Isu Terkini

Oktober 2024

Kembara / 10 September 2016

Perjalanan 1001 Kisah Dari Pulau Pinang Ke London (Bhg.3): Berjumpa Dengan Kenalan Baru

Para pegawai imigresen yang bertugas di sempadan Iran - Turkmenistan agak terkejut apabila melihat empat buah motosikal semakin lama semakin dekat menghampiri mereka di waktu malam.

Empat sahabat yang cekal meneruskan pengembaraan kini tiba di Iran.
Empat sahabat yang cekal meneruskan pengembaraan kini tiba di Iran.

“Tentu mereka bertanya sesama sendiri, dari mana empat orang ini datang? Makhluk asing ke? Dari langit ke?”

Selepas En. Lee dan rakan-rakannya memperkenalkan diri dan katakan mereka baru sampai dari Malaysia, pegawai-pegawai yang masih terkejut tadi terus membenarkan mereka masuk. “Welcome To Iran!” pegawai-pegawai itu laungkan sambil memberikan visa selama sebulan.

Sekumpulan penduduk tempatan yang datang meraikan kehadiran pengembara dari Malaysia.
Sekumpulan penduduk tempatan yang datang meraikan kehadiran pengembara dari Malaysia.
Air terjun di Iran. Sejuk dan cantik!
Air terjun di Iran. Sejuk dan cantik!

Sekali lagi keempat-empat pengembara ini mendapat sambutan yang sangat luar biasa daripada para penduduk kampung. Ada ketikanya khemah mereka dikunjungi hampir dari seluruh kampung yang datang membawa makanan seperti roti dan lauk kambing. Ada ketikanya, sebaik sahaja mereka baru buka pintu khemah, sudah ada ramai 'peminat' yang sudah sedia dari awal pagi untuk bertemu mereka. Segala bahan-bahan untuk memasak juga tidak perlu lagi dibeli kerana diberikan secara percuma oleh orang kampung.

Ketika dalam suatu perjalanan, En. Franky tidak dapat meneruskan tunggangan kerana sakit perut. Oleh kerana tiada tempat yang sesuai, En. Franky memberanikan diri mengetuk pintu sebuah rumah untuk ke tandas. Nasib mereka sangat baik! Mereka bukan sekadar dapat menggunakan tandas, keluarga itu terus membenarkan mereka rehat, tidur dan makan selama tiga hari.

Pelbagai jenis kekacang dijual di pasar.
Pelbagai jenis kekacang dijual di pasar.

“Memang seronok! Saya tak sangka orang di timur tengah sebaik ini. Motosikal kami dibaik pulih, besi dan raga semuanya di dikimpal semula. Kami dibawa bersiar-siar ke seluruh kampung termasuk melawat ke sebuah tempat bernama Paragon. Dengar namanya sudah cukup teruja... terbayang ia sebuah bandar lama. Paragon rupanya sebuah kampung yang ada jual aiskrim. Memang bestlah orang di sana!”

Orang di perkampungan ini juga tidak pernah melihat sebuah telefon pintar. Mereka amat teruja apabila mendapati ia juga sebuah camera dan boleh slide pula untuk melihat gambar-gambar. Salah seorang daripada mereka mengambil gambar... tengok gambar... ambil gambar... tengok gambar. Pusing satu kampung tunjukkan betapa canggihnya telefon pintar itu.

“Lama juga dia pusing kampung tunjuk handphone tu. Tiba-tiba dia datang sambil katakan... telefon sudah rosak. Bukan rosak... punyalah rajin ambil gambar sampai bateri habis! Kelakar!”

“Masyarakat di sini pula hampir kesemuanya tidak memakai cermin mata. Walaupun berusia 70 tahun ke atas, mata mereka seperti mata harimau... cukup tajam. Jadi kami tanyakan apa petua mereka. Rupa-rupanya mereka mengamalkan penitisan air perahan limau ke dalam mata yang menjadikan mata sihat dan tidak rosak.

Ke mana sahaja kami berhenti, pasti ada kenalan baru yang menyapa.
Ke mana sahaja kami berhenti, pasti ada kenalan baru yang menyapa.
Pemandangan di salah sebuah bandar di Iran.
Pemandangan di salah sebuah bandar di Iran.

Keempat-empat mereka mencuba kaedah ini dengan meletakkan dua titis air limau di setiap sebelah mata. Menurut En. Lim, pada mulanya memang sakit tetapi selepas satu atau dua jam, mata memang semakin cerah. 'Perubatan' ini selamat kerana menggunakan bahan semula jadi dan telah diamalkan untuk sekian lama, katanya.

Selain makanan, Iran juga terkenal dengan perniagaan barangan perkhemahan yang dijual di tepi-tepi jalan. Memang sesuai dengan jiwa En. Lim dan rakan-rakannya yang juga sering berkhemah di lokasi yang tiada hotel atau rumah tumpangan dan selamat. Negara-negara di Asia Tengah ini memang terkenal dengan buah-buahan yang segar dan sedap. En. Lim dan rakan-rakan pasti membeli pelbagai jenis buah setiap kali mereka berhenti untuk berehat atau pun bermalam.

“Kebanyakan masa kami berkhemah agak jauh daripada jalan utama untuk tujuan keselamatan. Ada di sesetengah tempat, kami terpaksa menutupi motosikal dengan ranting kayu supaya ianya tidak boleh dikenali. Kita tidak tahu niat orang, lebih baik berjaga-jaga!”

Selepas lebih dua minggu di Iran, konvoi menuju ke Turki dengan menyusuri jalanan pergunungan. Destinasi pertama mereka ialah Dogubayazit, antara bandar terpencil di negara ini. Walaupun ia bandar kecil tetapi cukup lengkap dan meriah. Masalah bahasa sekali lagi memberi cabaran tetapi nasib menyebelahi mereka apabila berjumpa dengan seorang pengembara dari Iran yang telah memberikan nombor telefon seorang tukang gunting rambut bernama Memet di Istanbul yang selalu membantu para pelancong.

Pemandangan unik yang tidak dapat dilihat di negara kita.
Pemandangan unik yang tidak dapat dilihat di negara kita.
Tasik ini akan membeku apabila tiba musim sejuk di Turki.
Tasik ini akan membeku apabila tiba musim sejuk di Turki.

“Setiap kali tiba di stesen minyak, kami akan menggunakan telefon mereka untuk menghubungi Memet. Oleh kerana Memet tidak dapat datang berjumpa, kami bersetuju untuk ke kedainya. Apabila tiba lagi di stesen minyak seterusnya, kami akan menghubunginya untuk dapatkan arah yang betul.”

“Selepas jalan besar, kami masuk ke laluan lebih kecil dan akhir berjaya juga sampai di kedainya yang terletak di satu lorong yang amat sukar untuk dicari. Selepas bertemu dan berbual, baru kami tahu yang dia hanya mempunyai sebuah basikal tua. Memet membantu kami dengan mendapatkan tempat tinggal, makanan, siapa patut berjumpa untuk urusan selanjutnya.”

Di sinilah En. Franky terpaksa dimasukkan ke hospital selepas sakit di bahagian tekak dan ususnya. Enam hari dia ditahan dan pihak hospital mendapati masalah ini berlaku sejak beliau makan roti yang disyaki telah berkulat ketika di India.

Kecekalan Franky mengharungi perjalanan memang hebat.
Kecekalan Franky mengharungi perjalanan memang hebat.
Pemandangan waktu senja di Istanbul, Turki.
Pemandangan waktu senja di Istanbul, Turki.

Oleh kerana kekurangan penunggang, anak En. Franky sanggup datang dari Malaysia untuk menggantikan tempat ayahnya. En. Franky tetap mahu menjejakkan kakinya ke Eropah, sekurang-kurangnya di Greece sebelum pulang ke Malaysia untuk menyambung rawatan. Hasratnya itu mendapat keizinan rakan-rakannya tetapi dengan menaiki van. Setibanya di Greece, En. Franky dan anaknya kembali ke Malaysia manakala motosikalnya dihantar ke pejabat kenalannya di Touratech, Jerman.

“Sebaik sahaja masuk ke Greece, perjalanan jauh lebih senang... tidak lagi mencabar seperti sebelum-sebelum ini terutamanya di negara lima 'stan'. Walaupun Greece diisytiharkan muflis, tetapi rakyatnya cukup gembira... minum sana-sini dan restoran penuh dengan pelanggan. Cuma di sini, setiap orang hanya boleh mengeluarkan wang tunai di mesin ATM sebanyak Euro40 sehari sahaja tidak kira anda rakyat biasa mahu pun seorang jutawan.”

Jentera Honda Wave kini telah mengembara hingga ke Greece.
Jentera Honda Wave kini telah mengembara hingga ke Greece.
Terserempak dengan sekawan kambing yang pandai memanjat tebing di Greece.
Terserempak dengan sekawan kambing yang pandai memanjat tebing di Greece.

Mereka bertemu dengan John, seorang pencinta motosikal yang menunggang Honda AfricaTwin. Dia membawa mereka bersiar-siar di seluruh bandar malah sempat menghubungi rakan-rakan superbike untuk datang meraikan bikers baru dari Malaysia.

“Melihat akan keupayaan kamu semua sanggup ke sini, saya sudah tidak lagi rasakan menunggang Honda Africa Twin hebat dan lasak,” gurau John kepada mereka semua.

SImpang ke negara Bulgaria.
SImpang ke negara Bulgaria.
Salah satu keindahan alam yang terdapat di Bulgaria.
Salah satu keindahan alam yang terdapat di Bulgaria.
Sempat menikmati kemeriahan majlis perkahwinan di Masedonia.
Sempat menikmati kemeriahan majlis perkahwinan di Masedonia.

Jentera mereka dipulas lagi untuk meninggalkan Greece dan menuju ke Bulgaria, sebuah negara yang lebih moden dan kaya dengan gabungan budaya Greek, Slavik, Parsi dan Uthmaniah. Antara destinasi tumpuan pelancong dari seluruh dunia ialah di Laut Hitam yang sangat-sangat bersih dan cantik. RR

bersambung....

Popular

  • Warta Roda

    BSH Umum Tiga Warna Baru Honda ADV160

  • Warta Roda

    Pelajar Sekolah Maut Selepas Motosikal Dinaiki Rempuh Lori

  • Model Baru

    Hanway Heritage, Jentera Gaya Bobber Dilancarkan!

  • Model Baru

    ARIIC 318GT Secara Rasmi Dilancarkan – RM 22,888

  • Dari Litar

    Fabio Quartararo Kembali Julang Yamaha di Podium. Alex Marquez Raih Kemenangan Pertama

Artikel berkaitan

TM Bikers Jelajah Turkiye 2024!

900 Kilometer Dengan Suzuki Hayabusa

Kembara Sempoi Ke Tasik Raban, Lenggong, Perak

Kembara Sampai ke Boten

Ride Sri Lanka - Berbelit Jalan Serta Lidah Nak Menyebutnya...

Kuching, Sarawak, Malaysia - Pontianak, Indonesia: 1000km Loop (Bahagian Akhir)

Kuching Sarawak Malaysia - Pontianak Indonesia: 1000km Loop (Bahagian 1)

Sabah 360 Ride 1,800KM Loop (Bahagian II)

Disyorkan untuk anda
Model Baru

SYM Naga 150 Bakal Diperkenalkan di Malaysia

Memperkenalkan skuter baru SYM MMBCU yang merupakan singkatan kepada “Mamba Crossover Unique”. Seperti yang kita tahu, Mamba merupakan spesis ular yang berbisa dan memiliki ketangkasan yang mengagumkan.

Warta Produk

LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

LS2, jenama topi keledar yang berkualiti dan terkenal di peringkat global, melancarkan tiga model topi keledar terbaru untuk tahun 2025 iaitu Verso II OF618, Dragon FF807 dan Advant II FF910.

Warta Roda

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Dengan sejarah yang kaya dengan kejayaan, kerjasama ini kini memulakan lembaran baharu yang menarik. Ekspresi luar biasa terbaru ini akan didedahkan semasa Minggu Reka Bentuk Milano, pada hari esok, 9 April.

Warta Roda

Warna Baru Untuk Yamaha Y15ZR Special Edition

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) hari ini memperkenalkan Yamaha Y15ZR Edisi Istimewa (SE) yang hadir dengan warna Bronze Fury serba baru. Model SE i ni ditawarkan pada harga (cadangan) RM9,498 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans).