☰
Isu Terkini

Oktober 2024

28 Julai 2020

Jentera Yamaha Kuasai Litar Jerez!

Kali terakhir pasukan Yamaha menduduki ketiga-tiga tangga podium ialah pada tahun 2014 menerusi Valentino Rossi, Jorge Lorenzo dan Bradley Smith yang mempamerkan tunggangan mantap untuk menguasai litar Phillip Island. Kini, sejarah tersebut berulang kembali pada pertarungan pusingan ketiga tempohari (26hb Julai 2020) apabila pelumba kelahiran Perancis, Fabio Quartararo dari pasukan Petronas Yamaha SRT muncul juara sekali lagi diikuti oleh dua pelumba pasukan Monster Energy Yamaha iaitu Maverick Vinales dan Valentino Rossi.

Fabio Quartararo pamer tunggangan penuh cemerlang.
Fabio Quartararo pamer tunggangan penuh cemerlang.

Untuk saingan kali ini, Marc Marquez (Repsol Honda Team) yang baru sahaja menjalani pembedahan telah membuat keputusan untuk tidak beraksi bagi mengelakkan risiko yang lebih tinggi. Kita berharap agar beliau cepat sembuh dan kembali memberi cabaran.

Quartararo yang berjaya melakukan holeshot memecut ke hadapan bersama-sama Rossi yang turut mendapat rentak yang sama hebat. Tidak lama kemudian, berlakunya kemalangan yang melibatkan tiga orang pelumba iaitu Miguel Oliveira, Brad Binder dan Bradley Smith dari pasukan Aprilia Racing Team Gresini. Rossi yang berada di tempat kedua telah diberi tentangan hebat oleh rakan sepasukannya, Vinales. Tekanan demi tekanan yang dilakukan tanpa henti akhirnya berjaya membuatkan Rossi melakukan kesilapan.

Marc Marquez.
Marc Marquez.
Valentino Rossi cuba menahan kemaraan Maverick Vinales.
Valentino Rossi cuba menahan kemaraan Maverick Vinales.

Quartararo tidak mengendahkan apa sahaja yang berlaku di belakang sebaliknya terus menumpukan perhatian dan mengemudi jenteranya dengan kemas hingga ke garisan penamat. Vinales kembali semula ke podium tetapi insan paling gembira pada hari tersebut tentunya pelumba berusia 41 tahun, Valentino Rossi yang kini telah mencipta 199 podium MotoGP dan merupakan podium ke 235 kali dalam semua kategori.

“Perlumbaan kali ini memang sangat sukar kerana pemilihan tayar amat penting. Saya cukup gembira dengan rentak yang berjaya dicapai di sepanjang perlumbaan dan amat berterima kasih kepada seluruh pasukan yang bekerja keras sepanjang masa. Saya tahu keluarga saya sedang berpesta di rumah dan jujurnya, saya rasa sangat gembira dengan kemenangan dua kali berturut-turut di Jerez ini,” komen Fabio Quartararo.

Andrea Dovizioso terus mencari kemenangan.
Andrea Dovizioso terus mencari kemenangan.

Moto2: “Saya sangat gembira kerana jentera ini cukup pantas dan kompetitif. Apabila melihat prestasinya cukup mantap, saya semakin yakin untuk meraih kemenangan. Oleh itu saya telah mengerahkan seluruh tenaga sejak di awal perlumbaan untuk membuka jarak meninggalkan Luca Marini. Saya hadiahkan kemenangan ini buat kawan baik saya iaitu Livio yang sudah tidak ada lagi disamping kita,” kata Juara Litar Jerez, Enea Bastianini.

Enea Bastianini.
Enea Bastianini.

Awalnya, pelumba Sky Racing Team, Marco Bezzecchi bermula dengan sempurna tetapi kedudukannya itu tidak kekal lama. Biastianini berjaya memberi tekanan sebelum memintas untuk mencari 25 mata berharga. Tempat kedua dimenangi oleh Luca Marini diikuti Marco Bezzecchi di tempat ketiga. Pelumba negara, Hafizh Syahrin kurang bernasib baik kerana tidak dapat menghabiskan persaingannya kali ini. Kita doakan agar prestasinya terus mantap selepas ini.

Para pemenang Moto3 bersama piala masing-masing.
Para pemenang Moto3 bersama piala masing-masing.

Tatsuki Suzuki (24) berjaya menjuarai persaingan Moto3 di Litar Jerez.

Moto3: Pelumba dari Jepun, Tatsuki Suzuki (SIC58 Squadra Corse) menjadi pelumba pertama yang berjaya bermula di petak pertama dan muncul juara. Tatsuki menerima kibaran bendera penamat di kedudukan utama selepas mengenepikan pencabarnya utamanya, John McPhee (Petronas Sprinta Racing) dan wakil pasukan Sky Racing Team VR46, Celestino Vietti di selekoh terakhir. Khairul Idham Pawi terus memburu posisi lebih baik dengan penuh semangat. Untuk persaingan kali ini, KIP menamatkan cabaran di tempat ke-20. Pusingan seterusnya akan diadakan di Litar Brno, Republik Czech pada 9hb Ogos nanti. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).