☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 17 Oktober 2026

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Ducati Panigale V4 S 2027 meneruskan evolusi jentera gaya perlumbaan Ducati dengan penekanan terhadap prestasi, ketepatan pengendalian dan kawalan yang lebih baik ketika ditunggang pada kelajuan tinggi.

Sebagai varian yang dilengkapi komponen premium, Panigale V4 S menggabungkan keupayaan enjin V4 berprestasi tinggi yang dipadankan dengan sistem saspensi elektronik dan pakej elektronik moden bagi para pencinta kelajuan.

Dari segi enjin, model baru ini disempurnakan dengan enjin 1,103cc Desmosedici Stradale 90-darjah V4 yang menawarkan hantaran kuasa setinggi 218hp pada 13,500rpm dan tork maksimum 120.6Nm pada 11,000 rpm.

Bahagian kerangka diinspirasikan daripada jentera MotoGP dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi tayar hadapan yang kini lebih banyak 'contact' dengan permukaan litar. Model ini juga didatangkan dengan sistem elektronik terkini yang diambil daripada model Superleggera V4 Centenario seperti Cornering ABS, Ducati Traction Control DVO, Slide Control, Wheelie Control DVO, Power Launch DVO, Vehicle Hold Control, Ducati Brake Light, Ducati Vehicle Observer, TPMS, Ducati Multimedia System, Ducati Navigation System dan Quick Shift 2.0.

Ada 5 pilihan mod tunggangan yang terdiri daripada 5 Mod Tunggangan (Race A, Race B, Sport, Road dan Wet). Sistem keselamatan terdiri daripada:

1. Dynamic Engine Brake (DEB)
2. Race Brake Control (RBC)

Panigale terbaru ini juga didatangkan dengan sistem Ducati Electronic Suspension 3.0, Ohlins NPX-30 di bahagian hadapan, manakala penyerap hentak belakang terdiri daripada lenan ayun Ducati Symmetrical Swingarm dan unit penyerap hentak Ohlins TTX 36  yang lengkap dengan Ohlins Smart EC 3.0.

Untuk dapatkan posisi menunggang yang sesuai untuk semua jenis penunggang, Ducati telah merekasemula tangki (17 liter) lebih ramping, bar hendal boleh dilaras manakala pelana juga kini lebih luas.

Menerusi Ducati Factory Mode, pemilik Panigale V4S kini boleh membuat pilihan sehingga 11 pilihan warna antaranya Ducati Red, Ducati Yellow, Thrilling Black, GP19 Red, Aviator Grey, Arctic White Silk, Ducati Corse, livery Performance termasuklah lima lagi dari program Automobili Lamborghini’s Ad iaitu Arancio Xanto, Giallo Belenus, Verde Scandal, Viola Pasifae dan Blu Uranus. RR

RR

Popular

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Artikel berkaitan

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).