Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 11 Jun 2025

Clutchless....Stressless.. Honda CBR650R & CB650R E-Clutch Memang Best!

Sejak Honda umumkan sistem E-Clutch yang baru ni, ramai peminat motosikal termasuk aku sendiri mula tertanya-tanya – betul ke best sangat motor ni? Akhirnya saya diberi peluang 'test ride' kedua-dua model CBR650R dan CB650R oleh pihak Boon Siew Honda (BSH) beberapa bulan lalu di ibu pejabat mereka yang beroperasi di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Saya beberapa rakan media sempat menikmati perjalanan lebih daripada 100 kilometer – 'Pusing Tanjung' toq! Pengalaman itu telah saya kongsikan dalam laman web RR: Tekan link ini: http://www.rodaroda.my/articles/warta-roda/3658/pusing-pulau-dengan-honda-cbr650r-cb650r-e-clutch

Kali ini saya sekali lagi melompat di atas jentera moden ini tetapi bukan berseorangan, saya ditemani oleh Redzuan (Redz) dan Sheikh Fadzli (Pak Sheikh). Kedua-dua rakan saya itu belum pernah naik model E-Clutch.

Sedikit perkongsian: Honda CBR650R ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Grand Prix Red dan Matte Gunpowder Black Metallic pada harga asas RM49,999. Sementara itu, Honda CB650R pula memberikan pilihan Matte Gunpowder Black Metallic, Matte Laurel Green Metallic dan Candy Chromosphere Red pada harga asas RM47,999.

Apa benda E-Clutch ni sebenarnya? Saya kongsikan sekali lagi. Ringkasnya, E-Clutch ni sistem yang automatikkan fungsi klac (clutch) – tapi bukan macam skuter CVT atau DCT. Ia masih menggunakan sistem transmisi 6-kelajuan, tapi kita dah tak perlu tarik clutch langsung masa nak tukar gear naik atau turun – cuma main gear shifter je. Bila nak berhenti pun, motor tak mati walaupun kita tak tarik clutch. Serius senang.

Okay. Dari segi rekabentuk, CBR650R dan CB650R ini memang dah lama jadi model kegemaran ramai. Tengok CBR650R tu, rupa agresif ala-ala Fireblade, lampu LED tirus, dan tangki besar yang padat, memang nampak garang. Untuk versi baru ini, ia hadir dengan panel meter TFT baru dan boleh connect dengan telefon pintas pemilik atau penunggangnya.

CB650R pula versi sama tetapi cutting motor jalanan atau naked. Enjin sama tetapi posisi menunggang sudah tentu berbeza. Yang ini tegak dan lebih sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan jentera berkuasa tinggi.

Namun begitu. Secara peribadi...saya memang peminat motosikal sport dan untuk CBR ini, riding position sporty tapi tidak terlalu menunduk. Selepas beratus kilometer dengannya, saya simpulkan bahawa CBR650R nak masuk town pun boleh malah nak buat long ride pun tak ada masalah

Setiap penunggang yang mula-mula menunggang model E-Clutch pasti akan melalu pengalaman ini! Saya berani jamin.

Semuanya akan skeptikal sikit. “Eh, boleh ke ni? Tak bahaya ke kalau tak sentuh clutch langsung?”

Setiap kali nak tukar gear kita akan tarik klac – sebab dah biasa. Jangan risau, ia tak mematikan enjin sebab secara automatik motosikal ini akan kembali ke sistem asal dengan cepat.

Sebenarnya, naik motosikal E-Clutch ni lebih senang. Tukar gear dari N ke 1 – smooth.

Naik ke gear 2, 3, 4… semua langsung tak perlu nak tarik klac mat! Nak potong kereta? Kick down gear – tak perlu risau clutch. Nak brek tiba-tiba, kita boleh turunkan gear macam naik kapcai.

Dengan sistem ini, kita akan 'dibantu' oleh satu produk yang bagaikan memahami hati kita. Selalunya, selepas setengah jam, kita dah mula selesa.

Kami pilih jalan Rawang – Bukit Beruntung - Bukit Tagar – Felda Soeharto – Felda Gedangsa. Best jugak jalan ni. Lama dah tak lalu.

Enjin 649cc, 4 silinder ini masih antara yang paling "smooth" dalam kelas dia. Rev happy, bunyi enjin pun sedap bila bawa laju. Power cukup untuk fun ride – tak terlalu liar, tapi cukup punchy.

Cornering? Tak perlu nak cerita banyak sebab model CBR dan CB ini memang sudah sekian lama memberikan nikmat untuk para peminat dua roda/ Beratnya seimbang dan saspensi Showa SFF-BP membolehkan kita masuk selekoh dengan rasa yakin. Brek depan dual-disc radial-mount pun responsif.

Kalau kau rider yang nak rasa motor sport tapi tak suka main clutch masa traffic jam, atau kau suka ride santai dengan gaya, CBR650R E-Clutch memang kena try. Teknologi ni betul-betul buat hidup senang – tanpa mengorbankan feel motor sebenar.

Bila dah lama di atas motor C-Clutch ini, kita akan lebih menghargai betapa bijaknya para jurutera yang sentiasa berfikir untuk memberikan sebuah produk yang cukup sifatnya.

Bagi kami, kedua-dua model ini adalah satu 'next level riding' tanpa stress. Bila masuk kawasan 'jem' memang banyak kali kita kena perlahankan pergerakan, berhenti...jalan...slow. Dengan E-Clutch, ia jauh lebih selesa dan praktikal. Sayangnya kedua-dua Honda ini tak ada Mod Tunggangan tetapi ia ada mod untuk sistem transmisinya iaitu Soft, Medium dan Hard... sudah tentu saya pilih Soft.

Selepas seharian di atas pelbagai jenis jalanan, Kami benar-benar kagum dengan sistem ini. Sistem E-Clutch ini bukan sekadar gimik tetapi satu evolusi yang benar-benar memberikan pengalaman lebih lancar, kurang memenatkan dan pastinya lebih seronok. Inilah teknologi yang membuatkan kita lebih selesa di atas jalan raya.

Dengan inovasi ini, Honda ternyata membuka mata para peminat dua roda, saya adalah salah seorang daripadanya. Saya yakin sistem ini akan memberi peluang lebih ramai peminat jentera berkuasa tinggi untuk menambah jumlah kilometer perjalanan mereka dengan lebih selesa. RR

Spesifikasi: Honda CBR650R dan CB650R

  • Enjin: 649cc, empat silinder, 16-injap dengan sistem penyejuk cecair.
  • Gerek x lejang: 67.0 x 46.0mm
  • Kuasa maksimum: 70kW pada 12,000rpm
  • Tork maksimum: 63Nm pada 9,500rpm
  • Sistem transmisi: 6 kelajuan + E-clutch
  • Saspensi hadapan: fork USD SFF-BP 41
  • Saspensi belakang: penyerap hentak tunggal
  • Tayar hadapan: 120/70-17
  • Tayar belakang: 180/55/17
  • Brek hadapan: sepasang brek cakera 310mm + ABS
  • Brek belakang: cakera tunggal 240mm + ABS
  • Tinggi pelana: 810mm
  • Isi tangki: 15.4 liter

Popular

  • Warta Roda

    GLOBAL: Haojue GSX500 - Kemas dan Cantik

  • Warta Roda

    Dua Gadis Meninggal Dunia Dirempuh Lelaki Disyaki Pengedar Dadah

  • Dari Litar

    Ujian Rasmi Litar Aragon: Hasil Positif Untuk Pasukan Honda HRC Castrol

  • Dari Litar

    SAH! Juara WSBK, Toprak Razgatliolu Tanda Tangan Kontrak Dengan Yamaha

  • Warta Roda

    Kemalangan Dengan Sebuah Kereta, Penungang Motosikal Jatuh Gaung

Artikel berkaitan

Aveta Vanguard 250 SE: Prestasi Di Luar Jangkaan

MODENAS Z650 - Antara Jentera Jalanan Paling Berbaloi?

Ducati 125 Regolarita: Rangka Di Dalam Almari

Ride Santai Bersama Yamaha PG-1: Aku dan Kebebasan

MODA Sporter-S 250: Sesuai Untuk Kegunaan Bandar

Suzuki V-Strom 800DE: Sesuai Untuk Perjalanan Jauh & Dekat

Santai Bersama Yamaha: MT-09 Syok Ke Mana Sahaja!

Honda XL750 Transalp: Antara Jentera Kembara 'Middle Weight' Yang Terbaik?

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Keeway Superlight 125 Paling 'Special' di Dunia

Bintang filem Mission: Impossible, Tom Cruise, telah menurunkan tandatangannya pada pada sebuah jentera cruiser Keeway Superlight 125. Tom Cruise biasanya dikaitkan dengan aksi-aksi 'dare devil' yang lebih banyak menggunakan jentera dua roda berprestasi tinggi.

Warta Roda

Samun Kedai Runcit 24 Jam Guna EX5 Bapa

Seorang pemuda ditahan selepas menyamun sebuah kedai runcit 24 jam di Jertih, Terengganu.

Berita Kelab

Terengganu Gentleman Riders: Ride & Camp ke Lata Ulu Kasar

Kerjasama ini menjurus kepada idea untuk penganjuran acara Ride & Camp Vol 1 yang diadakan di Lata Ulu Kasar, Setiu, Terangganu pada awal Mei yang lalu.

Model Baru

QJMOTOR AX200S Panaskan Lagi Pasaran Segmen Skuter - RM7,988

QJMOTOR Malaysia telah melancarkan sebuah model skuter yang terbaru iaitu QJMOTOR AX200S.