☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 24 Ogos 2026

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Royal Enfield meraikan ulang tahun ke-125 penubuhannya di peringkat global sambil memperkukuhkan lagi kedudukan dalam segmen motosikal kelas pertengahan yang semakin mendapat perhatian di pasaran Malaysia.

Menurut Manoj Gajarlawar, Ketua Perniagaan bagi Pasaran Asia Pasifik Royal Enfield, pihaknya menyasarkan untuk menerajui perkembangan segmen motosikal pertengahan di Malaysia menerusi barisan model yang sesuai untuk pelbagai golongan penunggang daripada pemilik kali pertama hinggalah penunggang berpengalaman yang mahukan pengalaman tunggangan lebih santai, berkarakter dan serba boleh.

Sejak berada di Malaysia, Royal Enfield merekodkan perkembangan positif hasil peningkatan permintaan terhadap motosikal bersesaran pertengahan yang mudah dimiliki. Jenama itu terus memperluaskan rangkaian jualan dan selepas jualan di seluruh negara bagi memastikan produk serta perkhidmatannya lebih mudah diakses pelanggan.

Aspek komuniti turut menjadi antara fokus utama Royal Enfield di Malaysia. Pada awal tahun 2026, RE mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records selepas menghimpunkan 850 motosikal Royal Enfield menjadikan acara tersebut sebagai perhimpunan terbesar pemilik Royal Enfield di negara ini.

Royal Enfield turut membangunkan ekosistem permotoran menerusi aktiviti tunggangan, sesi uji pandu, program komuniti, pakaian, aksesori dan budaya custom. Komitmen terhadap dunia custom tempatan turut diterjemahkan menerusi OBSIDIAN yang sebuah motosikal unik berasaskan Royal Enfield Super Meteor 650. Jentera ini dihasilkan oleh pembina custom terkenal tempatan iaitu Pa’din Musa dari Abah & Sons yang diperkenalkan pada Art of Speed 2026.

Sempena ulang tahun ke-125 ini, Royal Enfield kekal memberi tumpuan kepada segmen 250cc hingga 750cc yang dilihat sebagai titik pertemuan antara harga mampu milik. Untuk pasaran Malaysia pula, jenama tersebut akan terus memperkukuh penawaran menerusi pelbagai model, rangkaian jualan dan perkhidmatan yang semakin luas. Pada masa yang sama turut memperkenalkan pilihan warna, aksesori dan produk gaya hidup baharu kepada pelanggan. RR

Popular

  • Model Baru

    LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

  • Warta Roda

    Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

  • Warta Roda

    ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

  • Model Baru

    MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

  • Warta Roda

    PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Artikel berkaitan

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Gracshaw X Mobile Suit Gundam Limited-Edition Collection

MODENAS Z15GT Terima Tujuh Penambahbaikan & Warna Baharu

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli mempamerkan aksi konsisten untuk menamatkan perlumbaan moto3 dalam GP San Marino di tempat ke-12

Dari Litar

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Hakim Danish Ramli menyasarkan keputusan lebih baik apabila kembali beraksi padaGP San Marino.

Warta Roda

MODENAS Z15GT Terima Tujuh Penambahbaikan & Warna Baharu

Modenas Z15GT tampil dengan dua warna baharu dan 7 penambahbaikkan.

Warta Roda

Moped 150cc Klac Auto Bakal Tiba Tahun Depan di Malaysia?

Segmen kapcai 150cc di Malaysia dijangka menjadi lebih menarik tahun depan?