☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 9 Jun 2025

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut dalam nahas kemalangan bas awal pagi tadi

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut dalam nahas kemalangan bas yang berlaku di Gerik pada awal pagi tadi.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut menyifatkan mendedahkan tragedi berdarah sebagai antara paling menyayat hati dalam sejarah institusi itu.

Jelasnya, pihak kementerian sedang menyelaras pelbagai bentuk bantuan segera termasuk urusan penginapan untuk keluarga mangsa yang kini berada di Perak bagi proses pengecaman dan pengurusan jenazah.

Kredit foto: www.sinarharian.com.my
Kredit foto: www.sinarharian.com.my

“Bantuan penginapan sedang dikoordinasi bersama Politeknik Ungku Omar dan Kolej Komuniti Gerik untuk memastikan keselesaan keluarga mangsa sepanjang berada di sana.

“Saya kini dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bertemu keluarga mangsa dan menyampaikan sumbangan serta sokongan secara langsung,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut maklumat terkini, Zambry menegaskan 13 jenazah telah dibawa ke Hospital Ipoh untuk proses bedah siasat, manakala dua lagi masih di Hospital Gerik untuk urusan post mortem.

Tambahnya, mangsa yang cedera pula sedang mendapatkan rawatan di Hospital Gerik, dengan sebarang perkembangan lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Kredit foto: www.sinarharian.com.my
Kredit foto: www.sinarharian.com.my

Kata Zambry lagi, dalam usaha menyelaras maklumat dan bantuan kepada semua keluarga yang terlibat, UPSI turut telah menubuhkan bilik gerakan khas dan talian hotline untuk memudahkan komunikasi.

“Saya mohon agar kita semua terus mendoakan agar segala urusan mangsa dan keluarga dipermudahkan.

"KPT dan UPSI komited untuk menghulurkan segala bantuan yang diperlukan kepada semua yang terkesan dalam tragedi ini,” katanya.

Dalam laporan lain yang turut dikongsikan oleh http://www.sinarharian.com.my menyatakan bahawa perjalanan bas yang terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Raya Timur–Barat, Banun, Gerik, yang mengorbankan beberapa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), adalah inisiatif peribadi pelajar dan bukan program anjuran pihak universiti.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff menjelaskan, bas persiaran berkenaan telah disewa secara persendirian oleh pelajar sempena cuti Hari Raya Aidiladha dan mereka dalam perjalanan pulang ke kampus selepas bercuti di kampung halaman sekitar Jertih dan Hulu Terengganu.

“Tiada pensyarah atau kakitangan terlibat kerana perjalanan itu diurus sendiri oleh pelajar sempena cuti Hari Raya Haji,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Isnin.

Susulan kejadian tragis itu, UPSI bertindak pantas dengan menubuhkan pusat gerakan khas yang beroperasi 24 jam bagi menyelaras bantuan kebajikan serta memberikan sokongan kepada mangsa dan keluarga mereka.

RR ingin mengucapkan takziah pada semua mangsa dan ahli keluarga yang terlibat. Semoga mereka yang telah meninggalkan kita semua dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosanya. Bagi ahli keluarga, bersabarlah atas dugaan ini dan semoga dipermudahkan segala urusan. RR

Sumber: http://www.sinarharian.com.my
Kredit foto: http://www.sinarharian.com.my dan saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bendacara Malaysia.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.