Isu Terkini

Februari 2024

Warta Roda / 16 Disember 2020

Temubual Bersama Adrian Morton Pereka MV Agusta Superveloce 800

Adrian Morton, seorang pereka British, merupakan 'Wira yang tidak Didendang' khususnya dalam dunia rekaan motosikal di Itali. Beliau seorang yang peramah dan bijaksana, amat lancar berbahasa Itali tetapi lebih gemar 'bercerita' menerusi hasil ciptaannya. Beliau berumur 49 tahun dan telah bekerja di Itali sepanjang hidupnya sebagai seorang profesional. Adrian membuat rekabentuk motosikal di dua buah syarikat dan salah satunya ialah Superveloce 800 yang dicipta selepas mengundurkan diri sebagai Pengarah Rekabentuk, jawatan yang dipegang selama 16 tahun.

Beliau adalah bekas pelajar cemerlang London's Royal College of Art dalam bidang Rekabentuk Perindustrian. Selepas itu, beliau terus ke Itali dan bekerja selama lapan bulan sebagai salah seorang daripada 50 kakitangan bahagian R&D yang kemudiannya diterima bekerja di MV Agusta CRC yang beroperasi di San Marino. Nasibnya cukup baik kerana dapat belajar daripada 'Michelangelo' dunia motosikal, Massimo Tamburini, salah seorang pengasas Bimota dan juga pereka untuk Cagiva, Ducati dan MV Agusta.

MV Agusta Rivale 800
MV Agusta Rivale 800

Pada tahun 1999, Adrian 'dikejar' oleh Benelli yang berpengkalan di Pesaro untuk mencipta model terkenal Tornado Tre 900cc yang dikeluarkan pada tahun 1999. Antara ciri-ciri istimewa ciptaannya itu ialah sistem radiator bawah pelana dan sistem penyejuk dua kipas di belakang. Rekaan miliknya lagi ialah TnT1130 Streetfighter pada tahun 2004 dan model 1130 Tre-K (adventure tourer) pada tahun 2005.

Pada tahun 2006, Adrian kembali bersama MV Agusta dan terus kekal bersama syarikat ini walaupun terdapat perubahan pemilikannya tiga tahun selepas itu. Adrian merupakan orang yang bertanggungjawab dalam penghasilan jentera 675cc, MV Agusta F3 yang dilancarkan pada tahun 2010 dan kemudiannya mereka semula jentera 1000cc, MV Agusta F4 Superbike dan Brutale Streetfighter.

MV Agusta F4 RR 2013
MV Agusta F4 RR 2013

Dalam masa satu dekad ini, Adrian juga merupakan pencipta buat jentera-jentera anggun seperti model Dragster, Turismo Veloce, Rivale dan yang terkini barisan Brutale 1000 RR, Rush 1000 dan semestinya Superveloce 800. Keupayaannya untuk mencipta, membuat rekaan yang unik serta berbeza adalah satu kelebihan yang amat diperlukan oleh sesebuah syarikat khususnya pengeluar motosikal.

“Sememangnya saya telah lama mengidamkan untuk mencipta sebuah jentera yang unik seperti ini. Kami terkenal sebagai sebuah syarikat motosikal yang memiliki gaya, budaya dan warisan tetapi sayangnya kami tidak menggunakan kepakaran itu untuk menghasilkan sebuah jentera yang benar-benar anggun sehinggalah salah seorang pelanggan kami mengutarakan soal itu. MV Agusta benar-benar berterima kasih padanya.”

Benelli TnT 1130 Cafe Racer
Benelli TnT 1130 Cafe Racer

“Pada tahun 2016, kami dihubungi oleh seorang pelanggan dari Jepun yang berhasrat untuk memiliki sebuah MV Agusta custom untuk dia miliki. Motosikal kustom itu perlu mewarisi platform MV Agusta sedia ada tetapi diberi sedikit sentuhan terkini untuk lebih mantap. Pada masa yang sama, saya sendiri telah membuat lakaran dengan menggabungkan rekabentuk klasik dengan prestasi enjin serba moden dari Brutale 800. Saya juga memiliki rekaan yang menggunakan platform model F3.

Projek tersebut tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab tertentu. Yang tinggal hanyalah lakaran, idea motosikal sport neo-klasik. Tidak lama kemudian, hal berkaitan pembangunan motosikal unik kembali kira-kira 24 bulan yang lalu. Kini.... ia telah pun berada dalam produksi.

Benelli Tornado Tre 900
Benelli Tornado Tre 900

“Apabila kami membuat keputusan untuk meletakkan sebuah motosikal sebagai unit pameran di EICMA 2018, kami memiliki beberapa platform yang boleh dipilih. Antaranya ialah platform empat silinder 1000cc, platform Brutale dan platform F3. Daripada ketiga-tiga itu, kami pilih F3 kerana rekabentuk tangkinya berbentuk retro, ada sedikit gaya Disco Volante berbanding tangki Brutale.”

“Perasaan saya ketika cuba berkongsikan elemen dan DNA motosikal lama dan baru untuk projek terbaru MV ketika itu cukup mengujakan. Ia adalah satu cabaran yang amat menarik. Saya cukup suka dengan Ducati MH900e, hasil rekaan sahabat saya Pierre Terblanche pada tahun 2000 yang lalu. Jentera ini memiliki 'perasaan'nya tersendiri kerana ia bukan motosikal retro dan bukan juga mesin baru. Ia berada di antara ciptaan detik akan datang dan masa lalu. Itulah yang ingin saya lakukan pada Superveloce.”

MV Agusta Rush 1000 2020
MV Agusta Rush 1000 2020

“Apapun, saya tidak mahu meletakkan elemen retro terlalu banyak pada motosikal baru kerana anda pun tahu, tidak ramai penunggang motosikal yang benar-benar kenal atau tahu tentang kegemilangan MV Agusta suatu ketika dulu. Oleh tu saya harus merujuk konteks rekaan lalu yang sesuai digunakan pada masa kini. Jawapan paling tepat ialah dengan menukar rekabentuk ekzos Serie Oro daripada dua ekzos di sebelah kanan dan satu di sebelah kiri yang kelihatan seperti motosikal Agostini kepada ekzos tiga sebaris.

Projek ini dapat disempurnakan dengan cepat kerana Adrian tidak perlu membuat model tanah liat, sebaliknya dibuat menggunakan model 3D. Oleh kerana jentera baru ini direka berasaskan model F3, Adrian telah mempunyai titik rujukan yang bagus sebagai permulaan. Ia seperti membina rumah, proses lebih mudah jika sudah mempunyai tiang, jadi dapat isikan yang lain-lain ke dalam. Untuk Superveloce ini, Adrian dan pasukannya sudah tahu secara kasar bagaimana rupanya atau kelebaran fairingnya.”

MV Agusta Brutale 1000 Serie Oro 2019
MV Agusta Brutale 1000 Serie Oro 2019

“Kami tahu kami mahukan sesuatu yang istimewa pada bahagian fairing dan belakang. Saya rasakan ia perlu mendapat sentuhan jentera retro seperti lampu berbentuk bulat. Memang susah tetapi akhirnya kami menggunakan unit Hella yang digunakan pada van penghantaran selama ini. Ia seperti kisah Ferrari di mana mereka juga mengambil ilham rekaan daripada belakang sebuah lori. Kami pun sama!”

Mulanya rekaan ini nampak kurang cantik. Pasukan rekaan yang di bawah kelolaan Adrian mengemaskan bahagian tepi lingkaran bulat itu agar kelihatan mewah dan mahal. Kemasan terakhir tampak anggun dan proses yang sama juga dilakukan pada bahagian lampu belakang.

MV Agusta Turismo Veloce 800 Serie Oro
MV Agusta Turismo Veloce 800 Serie Oro

“Saya agak menyesal kerana tidak menyimpan Series Oro untuk diri saya sendiri kerana ia adalah sebuah motosikal yang ingin kita simpan di dalam garaj sebagai kenangan. Kalau dah sayang... simpan dalam bilik pun boleh! Saya tahu saya perekanya... tetapi tetap ia nampak sangat istimewa dan boleh dikatakan ia adalah di antara ciptaan motosikal yang menambat hati setiap mata yang melihatnya. Lihat sahaja pada skima warna di lengan ayun motosikal ini – warna gangsa yang memberikan rasa anggun dan dekat dengan orang Itali.”

Bagi Adrian, Serie Oro dan model biasa (normale) memang banyak bezanya. Perincian dan kemasannya memang berada di tahap yang berlainan tetapi kedua-duanya memberikan semangat jenama MV Agusta yang wajar difahami dan disukai oleh semua pencinta motosikal di seluruh dunia. Itulah yang diinginkan oleh para pencinta motosikal, sebuah jentera yang seronok ditunggang dan menyentuh jiwa setiap kali memandangnya.

MV Agusta F3 675
MV Agusta F3 675

“Kini saya telah tinggalkan MV Agusta dan sering bertanya adakah model Superveloce merupakan jentera paling dibanggakan sepanjang saya bertugas di sana? Jujurnya, saya amat berpuas hati dengan apa yang telah dicapai. F3 adalah sebuah motosikal yang direka sepenuhnya oleh saya tanpa sebarang konflik dari mana-mana pihak. Secara asasnya, MV Agusta adalah merah dan perak, dikemaskan dengan perincian yang bagus, diserlahkan dengan kemasan logam gangsa untuk memberikannya rasa Itali. Itulah MV Agusta.”

Model F4 1000 sudah tidak lagi dikeluarkan dan ia juga adalah tanggungjawab Adrian untuk menyiapkan projek tu memandangkan ia adalah tempoh masa yang amat sukar dengan pemergian Tamburini. Segalanya tentang motosikal itu sangat dipengaruhi oleh keadaan masa itu manakala F3 punya adalah lembaran baru dan bersih. Ia pastinya memberi kepuasan sebenar buat Adrian.

MV Agusta Superveloce 800
MV Agusta Superveloce 800

“Memang sukar benar mereka bentuk F3 kerana saya ingin meletakkan 'tandatangan' saya pada semua perkara dan pada masa yang sama ingin mengekalkan keunikan MV. Proses rekaan cukup mencabar kerana ia dilakukan di bawah pemilik baru, Harley-Davidson dan ketika itu, isu kos juga menjadi masalah. Kami terpaksa mengeluarkannya tanpa lampu LED, hanya guna mentol biasa yang dirasakan amat murah tapi perlu jadikannya mahal. Apapun, bila dah berjaya... ia adalah satu projek yang sangat hebat.”

“Walaupun kini saya lebih selesa bekerja sebagai freelance di pejabat saya sendiri, saya pasti akan terus membuat rekaan untuk motosikal – dunia motosikal masih kuat dalam diri saya. Projek terbaru ialah merekacipta sebuah bot bersaiz kecil untuk sebuah syarikat ternama dan berprestij. Ia tidaklah begitu sukar tetapi projek berikutnya memang mencabar kerana pada dasarnya saya harus mentakrifkan semula motosikal untuk pengeluar lain - bukan MV ya. Ia seperti kisah dulu ketika saya pergi ke Benelli dari MV Agusta, dan saya mahu melakukannya lagi kerana ia mendorong saya berkarya sebagai seorang individu.

MV Agusta F3 675 Serie Oro
MV Agusta F3 675 Serie Oro

Keadaan lebih mudah dan senang jika saya kekal di MV. Saya dapat imbuhan yang besar di setiap hujung bulan, syarikat juga memberikan saya sebuah Porsche dan lain-lain lagi. Tapi.. ia bukan soal wang, saya mahukan cabaran yang baru agar dapat melihat keupayaan sebenar saya sebagai seorang pereka. Saya mahu keluar dari zon selesa. Merekacipta sebuah bot adalah suatu yang berbeza dan itulah cabaran yang ingin saya tempuhi. Apa yang saya harapkan ialah, setiap rekaan itu memiliki 'tandatangan' saya dan ia lengkap dengan segala kriteria yang diinginkan. Ciptaan itu perlu lain daripada yang lain dan mesti istimewa – seperti Superveloce! RR

Oleh: Alan Cathcart

Isu Pada

Oktober 2020

Popular

  • Warta Roda

    Beli Suzuki GSX-8S, GSX-S150 atau Raider R150Fi & Berpeluang Menang GSX-S1000GX

  • Warta Roda

    CFMOTO 800NK Menang 'Product Design' Terbaik di Anugerah Red Dot

  • Warta Roda

    Boon Siew Honda (BSH) di Malaysia Autoshow 2024 - Bakal Lancar ADV350, CB750, XL750 dan NX500

  • Penunggang Motosikal Maut, Terlanggar Khinzir di Tengah Jalan

  • Warta Roda

    Ducati Monster Senna Edisi Terhad: Penghormatan Buat Ayrton Senna

Artikel berkaitan

Beli Suzuki GSX-8S, GSX-S150 atau Raider R150Fi & Berpeluang Menang GSX-S1000GX

CFMOTO 800NK Menang 'Product Design' Terbaik di Anugerah Red Dot

Boon Siew Honda (BSH) di Malaysia Autoshow 2024 - Bakal Lancar ADV350, CB750, XL750 dan NX500

Ducati Monster Senna Edisi Terhad: Penghormatan Buat Ayrton Senna

Penunggang Motosikal Dihempap Pokok!

Blueshark Kembangkan Rangkaian Pengedar ke Seluruh Negara

Kemalangan Ngeri Tiga Kereta & Sebuah Motosikal, Tiga Cedera Parah...

Keselamatan Diendah: Sekumpulan Individu 'Berkelah', Masak & Makan Di Stesen Minyak

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Beli Suzuki GSX-8S, GSX-S150 atau Raider R150Fi & Berpeluang Menang GSX-S1000GX

Suzuki Malaysia menganjurkan kempen Cabutan Bertuah Tiket Emas Extravaganza Suzuki, tawar hadiah menarik bernilai sehingga RM300,000.

Warta Roda

Kemalangan Motosikal Dengan Pacuan 4 Roda, Penuntut IPT Maut

Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini maut selepas motosikal ditunggang terbabit nahas dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Semambu.

Model Baru

KTM Lancar 4 Model Duke Baru...Harga Bermula RM22,500...

KTM Malaysia baru-baru ini telah melancarkan bukan satu..bukan dua...tetapi empat model terbaru yang terdiri daripada siri Duke iaitu 250 Duke, 390 Duke, 990 dan 1390 Super Duke R.

Dari Litar

Bimota Bakal Kembali Dalam WorldSBK 2025

Pengeluar jenama motosikal ikonik Itali, Bimota bakal kembali ke pentas perlumbaan dunia pada tahun 2025 dengan menyertai Kejuaran Dunia Superbike (WorldSBK).