☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 14 April 2025

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

KOTA TINGGI: Menurut laporan dari BHOnline, seorang peneroka melalui pengalaman cemas apabila motosikal yang ditunggangnya terbalik dan dibawa arus ketika cuba meredah laluan dinaiki banjir di Felda Air Tawar 3 di sini.

Kejadian berlaku selepas banjir kilat telah melanda kira-kira jam 2.20 petang tadi. Mangsa berusia lingkungan 60-an gagal mengawal motosikal sebelum terjatuh.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman mengesahkan kejadian itu, namun mangsa bernasib baik apabila berjaya diselamatkan orang ramai yang berada di lokasi.

Terdahulu, satu video tular memaparkan orang ramai membantu menarik motosikal dibawa arus deras di jalan masuk Felda Air Tawar 3.

Melalui satu ruangan komen, pengguna media sosial dengan nama Julia Jue memaklumkan peneroka berkenaan adalah bapanya dan mengesahkan mangsa selamat.

"Abah saya tu. Alhamdulillah, abah saya selamat," tulisnya. Semoga segala urusan para penduduk di sana dipermudahkan. RR

sumber: http://www.bharian.com.my

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.