Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran
Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model yang tampil dengan gaya retro ini disempurnakan dengan enjin 123.6cc, sistem penyejuk udara, suntikan bahan api elektronik yang berkuasa 6.8kW, bersamaan 9.24hp dan tork dicatatkan pada 9.Nm dengan kemampuan memecut sehingga 85km/j. Kombinasi ini pastinya menjadikan skuter baru itu cukup sesuai untuk tunggangan harian khususnya di dalam kawasan urban.


Dari segi rekabentuknya, lampu utama jenis LED dan cermin sisinya hadir dalam bentuk bulat. Posisi menunggang tegak, cukup relaks dan selesa dengan lantai pemijak yang luas. Model ini didatangkan dengan tayar hadapan dan belakang bersaiz 90/90-10 yang dipadankan dengan brek hadapan jenis cakera (belakang guna gelendong).



Terdapat dua varian iaitu Classic dan ABS yang dibezakan menerusi sistem ABS dan sistem Traction Control. Varian Classic (tidak ada ABS/TCS) berbanding varian ABS yang lengkap dengan kedua-duanya.

Terdapat 3 pilihan warna iaitu Biru Muda, Hitam dan Puitih Mutiara. Apa paling penting ialah harga untuk kedua-dua varian akan ditawarkan pada harga di bawah RM4,000. Nantikan pengumumannya dari masa ke semasa. RR
Popular




