☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 Ogos 2026

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

Selepas diperkenalkan di Malaysia Bike Show pada 29hb Mei yang lalu, Cyclone RT2S akhirnya rasmi di pusat pengedar Mfroce seluruh negara sempena pembukaan Mforce Smartshop KW Keat Wei Motor Sdn. Bhd. di Langgar, Alor Setar, Kedah.

Model ini menggunakan enjin satu silinder 247 cc, 4-lejang, 4-injap, DOHC dengan sistem penyejukan cecair yang mampu menghasilkan kuasa 26.1hp pada 8,500rpm dan tork 24.5Nm pada 6,500rpm. Sistem transmisi CVT bersama pacuan akhir jenis tali sawat pula memasikan kuasa yang disalurkan ke roda belakang cukup lancar sekali.

Dari segi keselesaan, model ini didatangkan dengan saspensi hadapan jenis teleskopik manakala belakang menggunakan penyerap hentak berspring. Skuter ini menggunakan tayar bersaiz110/80-R14 di hadapan dan 140/60-R13 di belakang yang turut dipadankan bersama sistem ABS dua saluran.

Bagi memudahkan pergerakkan pula RT2 ini mempunyai ukuran panjang  2,100mm, lebar 790mm dan tinggi 1,398mm. Berat jentera pula adalah sekitar 179 kg, kelegaan tanah 135mm dan tinggi pelana 750mm.

Sebagai sebuah skuter yang praktikal, RT2 disempurnakan dengan ruang simpanan bawah pelana yang cukup luas. Bahagian hadapan pula terdapat ruangan kecil yang boleh memuatkan sebuah dompet. Kelengkapan lain seperti traction control, TPMS, dashcam (depan & belakang), lampu-lampu LED, sistem kunci pintar, meter TFT, soket USB Type-A dan tangki bahan api 12.6 liter.

Cyclone RT2 hadir dalam dua pilihan warna iaitu Prestige Black dan Strong Grey yang ditawarkan pada harga asas bermula RM13,888. RR

Popular

  • Model Baru

    LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

  • Warta Roda

    Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

  • Warta Roda

    ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

  • Model Baru

    MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

  • Warta Roda

    PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Artikel berkaitan

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Akhirnya ZXMOTO 820RR, 500RR dan 500F Sedia Dipasarkan!

Honda E-Clutch Kini di NX500, CB750 & Transalp

Marshal Moto Lancarkan 2 Model Terbaru ke Pasaran Negara

LETBE FLYGON 250: Sesuai Tak Untuk Pasaran Kita?

Adakah LETBE NOMAD 350 Bakal Masuk Malaysia Pada 2027?

Disyorkan untuk anda
Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Dari Litar

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Hakim Danish Ramli menyasarkan keputusan lebih baik apabila kembali beraksi padaGP San Marino.