim, Perak.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, bas dan kenderaan jenis Produa Alza itu di laluan yang sama iaitu dari Jeli Kelantan ke Gerik.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, bas yang dipandu seorang lelaki dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar kereta. Bas tersebut kemudian terbalik dan kereta terbabas ke dalam longkang.

Jumlah keseluruhan mangsa yang terlibat sekurang-kurangnya 48 orang termasuk 13 meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi di hospital.

Mangsa-mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh pihak KKM yang berada di lokasi. Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. RR

Sumber berita: https://www.hmetro.com.my/

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.