Isu Terkini

Oktober 2024

Kembara / 14 Julai 2024

Kembara Sempoi Ke Tasik Raban, Lenggong, Perak

Apadehal Yeop!! Kali ini kita ride ringan-ringan pada hujung minggu dalam Malaysia je ye....

Destinasi kita adalah Tasik Raban, Lenggong Perak yang jaraknya lebih kurang 270km dari bandaraya Kuala Lumpur. Tasik Raban terletak di bahagian utara Empangan Chenderoh iaitu empangan hidroelektrik yang dibina pada awal tahun 1928 dan ia adalah sistem hidroelektrik pertama di Hulu Perak.

Tasik ini membentuk ekosistem akuatik yang unik dengan nilai estetik dan kepelbagaian biologi tinggi bertaraf kebangsaan dan diserikan oleh beberapa perkampungan tradisional antaranya Kampong Raban, Kampong Kelantan, Kampong Cherakoh Padang Luas dan Kampong Beng. Lenggong juga adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO dan Lenggong Geopark Kebangsaan.

Pagi-pagi lagi, lebih kurang jam 8.00 pagi kami berkumpul di Taman Melawati untuk siap sedia dengan jentera kami sebanyak tujuh ‘biji’ motor pelbagai CC, kali ni kita campur-campur #kitaridertiadabeza.

Perjalanan kami melalui lebuhraya dan semestinya akan singgah di RnR seperti kebanyakan rider-rider semua buat. Yang lebih istimewa kali ini konvoi ditemani oleh support car yang juga ahli dari pihak kami. Sebaik sahaja semua sudah bersedia, kami bergerak melalui highway DUKE 'then' terus ke NKVE menuju ke utara.

Pit stop kami yang pertama adalah RnR Rawang untuk mengisi minyak supaya perjalanan tidak terganggu. Mantap ! Memang RnR Rawang ini popular di kalangan rider-rider semua. Banyak 'grup-grup' motor yang lain berada di sana untuk rehat-rehat atau berkumpul sebelum bergerak.

Cuaca hujung minggu kali ini cantik dan agak panas. Kami meneruskan ride menuju ke Utara dan berkumpul lagi di destinasi RnR seterusnya iaitu Tapah. Jam menunjukkan 11.15pagi… lets go gais! Perjalanan sangat smooth dan lancar dengan deruman enjin jentera masing-masing menuju next stop iaitu RnR Sungai Perak.

Di sini kami berhenti rehat dan mengisi tangki jentera masing-masing. Masih cantik dan bersih RnR ini tetapi pada hujung minggu, biasalah agak penuh dengan pengunjung.

Sebaik sahaja semuanya sudah fresh semula, kami keluar di exit Kuala Kangsar dan terus menggunakan jalan federal ke arah Grik. Perjalanan sudah mula menarik, laluan dihiasi dengan suasana kampung dan pemandangan banjaran gunung-gunung.

Lebih kurang jam 1.00 tengahari, kami sudah pun tiba di Dataran Tasik Raban untuk singgah menjamu selera sebelum ke destinasi kami iaitu di homestay Umi Lakeside Cabanas di Kampung Cherakoh. Kami memilih gerai yang hampir dengan tasik dan apa lagi terus 'ngap' lah dengan menu yang rata-rata ikan segar dari tasik.

Penulis memilih Gulai Kuning Ikan Baung dan jujurnya itulah yang paling enak pernah dirasai. Wow! Sangat sedap.

Kebetulan pada waktu yang sama, Karnival Agropelancongan Perak 2024 anjuran Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) juga sedang dilancarkan. Memang nampak ramai pengunjung dari luar turut hadir.

Selesai makan tengahari kami terus check-in homestay dan waktu untuk menikmati alam semulajadi tasik bermula! Homestay kami memang terletak di depan tasik dan apa lagi kami pun berkayak dan 'berbot' serta yang paling penting memancing.

Petang itu kami penuhi dengan keriangan dan gelak ketawa.... maklumlah ini peluang untuk berjauhan dari kesibukan kota KL - memang jarang untuk dirasai. “Masa untuk healinglah!”

Pada waktu malam, kami juga adakan 'dinner' secara BBQ dengan bekalan yang telah kami sediakan awal dari KL. Suasana sunyi... damai pada waktu malam yang hanya kedengaran unggas hutan menemani malam kami di pinggir tasik.

Kami tidak ketinggalan untuk bersama-sama sertai konsert Awie dan lain-lain selebriti jemputan di Dataran Tasik Raban… meriahhh wehhhhh. Memang cukup menghiburkan.

Keesokan harinya, sudah tibalah masa untuk pulang. Sempat juga kami menyediakan sarapan secara manual dan ramai yang ambil peluang untuk bersantai-santai untuk kenangan bersama. Selepas packing semua barang, kami 'zoom' terus pergi lunch dengan juadah ala kampung di restoran Mak Tam Nasi Talam di Kampung Pengkalan Ikan (KUAK). Aduhai... lazat betul, memang terbaik.

Terima kasih kepada ahli Motosikal Melawati iaitu Pedox, Tengku, Tony, Boy, Bard, Yazid, Syawal dan Hakim kerana andalah konvoi ini berwarna-warni dan fun.

Perjalanan pulang ke KL tidak kurang mencabarnya... kami mandi hujan yang sangat lebat. Itulah asam garam perjalanan kan. Misi selesai dan semua selamat sampai.

Pengembaraan bermotor bukanlah menuju ke destinasi sahaja namun perjalanan tersebut adalah destinasinya. Harap berjumpa lagi di destinasi konvoi yang akan datang. RR

- Zack Ahmad

Isu Pada

Julai 2024

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

TM Bikers Ride ke Sri Lanka 2026

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Dari Malaysia ke London, Bing Moto Jelajah 26 Buah Negara

Ride Santai Bersama Yamaha XMAX 250

BATAM RIDE 2025

TM Bikers Ride ke Philippines 2025

Kembara RSX-RS Crew Taiping 2025 – Menjelajah Keindahan Pahang

Versys Explore The Unexplored (ETU) 2025: Bukan Sekadar 'Ride & Camp'!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

MODA Sporter S SKII dilancarkan dengan pelbagai ciri pembaharuan.

Warta Roda

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Susulan pelaksanaan program panggil semula bagi penggantian komponen muffler motosikal QJMOTOR AX200S.

Model Baru

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) selaku pengedar rasmi jenama KYMCO di Malaysia dengan bangganya melancarkan skuter maksi terbaru, Kymco Xciiting VS 400.

Kembara

TM Bikers Ride ke Sri Lanka 2026

Jelajah TM Bikers Sri Lanka Ride 2026 berjaya dilaksanakan dengan penyertaan ahli-ahli TM Bikers bersama rakan-rakan.