☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 5 September 2022

Royal Enfield Media Test Ride: Seronok Tunggang Re Meteor & Classic 350

Untuk merasai sendiri prestasi dua model terbaru daripada Royal Enfield iaitu Meteor 350 dan Classic 350, kami berkumpul di Bilik Pameran Eksklusif Royal Enfield (RE) Malaysia di Petaling Jaya. Sesi tunggang uji diadakan bersama-sama beberapa media lain menuju ke destinasi bersuhu dingin iaitu Genting Highlands. Tak lah jauh sangat.

Sesi taklimat pada pagi itu disampaikan oleh En. Rusydi dari RE Malaysia mengenai spesifikasi setiap jentera yang bakal ditunggang dan mengenai laluan perjalanan pada hari tersebut.
RR diberi peluang untuk menunggang RE Meteor 350 terlebih dahulu. Model ini ditawarkan dalam tiga varian yang dibezakan menerusi aksesori dan skima warna. Harganya bermula dari RM24,300 hingga RM25,200. Meteor disempurnakan dengan enjin silinder tunggal, sistem penyejuk udara, 349cc yang berkuasa 14.87kW pada 6,100rpm dan tork 27Nm pada 4,000rpm.

Dari PJ, konvoi media ini menggunakan laluan bandar yang agak sibuk sebelum masuk ke laluan berselekoh dari Ulu Yam ke Genting Highlands. Posisi menunggang yang santai membuatkan Meteor 350 cukup selesa ditunggang. Casis yang mantap serta kuasa membrek yang cemerlang (brek hadapan cakera 300mm ABS, brek belakang cakera 270mm ABS) membuatkan jentera ini dapat meratah setiap selekoh tajam dengan stabil.

Enjin baru yang dimiliki oleh RE Meteor cukup lancar dan bertenaga. Jujurnya, model ini bukanlah untuk mereka yang mencari kelajuan. Namun begitu, ia masih mampu diperah lebih daripada 110km/j dengan mudah. Dalam kelajuan biasa mahupun tinggi, pengendalian cukup lancar – tidak ada gegaran yang menjengkelkan dan inilah peningkatan terkini dan menarik yang dimiliki oleh jentera-jentera RE keluaran baru.

Antara ciri-ciri menarik yang dimiliki oleh RE Meteor 350 tentunya menerusi sistem navigasi yang boleh disambung dengan telefon pintar menggunakan sistem Bluetooth. Sistem ini adalah yang pertama dipasang pada jentera Royal Enfield dan memang cukup mudah untuk digunakan.

Dari segi penggayaan, RE Meteor 350 merupakan sebuah jentera cruiser yang diperanggunkan dengan sentuhan klasik yang dapat dilihat dengan jelas menerusi lampu hadapan, lampu belakang dan panel meternya berbentuk bulat. Tidak dinafikan, model ini cukup 'fun' untuk dibawa ke mana sahaja.

Cuaca dingin di Genting Highlands cukup sesuai untuk sesi fotografi. Setelah siap 'kerja-kerja' kami, tibalah masanya untuk menukar motosikal. Kami kemudiannya menunggang pula RE Classic 350.

Classic 350 sememangnya kesinambungan daripada model-model sebelum ini yang telah pun menambat hati jutaan pencinta motosikal di seluruh dunia. Model yang mengingatkan kita dengan jentera silam ini dikemaskan dengan tangki berbentuk 'teardrop', lampu-lampu retro, rekabentuk sistem ekzos yang unik serta bunyi yang cukup sedap didengar.

Namun begitu, model baru telah didatangkan dengan casis yang lebih tegar, brek cakera berdiameter lebih besar (300mm depan, 270mm belakang), panel meter moden yang beserta paparan digital, sistem transmisi yang lengkap dengan syaf pengimbang (untuk penukaran gear lebih mudah), pot USB dan banyak lagi.

Paling tidak disangka ialah tahap keselesaannya. Pelananya yang setinggi 805mm cukup empuk dan lembut sekali, ditambah pula dengan posisi menunggangnya yang natural. Memang 'best' betul Classic ini! Fork hadapan jenis teleskopik yang bekerja cukup cemerlang bersama-sama penyerap hentak tiub berkembar di belakang menjadikan tunggangan dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur cukup selesa dan meyakinkan.

Classic 350 dilengkapkan dengan enjin 349cc, sistem penyejuk udara-minyak yang menawarkan hantaran kuasa setinggi 14.87kW pada 6,100rpm dan tork 27Nm pada 4,000rpm. Kotak gear 5 kelajuan cukup lancar dan model ini mampu dipecut sekitar 110-115km/j. Model ini ditawarkan pada harga asas bermula RM24,500.

Selepas beberapa jam bersama kedua-dua model RE baru ini, ia telah membuktikan penggayaan, tahap keselesaan, faktor 'fun' dan pakej keselamatan sudah mencukupi untuk jadikan suatu perjalanan itu menyeronokkan. Kelajuan bukan lagi perkara utama! Usai makan tengahari dan sesi bergambar di The Majestic Hotel, kami kembali semula ke RE Malaysia. RR

Isu Pada

September 2022

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).