Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu
Benelli Malaysia memperkenalkan warna baharu bagi model skuter mereka iaitu Benelli Panarea 125. Penampilan warna baharu ini menyergarkan lagi model skuter neo-retro tersebut untuk memenuhi cita rsa ara penunggang tempatan.

Model untuk tahun 2026 ini didatangkan dalam empat pilihan warna terkini iaitu Charcoal Black, Rosa Pink, Modena Silver dan Ivory White yang ditawarkan pada harga asas bermula RM6,988 (tanpa cukai jalan & insurans).

Walaupun menerima kemasan warna baharu, dari segi spesifikasi enjin masih sama iaitu menggunakan enjin satu silinder 124cc dengan sistem penyejuk udara yang menghasilkan kuasa 8.44hp (6.3 kW) pada 7,500rpm dan tork 9.2Nm pada 6,000rpm.

Kelengkapan lain termasuklah lampu-lampu LED, ruang bawah pelana 12 liter, berat 104kg, brek cakera 190mm di hadapan, tangki bahan api 4.6 liter, tayar hadapan 100/90-12, tayar belakang 110/90-12, tinggi pelana 760mm, lampu kecemasan, killer switch dan fork jenis teleskopik.

Model ini sudah pun berada di semua pusat pengedar sah Benelli seluruh Malaysia di mana setiap pembelian model ini, para pemilik boleh menikmati waranti selama 2 tahun ata 20,000km (yang mana terdahulu) serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn bhd. RR



