Isu Terkini

Disember 2023

Kembara / 17 Januari 2024

Sabah 360 Ride 1,800KM Loop (Bahagian II)

Hari Kelima: Suasana pagi ini agak berbeza kerana kami bangun di suasana bandar yang agak sibuk. Jadi hari ini kami akan menuju ke sebuah kuil yang terkenal di Sandakan iaitu Temple Puu Jih Shih Buddhist.

Kuil yang terletak di atas bukit di kawasan Tanah Merah ni memang satu yang unik yang perlu datang kalau melawat Sandakan. Pemandangan di luar kuil ini memang menakjubkan. Ia disebabkan lokasinya di atas bukit yang memberikan sudut pandang ke arah seluruh Teluk Sandakan. Memang padu dan menarik sekali.

Kami juga ke Rumah Agnes Keith yang telah dibaik pulih untuk dijadikan rumah warisan - sejak kerja-kerja pemulihan pada tahun 2004. Rumah ini memberikan gambaran kenangan dulu kala ketika kehidupan semasa di bawah pentadbiran Borneo Utara British. Kita dapat melihat pelbagai perabot zaman kolonial dan barang-barang antik. Tidak dinafikan, ramai pelancong dari UK hadir mungkin kerana ingin menjejaki kisah salasilah datuk dan nenek mereka yang telah menetap di Sandakan pada waktu penjajahan dulu.

Kemudian kami menuju ke bandar lama Sandakan dan menikmati suasana bandar di tepi pantai disamping beramah mesra dengan penduduk tempatan terutamanya anak-anak kecil yang menjual jajan-jajan (makanan ringan). Tepat 11.00 pagi, kami tinggalkan bandar ini, singgah isi minyak dan pulas semula pendikit masing-masing.

Perjalanan hari ini sejauh 305 km yang memberi peluang untuk merasai laluan Lebuhraya Pan Borneo yang masih dalam proses pembinaan. Mencabar…. jauh tau.

Setiap perjalanan pasti memberikan kita kisah dan pengalamannya yang berbeza. Salah sebuah jentera kami mengalami kebocoran pada sistem penyejuk menyebabkan kami terpaksa singgah di sebuah bengkel motor di luar bandar Sandakan. Lama juga di situ dan ini akan mengubah masa perjalanan. Setelah lebih kurang satu jam perjalanan, dengan kepanasan cuaca dan terik mentari, kami 'tewas'. Kami terpaksa berhenti rehat di sebuah perhentian bas di Pan Borneo. Rehat penting ya tuan puan, jangan sesekali paksa diri jika telah penat!

Jika dikira, perjalanan setakat ini yang telah mencecah hampir 1,000 km dan masih tidak ada satu titik air hujan pun menimpa kami. Memang panas dan adakalanya kami akan membuka jaket bila perlu. Apabila kami dapati ada satu lagi stesen petrol di Kinabatangan, kami singgah lagi dan berehat. Jam ketika itu menunjukkan pukul 2.15 petang.

Sekali lagi salah satu jentera kami mengalami masalah sistem penyejuk, perlu berhenti dan diperiksa sekali lagi. Kami berhenti di tepi bandar Lahad Datu yang terletak lebih kurang 140 km dari Semporna. Pada waktu ini, suasana sudah menghampiri petang dan kami tahu bahawa perjalanan berikutnya di waktu malam.

Setelah selesai membaiki motor, kami terus memecut menuju ke Semporna dengan melalui ladang kelapa sawit tetapi, arus kenderaan pun agak sibuk. Akhirnya lebih kurang pukul 6.20 petang, kami tiba di bandar Semporna yang dikenali sebagai pintu masuk untuk mereka yang ingin ke Pulau Sipadan. Hari pun dah gelap!

Di sini kami berehat untuk solat dan menikmati makan seafood yang memang berbeza dari tempat lain. Duduk mengadap laut dan kelong-kelong di hadapan, Semporna memang satu destinasi yang sesuai untuk mereka yang sukakan suasana santai di tepi laut. Para pelancong dari negara China dan Thailand juga ramai di sini. Cantik macam mana pun, kami tidak boleh lama di sini kerana tempat untuk bermalam ialah di Tawau, sejauh 120km lagi.

Memandangkan sudah malam dan gelap, dijangkakan perjalanan seterusnya akan lebih mencabar dan kami semua kena lebih berhati-hati. Jom…. kita redah kegelapan. Semangat dan pengalaman digunakan sebaiknya untuk menempuh perjalanan untuk tempoh dua jam setengah sebelum tiba di Tawau. Syukurlah, semua masih gagah dan bersemangat.

Tawau merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan dengan jumlah penduduk seramai 450,000 orang. Bandar ini dihubungkan dengan Kota Kinabalu melalui jalan raya sejauh 500 km, laluan udara menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau dan menerusi laut iaitu di Pelabuhan Tawau.

Hari Keenam: Kami mulakan hari baru dengan bersarapan pagi di gerai Nasi Lemak Guru Besar Tawau sambil bergambar dan bervideo kenangan di hadapan 'landmark ' TAWAU yang dieja dengan huruf Jawi iaitu huruf 'Ta' dan 'Wau'.

Jadual hari ini adalah ke Keningau, sejauh 360km dengan melalui Banjaran Crocker. Mental dan fizikal diperkuatkan dan perlu tip top. Pada masa yang sama, keadaan motor juga dipastikan baik dan ini amatlah penting.

Ternyata apa yang kami jangkakan benar belaka. Terdapat banyak jalan-jalan rosak dan berturapkan dengan tanah/batu sahaja namun begitu, setiap jentera yang kami tunggangi memiliki spesifikasi yang sesuai untuk perjalanan lasak dan kasar.

Kita pulas sahaja pendikitnya dan ia berdesup merentas kawasan lasak gravel yang agak sukar untuk kenderaan lain mengatasinya. Satu destinasi menarik yang kami lalui hari ini adalah Lembangan Maliau yang dinamakan Maliau Basin yang terletak di susuran Sungai Maliau dan Sungai Kinabatangan. Sungai Maliau merupakan anak sungai Kinabatangan, sungai kedua terpanjang di Malaysia, selepas Sungai Rajang.

Lembangan ini merupakan salah satu kawasan semulajadi yang masih menjadi misteri sehingga kini. Ia disempadani oleh tebing curam yang unik dan menggerunkan. Lembangan yang berbentuk hampir bulat boleh dilihat dari udara. Ia merangkumi kawasan hutan asli seluas 390km persegi.

Kami berhenti rehat di pintu masuk lembangan ini dan mengambil serba sedikit maklumat tentang agenda yang diperlukan jika berhasrat untuk menerokai lembangan ini pada masa kelak. Ianya memerlukan plan yang berlainan, penambahan 3 hingga 4 hari untuk masuk ke dalam hutan ini. Lebih kurang 10km dari sini, kami berhenti rehat untuk makan tengahari dan solat di warung yang dinamakan Tibow.

Setelah selesai 'mengecas bateri tenaga badan' dan telefon, kami meneruskan perjalanan yang memerlukan sejauh 150km untuk tiba di bandar Keningau. Jauh lagi ni kerana jalannya bukan mudah. Kerosakan jalan akibat tanah runtuh dan tanda 'AWAS GAJAH MELINTAS' adalah sebahagian amaran yang perlu diberi perhatian.

Setelah hampir 3 jam perjalanan, kami mengambil keputusan untuk berhenti di pekan kecil Nabawan untuk berehat lagi. Memang benar-benar menguji khudrat setiap peserta. Kami juga mengambil peluang untuk minum dan ke salon untuk memotong dan membersihkan rambut!

Ingat ya... kebersihan perlu dijaga yang amat penting untuk memastikan suatu perjalanan itu berjalan dengan lancar. Akhirnya pada pukul 6.10pm kami tiba di bandar Keningau….. fuhhhh… memang mencabar betul ride hari ini.

Setelah check-in dan mengemaskan diri masing-masing kami terus menerokai bandar Keningau. Salah satu aktiviti menarik yang boleh kami kongsikan ialah kemeriahan pasar malam Keningau yang menjanjikan perbagai barang terutamanya makanan. Di sini banyak gerai-gerai menarik yang penuh dengan jenis ikan dan makanan laut yang biasanya tidak mudah didapati di semenanjung Malaysia. Majoriti penduduk di bandar ini adalah Melayu-Brunei, Kadazan Dusun serta Murut dan Bajau.

Hari Ketujuh: Pagi serba baru menjelma kembali. Setelah menyediakan jentera motor kami, kita bersaparan dahulu. Hari ini adalah 'pusingan penutup' untuk pengembaraan kami kali ini yang jaraknya lebih kurang 120 km.

Kami perlahan-lahan bergerak meninggalkan bandar Keningau. Beberapa kilometer berlalu, kami telah menikmati banjaran Crocker yang terletak di bahagian Pantai Barat negeri Sabah. Kawasan banjaran ini merupakan Tapak Warisan Dunia pertama Malaysia. Sebahagian kawasan banjaran ini juga diwartakan sebagai Taman Negara Banjaran Crocker sejak 1984.

Sangat indah suasananya malah menjadi tempat rehat buat ramai rakan-rakan motor yang lain. Di sini kami bertemu dengan ahli pemotoran dari kawasan lain dan bergambar kenangan yang akan kongsikan di laman sosial masing-masing.

Dari 'Look Out Point' banjaran Crocker, kami meneruskan perjalanan untuk kembali ke Kota Kinabalu. Kenderaan telah mula banyak dan kepenatan telah mula menjamah badan kami setelah 6 hari 'berjuang' meredah negeri Sabah. Lebih kurang 1,700km telah kami selesaikan dan kali ini kami mengambil keputusan untuk menunggang dengan santai dan menikmati 'ride' hari terakhir di sini.

Perhentian terakhir kali ini ialah di pinggir bandar Kota Kinabalu, di Kedai Kopi Wan Wan yang menyajikan masakan Cina yang sangat lazat. Di sini juga kami dapat membasuh jentera kami supaya kembali segar dan menawan.

Tepat jam 1.00 petang, konvoi selamat sampai di Hotel Promenade Kota Kinabalu. Yahooo... Yeah.... Jelajah Sabah 360 Ride dengan rasminya telah diselesaikan dengan selamat dan berjaya. Kesemua jentera dan penunggang selamat, itu yang penting. Secara dasarnya perlu kami tekankan ride ini yang sangat-sangat epik, mencabar tetapi kemudiannya ditenangkan oleh keindahan alam yang amatlah luar biasa. Tak perlu kami ceritakan lebih lanjut kerana seperti kata-kata pujangga….Tak Kenal Maka Tak Cinta.

Let’s go!!! Marilah kita sama-sama menaikkan nama Malaysia dan Sabah khususnya untuk menjadi destinasi permotoran di mata antarabangsa. RR

Zack Ahmad

Untuk sewaan motor, boleh hubungi:
BK Borneo Adventure menerusi (whatsapp): 0197978877
Facebook/Youtube: BK BORNEO ADVENTURE

Isu Pada

September 2023

Popular

  • Dari Litar

    Pecco Juara GP Sepanyol...Tapi Marquez Sudah 'Kacau'!

  • Warta Roda

    Ducati Riding Experience (DRE) Road Academy: Tingkatkan Kemahiran Penunggang

  • Dari Litar

    Padu! Hakim Danish Raih Podium di Sepanyol

  • Model Baru

    Triumph Speed 400 & Scrambler 400 X Masuki Pasaran Negara

  • Warta Roda

    Seorang Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut Atas Kecuaian Orang Lain

Artikel berkaitan

Ride Berdua ke Siam

Sabah 360 Ride 1,800km Loop (Bahagian 1)

Ride Ihya Ramadhan TM Bikers Ke Gua Musang, Kelantan

Kembara Epik ke Lebuhraya Karakoram

Ride & Camp - Round 360 Sabah

Kembara Royal Alloy GP180 ke Betong

Konvoi Honda Klasik 1000KM Dari Kuala Terengganu Ke Hatyai

Projek Menawan 5 Puncak Bersama Vexcom

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

WorldSBK: Pasukan BMW Makin Ceria Dengan Prestasi Toprak!

Pasukan ROKiT BMW Motorrad WorldSBK menyediakan jentera sebaiknya buat Toprak dan Michael Van Der Mark untuk sebarang senario di sini.

Model Baru

Harley-Davidson Tobacco Fade 'Enthusiast Collection'

Untuk tahun ini, satu lagi siri Edisi Terhad telah diperkenalkan oleh Harley-Davidson (H-D) iaitu Tobacco Fade Enthusiast Collection untuk tiga model iaitu H-D Low Rider ST, Ultra Limited dan Tri Glide Ultra.

Dari Litar

KTM RC8 2024 - Edisi 'Perlumbaan' Terhad Diperkenalkan. Hanya 100 unit dipasarkan

KTM memperkenalkan model Edisi Perlumbaan Terhad yang menawarkan prestasi sebenar jentera kegunaan di litar (prestasi Moto2) yang mendapat kelulusan Grand Prix membolehkan jentera ini benar-benar layak digelar READY TO RACE.

Model Baru

Kemalangan 4 Buah Motosikal, Dua Pelajar Tingkatan Tiga Maut

Dua pelajar tingkatan tiga maut dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kapar, Jalan Haji Abdul Wahid di sini, malam tadi.