☰
Isu Terkini

Oktober 2024

5 September 2020

Kemenangan Kedua Buat Helmi Dalam CP150!

Ia adalah satu pertarungan yang cukup sengit. Di peringkat awal, amat sukar untuk ditentukan siapa yang bakal juara kerana kekuatan jentera dan kemantapan tunggangan yang dipertontonkan hampir sama. Selepas mengharungi satu pertarungan yang cukup sengit, Mohd Helmi Azman yang menunggang jentera Honda berjaya menewaskan para pencabar dengan catatan masa 14’15.941s dan ini adalah kemenangan kedua buat Helmi di Sepang selepas melakukannya pada pusingan pertama bulan lalu.

Saingan akhir CP150 memang cukup sengit!
Saingan akhir CP150 memang cukup sengit!
Para pemenang CP150. Dari kiri: Azroy, Helmi dan Akid bersama piala kemenangan masing-masing.
Para pemenang CP150. Dari kiri: Azroy, Helmi dan Akid bersama piala kemenangan masing-masing.

Saingan akhir CP150 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang disertai oleh para pelumba berpengalaman seperti Ahmad Afif, Azroy Hakeem, Affendi Rosli, Md Ramdan, Tengku Amirul dan ramai lagi. Ruang litar yang luas membolehkan para pelumba mencari ruang terbaik untuk membuat serangan dan ini menyebabkan kedudukan di hadapan seringkali bertukar.

Helmi berjaya memintas Azroy pada detik-detik terakhir, menamatkan perlumbaan penuh dramatik itu dengan cukup bergaya. Walaupun terpaksa akur di tempat kedua, Azroy masih berada di tangga keseluruhan CP150 dengan 56 mata diikuti Helmi 50 mata dan Md Akid Aziz dengan 41 mata.

CP125

Sementara itu seperti dijangka, perlumbaan akhir kelas CP125 terus dikuasai pasukan ONEXOX TKKR SAG Team. Pelumba mereka, Md Hafiza Rofa tampil dalam kelas tersendiri untuk muncul juara dengan merekodkan masa 11:05.311s.

Hafiza Rofa (24) diekori rapat oleh Shafiq Rosli (36) dan Shafiq Rasol (22).

Seorang lagi rakannya, Md Shafiq Rasol yang muncul juara di Tangkak minggu lalu, menamatkan perlumbaan hari ini di kedudukan ketiga dengan masa 11:06.384s. Tempat kedua menjadi milik Md Syafiq Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) yang merekodkan masa 11:06.609s.

Shafiq Rasol terus mengukuhkan kedudukannya selaku pendahulu keseluruhan dengan mengumpul 61 mata diikuti Syafiq Rosli (51 mata) dan Hafiza yang kini sudah mengumpul 41 mata.

Hafiza Rofa (tengah) pamerkan tunggangan yang cukup bertenaga untuk muncul juara CP125.

WIRA

Tahniah diucapkan buat pelumba Yamaha dari Johor iaitu Md Aeiman Hafidz Shahril yang menungguli saingan akhir sepanjang tujuh lap itu dengan catatan masa 9:54.353s. Turut mempamerkan tunggangan yang mantap ialah Rahimi Nabil Razu untuk merebut tempat kedua, ketinggalan hanya 0.022 saat. Tempat ketiga dan keempat kelas Wira diraih oleh Md Aqil Danial dan Md Izzat Md Raduan.

Rahimi yang menjuarai perlumbaan Pusingan 1 di Sepang bulan lalu, kini berada kedudukan teratas dalam carta keseluruhan dengan mengumpul 53 mata diikuti oleh Aeiman dengan 38 mata dan Md Norhakim Norhafizullah dengan 35 mata.

Aeiman Hafidz (16) berjaya menewaskan Rahimi Nabil (31) dan Md Aqil Danial (32).

Selepas tamat persaingan di Litar SIC, Terengganu akan menjadi hos untuk Pusingan 4 yang dijadualkan berlangsung pada 18 hingga 19 September nanti. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).