☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 2 Jun 2025

JuniorGP: Hakim Danish Bangkit di Perlumbaan kedua

Pelumba muda Malaysia, Hakim Danish bangkit dalam perlumbaan kedua dengan menamatkan saingan di kedudukan lima teratas selepas memulakan perlumbaan di petak ke-13 FIM JuniorGP World Championship di Jerez, Sepanyol.

Danish telah menunjukkan prestasi yang baik selepas mencatatkan rekod peribadi terpantas pada 1:45.545 saat. Dalam sesi Qualifying pula cukup mencabar buatnya sekaligus menyukarkan peluang dia untuk mencatatkan masa terbaik.

Perlumbaan satu bermula dengan cuaca yang agak baik. Hakim Danish memulakan perlumbaan dengan sempurna sekali. Di pertengahan saingan, Danish berjaya mengetuai kelompok kedua. Hakim menamatkan perlumbaan 1 di tangga kesembilan.

Dalam perlumbaan kedua pula, Danis memulakan perlumbaan di petak ke-13. Beliau telah menampilkan tunggangan yang positif di sepanjang saingan. Pada pusigan ke 7, beliau berjaya menempatkan dirinya di kedudukan kelapan.

Perlumbaan jadi semakin sengit apabila berlaku aksi saling memintas. Berbaki lagi dua pusingan, pada waktu ini kedudukan Danish di tangga kesepuluh. Beliau mengekalkan momentumnya untuk menamatkan saingan tanpa sebarang masalah. Satu demi satu beliau memintas pelumba-pelumba di hadapanya. 

Danish berjaya melepasi garisan penamat di kedudukan kelima manakala tangga keseluruhan di tempat keempat denganperbezaan 37 mata di antara pendahulu kejuaraan iaitu Brain Uriarte dari Sepanyol.

Saingan Redbull MotoGP Rookies Cup akan bermula di Aragon, Sepanyol pada Sabtu & Ahad ini. Manakala FIM JuniorGP World Championship pusingan ketiga berlangsung pada 5h - 6hb Julai di Litar de Nevers Magny Cours, Perancis. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.