☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 Oktober 2026

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model yang tampil dengan gaya retro ini disempurnakan dengan enjin 123.6cc, sistem penyejuk udara, suntikan bahan api elektronik yang berkuasa 6.8kW, bersamaan 9.24hp dan tork dicatatkan pada 9.Nm dengan kemampuan memecut sehingga 85km/j. Kombinasi ini pastinya menjadikan skuter baru itu cukup sesuai untuk tunggangan harian khususnya di dalam kawasan urban.

Dari segi rekabentuknya, lampu utama jenis LED  dan cermin sisinya hadir dalam bentuk bulat. Posisi menunggang tegak, cukup relaks dan selesa dengan lantai pemijak yang luas. Model ini didatangkan dengan tayar hadapan dan belakang bersaiz 90/90-10 yang dipadankan dengan brek hadapan jenis cakera (belakang guna gelendong).

Terdapat dua varian iaitu Classic dan ABS yang dibezakan menerusi sistem ABS dan sistem Traction Control. Varian Classic (tidak ada ABS/TCS) berbanding varian ABS yang lengkap dengan kedua-duanya.

Terdapat 3 pilihan warna iaitu Biru Muda, Hitam dan Puitih Mutiara. Apa paling penting ialah harga untuk kedua-dua varian akan ditawarkan pada harga di bawah RM4,000. Nantikan pengumumannya dari masa ke semasa. RR

Popular

  • Model Baru

    Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

  • Model Baru

    Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

  • Model Baru

    Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

  • Warta Roda

    Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

  • Dari Litar

    Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Artikel berkaitan

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).