☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 Ogos 2026

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT5 kini rasmi masuk pasaran tempatan menerusi majlis perasmian Mforce Smartshop KW Keat Wei Motor Sdn. Bhd. di Alor Setar, Kedah. Kehadiran model skuter maksi ini menambah pilihan dalam segmen skuter berkapasiti pertengahan terutama buat penunggang yang mahukan gabungan prestasi, keselesaan dan kelengkapan moden. Model ini telah diperkenalkan secara rasmi di Malaysia Bike Show 2026 di MAEPS Serdang bersama RT2S pada bulan Mei lalu.

Model ini menggunakan enjin satu silinder, empat lejang berkapasiti 246.9 cc dengan penyejukan cecair yang mampu menghasilkan kuasa 26.1hp pada 8,50 rpm dan tork 24.5Nm pada 6,500rpm. Enjin tersebut turut dipadankan dengan transmisi jenis CVT dan sistem suntikan bahan api EFI bagi memberikan tindak balas enjin yang lebih responsif.

Walaupun spesifikasi enjin lebih kurang sama dengan RT2S, model ini tampil dengan kelengkapan lebih premium termasuklah paparan meter TFT berwarna, kamera dashcam, Blind Spot Detection, cermin sisi boleh lipat secara elektronik dan tongkat tengah yang boleh dinaikkan dan turunkan juga secara elektronik.

Antara kelengkapan lain adalah traction control, ABS dua saluran, tangki bahan api 18 liter, TPMS, berat 190kg, lampu-lampu LED, ruang simpana bawah pelana, brek-brek cakera, ciri connectivity serta USB Type-A dan Type-C.

Sebagai sebuah skuter maksi, RT5 dilengkapi dengan  fork teleskopik di hadapan dan penyerap hentak berkembar di belakang. Penggunaan tayar pula bersaiz 120/70-15 M/C di hadapan dan 140/60-14 M/C di belakang.

Cyclone RT5 kini di pusat pengedar sah Mforce seluruh negara pada harga asas RM16,888. Model ini tampil dalam tiga pilihan warna iaitu Prestige Black, Strong Grey dan Alabaster White. RR

Popular

  • Model Baru

    LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

  • Warta Roda

    Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

  • Warta Roda

    ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

  • Model Baru

    MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

  • Warta Roda

    PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Artikel berkaitan

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Akhirnya ZXMOTO 820RR, 500RR dan 500F Sedia Dipasarkan!

Honda E-Clutch Kini di NX500, CB750 & Transalp

Marshal Moto Lancarkan 2 Model Terbaru ke Pasaran Negara

LETBE FLYGON 250: Sesuai Tak Untuk Pasaran Kita?

Adakah LETBE NOMAD 350 Bakal Masuk Malaysia Pada 2027?

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Dari Litar

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli mempamerkan aksi konsisten untuk menamatkan perlumbaan moto3 dalam GP San Marino di tempat ke-12

Model Baru

Akhirnya ZXMOTO 820RR, 500RR dan 500F Sedia Dipasarkan!

Model yang ditunggu-tunggu selama ini iaitu ZXMOTO 820RR telah dilancarkan dengan rasminya oleh pihak Mforce pada harga RM39,888.