☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 April 2025

Yamaha Masuk Malaysia Autoshow? Ye ke? Lancar XMAX baru ke?

Dengarnya Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akan sertai pameran automotif, Malaysia Autoshow (MAS) 2025 yang bakal diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada 9hb hingga 15hb Mei nanti. Penyertaan HLYM dalam Malaysia Autoshow ini sudah pasti ditunggu-tunggu oleh para peminat dua roda memandangkan ia adalah penyertaan sulung mereka dalam MAS.

Soalan cepu emas...model apa yang akan dilancarkan? Adakah skuter maksi? Model kembara? Moped? Street/Superbike?

Kalau kita lihat laman web Yamaha Eropah...Yamaha USA.... versi baru untuk skuter maksi XMAX telah pun dilancarkan. Ya...XMAX di Malaysia sememangnya kita juga tertunggu-tunggu bilakan versi ini akan dilancarkan?

CIri baru yang kita-kita nantikan sudah tentulah cermin pengadang angin terbaru dengan pelarasan automatik. Ya..memang sudah sampai waktunya X-Max turut hadir dengan panel meter seperti ini. Model ini juga akan tampil dengan paparan panel meter TFT 4.2-inci  baru yang lengkap dan sistem hubungan Y-Connect. Menerusi skrin infotainmen TFT baru ini, perjalanan akan lebih mudah dengan adanya sistem navigasi Garmin secara percuma yang dihubungkan menerusi telefon pintar.

XMAX (versi Eropah) turut dilengkapi dengan Emergency Stop Signal (ESS) yang akan yang mengaktifkan keempat-empat lampu kecemasan apabila kita membrek dengan lebih pantas dan lebih keras daripada situasi biasa. Sistem Traction Control juga telah diperhalusi untuk pengendalian yang lebih meyakinkan.

Sama ada pihak HLYM akan lancarkan XMAX 250 baru ini nanti, kita sama-sama nantikan. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.