Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 Julai 2023

LEGO Technic Yamaha MT-10 SP Kini Di Pasaran. Harga RM999.90

Nikmati keseronokan membina dan melihat kemantapan jentera jalanan dengan 42159 LEGO® Technic Yamaha MT-10 SP serba baru. Replika yang cukup istimewa ini hadir dalam bentuk LEGO Technic menggabungkan kreativiti imaginasi dengan jentera lagenda yang mendebarkan.

Direka dengan perincian yang teliti, 42159 LEGO Technic Yamaha MT-10 SP sememangnya satu idea yang cukup menarik dari LEGO terhadap intipati jentera ikonik Yamaha. Menerusi rekacipta ini, peminat motosikal dan LEGO khususnya akan dapat melihat penggayaan dan kejuruteraan premium yang selama ini megah di jalanan.

Setiap aspek model ini telah direka berpandukan model MT-10 sambil mencerminkan ciri-ciri terbaik setiap jentera dari Yamaha. Ini termasuklah LEGO Technic bagi enjin 4 silinder, sistem transmisi, kotak gear, sistem saspensi dan pelbagai elemen lain yang memberi impak yang sangat mengagumkan.

Berukuran lebih 25 cm tinggi, 44 cm panjang dan 15 cm lebar. Set LEGO istimewa ini sangat istimewa untuk penggemar koleksi dan peminat Yamaha. Set 42159 LEGO Technic Yamaha MT-10 SP ditawarkan pada harga RM999.90 dan akan berada di seluruh wakil jualan LEGO bertauliah, Kedai Rasmi LEGO di Lazada, Shopee, LEGOLAND, serta gedung serbaneka di seluruh Malaysia mulai 1 Ogos 2023. RR

Isu Pada

Ogos 2023

Popular

  • Warta Roda

    Pelajar Sekolah Maut Selepas Motosikal Dinaiki Rempuh Lori

  • Model Baru

    Hanway Heritage, Jentera Gaya Bobber Dilancarkan!

  • Model Baru

    ARIIC 318GT Secara Rasmi Dilancarkan – RM 22,888

  • Dari Litar

    Fabio Quartararo Kembali Julang Yamaha di Podium. Alex Marquez Raih Kemenangan Pertama

  • Warta Roda

    Kemalangan di Lebuhraya Karak. Penunggang Motosikal Dikesan Polis

Artikel berkaitan

Pelajar Sekolah Maut Selepas Motosikal Dinaiki Rempuh Lori

Kemalangan di Lebuhraya Karak. Penunggang Motosikal Dikesan Polis

Kemalangan Empat Buah Kenderaan, Pelajar Maut

Yamaha Masuk Malaysia Autoshow? Ye ke? Lancar XMAX baru ke?

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Mforce Bike Holdings akan lancarkan skuter unik, SYM CLBCU. Harga rasmi belum dinyatakan....

Seperti yang dijanjikan. Inilah skuter seterusnya dari SYM iaitu CLBCU yang juga akan diperkenalkan ke pasaran negara nanti.

Warta Roda

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Dua remaja maut selepas motosikal bertembung dengan lori treler.

Pandu Uji

MODA Sporter-S 250: Sesuai Untuk Kegunaan Bandar

Selepas diperkenalkan pada awal bulan Januari lalu, ketibaan model ini di pasaran negara memang agak 'panas'. Macam-macam riaksi yang diterima memandangkan ia adalah jenama terbaru yang diperkenalkan oleh Mdua Motor Sdn. Bhd., anak syarikat kepada AFY Mobility Industries (AMI).

Warta Roda

Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Polis berjaya menahan sembilan lelaki bagi membantu siasatan kes merusuh menggunakan parang dan pedang samurai dalam kejadian di Jalan Meru Bestari dekat Meru Raya di sini pada Ahad lalu.