☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 24 Ogos 2026

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Keeway Malaysia mengumumkan pelaksanaan Program Panggil Semula (Product Recall Program) bagi model Keeway XDV180 Evo membabitkan kira-kira 5,000 unit motosikal.

Program tersebut dilaksanakan selepas pihak Keeway mengenal pasti kemungkinan berlaku isu ketahanan pada komponen swingarm assembly model berkenaan. Langkah ini diambil bagi memastikan tahap keselamatan, ketahanan dan prestasi motosikal kekal pada tahap optimum.

Oleh itu, Keeway Malaysia akan menggantikan lengan ayun sedia ada dengan komponen baharu yang telah dipertingkatkan dari segi reka bentuk dan ketahanan. Komponen berkenaan dibangunkan bagi menawarkan struktur yang lebih kukuh serta kestabilan lebih baik untuk penggunaan jangka panjang.

Semua pemilik Keeway XDV180 Evo yang telah membeli motosikal berkenaan diminta membuat semakan status unit masing-masing menerusi laman rasmi Program Panggil Semula Keeway di https://productrecall.mforceservice.my.

Jika tersenarai, pemilik boleh menghubungi atau mengunjungi pengedar sah Keeway Malaysia tempat pembelian asal dibuat untuk menetapkan janji temu bagi proses penggantian lengan ayun. Keseluruhan proses penggantian dilaksanakan secara percuma termasuklah kos alat ganti dan upah kerja.

Keeway Malaysia turut merakamkan penghargaan atas kerjasama dan kepercayaan pelanggan serta menegaskan komitmennya untuk memastikan setiap produk yang ditawarkan memenuhi tahap keselamatan dan kualiti ditetapkan. RR

Popular

  • Model Baru

    Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

  • Model Baru

    LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

  • Warta Roda

    Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

  • Warta Roda

    ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

  • Model Baru

    MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Artikel berkaitan

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Gracshaw X Mobile Suit Gundam Limited-Edition Collection

MODENAS Z15GT Terima Tujuh Penambahbaikan & Warna Baharu

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Model Baru

Honda E-Clutch Kini di NX500, CB750 & Transalp

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan teknologi Honda E-Clutch kepada tiga lagi modeluantuk pasaran Malaysia iaitu Honda NX500, CB750 dan Transalp.

Dari Litar

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Hakim Danish Ramli menyasarkan keputusan lebih baik apabila kembali beraksi padaGP San Marino.