☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 29 Mei 2025

Keeway Superlight 125 Paling 'Special' di Dunia

Bintang filem Mission: Impossible, Tom Cruise, telah menurunkan tandatangannya pada pada sebuah jentera cruiser Keeway Superlight 125. Tom Cruise biasanya dikaitkan dengan aksi-aksi 'dare devil' yang lebih banyak menggunakan jentera dua roda berprestasi tinggi.

Pastinya aksi Tom Cruise dengan BMW S1000 RR dalam Mission Impossible Rogue Nation tidak mungkin dapat kita lupa.Tom juga berjaya melakukan aksi lompatan dari puncak tebing Helsetkopen setinggi 1,246m dengan Honda CRF250 dalam filem Mission Impossible, Dead Rekoning.

Kini pemilik motosikal berkenaan pastinya akan cuba membuat bidaan untuk sesiapa yang ingin memiliki jentera yang ditandatangani pelakon itu. Jentera ini kini sudah berada di platform lelongan Catawiki.

Di Perancis, Superlight 125 LTD ditawarkan pada harga permulaan €2,895 dan anggaran harga paling tinggi untuk lelongan tersebut adalah sekitar €3,500 (sekitar £3,000). Adakah tandatangan Tom Cruise benar-benar bernilai?

Asasnya, Keeway Superlight dikuasakan oleh enjin 124cc, sistem penyejuk udara yang menghasilkan kuasa maksimum 10.4bhp dan hadir dengan rekabentuk gaya motosikal Amerika.

Keeway K-Light 202.
Keeway K-Light 202.

Untuk pasaran Malaysia, hanya Keeway K-Light 202 sahaja yang diperkenalkan oleh pihak Mforce. Ternyata dari segi spesifikasi enjinnya sudah pasti lebih mantap berbanding model 125cc. Harganya pula ialah di bawah RM10,000. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).