Isu Terkini

Februari 2024

Warta Roda / 3 Disember 2023

Jejak Ukhwah Kelab Roda 2023: Gegak-Gempita di Telok Gorek, Mersing

Perumpamaan ‘Enggang sama Enggang, Pipit sama Pipit, barulah boleh terbang bersama’, tidak pernah akan ada dalam sikap ahli Kelab Roda sejak dahulu hingga kini. Hanya usia dan jantina membezakan mereka bukan darjat atau besar kecil motor ditunggangnya.

Sekali lagi Jejak Ukwah Kelab Roda (JUKR) bersidang membuka gelanggang bertemu dan berpisah untuk memeteri ikatan persahabatan terpisah.

Suasana begitu gegak-gempita selama 3 hari 2 malam pada 3, 4 & 5hb November 2023 di Telok Gorek Chalet & Campsite, Mersing yang menjadi saksi pertemuan sahabat tua muda, moped, skuter mahupun superbike dari utara, timur, barat dan selatan tanah air.

Bermula dari ketibaan geng utara ditempatkan di sebuah homestay di Sg Buloh, sehari sebelum hari rasmi bermula. Pelan asalnya nak buat kejutan pada mereka semasa makan malam, kesudahan pihak tuan rumah yang terkejut. “Bertuah betul Si Latif. Rosak acara dibuatnya.”

Apapun makan malam tersebut meriah dan memuaskan. Terima kasih Kak Aida kerana belanja makan malam. Kehadiran Dr Yusseri, Haji Jamil, Mazlan Mustafa dan Raymon menyerikan

acara. Selepas makan semua peserta pulang ke homestay dan satu taklimat ringkas perjalanan diadakan.

3hb November 2023 Hari Pertama

Latif dan isteri, Qayyum, Shafiee dan isteri, Amran, Arman, Meor Ajam, Tok Wan Subri, Abu Bakar dan Sham Sani bermotosikal manakala Ramli Mahmod (Tok Moh), Azhar, Elias, Najmi dan Mat Ramli satu kereta. Saya, Noriah, Nalia serta Mohd Arif dan Rosmah satu kereta. Mohd Arif dan isteri menemani dan sebagai pemandu tambahan jika saya kurang upaya memandu lama.

Tepat jam 8.30 pagi selepas bersarapan nasi lemak dan kuih muih konvoi berlepas diketuai Sham Sani ke stesen petrol terdekat. Di sini Baharuddin dari Lipis menyertai konvoi. Perjalanan dijadual melalui DUKE 2, LEKAS, Temiang-Pantai, Kuala Klawang, Simpang Pertang, Muadzam Shah, Kuala Rompin, Endau dan berakhir di Telok Gorek, Mersing.

Di Check Point 1, Plaza Tol Kajang Southbond LEKAS, Sabri dari Shah Alam dan Herman dari Ampang sedia menyertai konvoi. Setibanya geng kereta tiba agak muyskil di hati.. mana geng motor yang sepatutnya tiba awal daripada kami? Bila dijejak melalui live location rupanya geng motor terpisah 2 kumpulan. Satu kumpulan ikut Waze manakala satu lagi ikut pemandu pelancong… hahaha!! Lima minit

kemudian geng motor Waze tiba. Geng kereta meneruskan perjalanan ke Check point 2.

Warung Mercedes (Majid) berdepan Petronas Taman Tun Dr Ismail menjadi hentian ke 2. Berehat sambil minum dan menikmati sedikit makanan (roti canai kari kambing sedap di sini) sebelum mengisi minyak dan meneruskan perjalanan. Di sini saudara Rosri dari Seremban sertai konvoi.

Melalui Temiang-Pantai konvoi disajikan pemandangan memukau seolah berada di New Zealand. Hentian mengisi minyak seterusnya, Kuala Klawang, Serting dan Bandar Muadzam Shah iaitu Check point 5 untuk berhenti makan dan solat.

Di Kuala Rompin konvoi berhenti seketika setelah dibasahi hujan. Perjalanan hampir 2/3 dari keseluruhan untuk sampai ke Mersing. Pengisian minyak di Kuala Rompin dan Tg Gemok yang terakhir. Agak malang sedikit ketika di Tg Gemuk apabila XMAX milik Sabri gagal dihidupkan berpunca dari kerosakan bateri. Walaubagaimana pun dengan adanya set bateri jumpstart ia boleh dihidupkan lalu perjalanan diteruskan sehingga ke destinasi.

Pendaftaran ketibaan diselola oleh anak dan menantu Abdullah Ngah a.k.a Dollah Mersing selaku Tuan Rumah tahun ini. Semuanya bergerak lancar dari pengagihan bilik hingga atur kumpulan permainan.

Geng kereta tiba sekitar jam 5.30 petang bersama Hj Jasni mengekori ketika di Muadzam Shah. Kamrol, Othman dan isteri dari Terengganu tiba jam 6.00 petang dan geng motor jam 7.00 malam.

Peserta lain tiba awal antara 1.00 hingga 5.00 petang iaitu Marham, Wahid, Abg Ramli Kuantan bersama isteri. Ahli Johor tiba lebih awal menjalankan tugas urusetia. Begitu jua Rahimi... tokey madu tiba sebaik selesai menghantar pesanan madu tualang ditempah darinya.

Petang itu sedikit jamuan terhidang mee goreng dan karipap beserta air sejuk dan air panas sementara menunggu makan malam. Laparnya… sambil menjamu kelihatan Rauzan dan Sukri tiba sebelum maghrib. Bertambah lagi kehadiran.

Selesai solat maghrib dan isyak, bacaan tahlil ringkas adalah perkara lumrah setiap JUKR diadakan terutamanya buat arwah Boss MYB dan rakan-rakan yang telah meninggalkan kita. Ustaz Ahmad Faraid diberikan tugas memimpin majlis tahlil ini.

Acara pengenalan diri menyusul selepas jamuan makan malam. Di bahagian kaum hawa aktiviti colek rojak buah berlangsung. Buah mangga dan kedondong yang dibawa oleh abg Ramli dari Kuantan. Kaum lelaki pula ngopi, gulung rokok daun dan bergosip juga.

Malam itu kehadiran beberapa orang sahabat masih dinantikan. Shaharuddin Abdul (Cha’a) mengalami tayar bocor di Sg Buloh jam 1.00 petang tiba agak lewat juga. Wahi Taroha bersama anak dari Banting juga lewat sampai. Mereka berdua tiba depan pagar jam 11.00 malam tapi bukan pagar resort, pagar tanah perkuburan.. baik punya landmark. Wan Arif aka Wan Cobreco gagal tiba bila motornya rosak di Sg Dua. Akhir sekali Nordin Neemat ke Mersing menaiki bas di TBS sebelum dijemput oleh Rahimi di stesen bas Mersing jam 5.00 pagi.
Peserta yang gagal hadir di saat terakhir adalah Kapten Azland, Md Razib, Roslan Endut dan beberapa orang yang lain.

Hari Ke-2: 4hb November 2023

Pukul 6.00 pagi. Sebahagian peserta pergi ke Hidden Viewpoint Penyabong menyaksikan awan nano dan sebahagian masih berlumba di trek mimpi. Maklumlah kepenatan… Sarapan nasi goreng, cekodok pisang dan nasi dagang disajkan sebaik mereka pulang dari Penyabong.

Menjamu selera sambil bertukar cerita mengenai pelbagai aspek termasuklah cerita perjalanan semalam. Meor Ajam meluahkan isi hati kecewa kerana geng motor tak berhenti bergambar di Temiang, sugul… tiada kenangan bergambar di tempat yang cantik.” takpelah janji dah lalu… bukan selalu datang pun ke situ.” Beliau menenangkan perasaan.

Jam 9.30 pagi acara permainan dijalankan di tepi pantai. Kumpulan peserta dibahagi kepada 6 kumpulan. Yamaha, Honda, Suzuki, Ducati, Kawasaki dan Triumph (Wanita).

Empat acara permainan dilangsungkan pagi ini dan ia berjalan lancar bahkan terlalu sukar untuk diceritakan keceriaan, keseronokan dengan kata-kata malah gelak tawa, provokasi (daripada Cikgu Din dan Meor Ajam) dan sokongan peserta penuh semangat bermain.

Permainan ‘Baling Bola Dalam Tayar’ dimenangi oleh kumpulan Suzuki, permainan Golek tayar jatuhkan botol air dimenangi oleh kumpulan Yamaha. Acara Selendang berirama dimenangi oleh Suzuki dan permainan Kain Sarung kumpulan Yamaha.

Acara bebas sejurus permainan tamat. Beberapa peserta ambil kesempatan pergi bersiar ke bandar Mersing, mendobi pakaian sambil mencuci mata. Azizan Majid yang baru reda dari demam menggagahkan diri hadir di hari ke-2 ini bersama isterinya. Tiada masa dibuang begitu saja tanpa pengisian berbicara antara mereka.

Hidangan tengahari bermenukan asam pedas ayam dan sayur. Ringkas tapi menyelerakan masakan selatan ini. Kesian Mamu, sebab mamu tak makan makanan lain selain kari, mungkin beliau ingatkan tadi kari ayam tapi lain pula. Hampir selesai makan, Yatie isteri Shafie menyapa saya menanyakan mana Mamu. “Nun hujung khemah tu” tunding jari ke arah di mana beliau berada.

Tak lama kemudian kelihatan Mamu mengambil sepinggan nasi putih bergegas ke arah tempat dia duduk dan seterusnya menuangkan sesuatu dari plastik dicurah ke nasi…shurrrr!!! Ramai-ramai menyebutnya… rupa-rupanya bungkusan kari ikan dibeli Yatie kat kedai mamak semasa ke bandar tadi.. muka ada senyum, berselera kawan kita menjamah sambil meramas-ramas nasi… Kari tersebut pun dikongsi bersama yang lain.

Inilah erti satu persahabatan, melihat, membantu tanpa kita sedari hadirnya memberi keceriaan apatah lagi memberi makan seorang sahabat lain yang terputus selera.

Jam 4.00 petang acara permainan disambung di tempat yang sama. ‘Rebut Selipar’ dimenangi Ariffin Alias dan satu acara melibatkan AJK/CREW iaitu Timun dimenangi Ijat dan Firdaus sejurusnya denda menari zapin dikenakan pada yang kalah… Ewaah!! Haa masukkk…

Sebaik tamat acara permainan Dr. Yusseri celup tepung adalah hidangan petang ini. Semua peserta menikmati hidangan itu dengan riuh rendah setelah acara sukan pantai selesai, tak habis lagi kemeriahan acara dan sambung di meja makan. Ada juga peserta yang tak melepaskan peluang untuk bersembang dengan Boss kita, Dr Yusseri.

Selanjutnya sebelum makan malam mengambil tempat acara permainan terakhir Surat Berantai (Bisik-bisik) dijalankan dan kemenangan bagi kumpulan Suzuki. Hidangan makan malam kali ini berupa sup ayam dan sayur.

Malam ini Dr. Yusseri diberikan penghormatan untuk memberikan ucapan. Dengan nada naik turun, berseloroh dalam berbicara disenangi semua pendengar. Mengimbau kembali ketika beliau menyertai ekspedisi dan ditahan polis menjadi bahan cerita yang menghiburkan. Tatkala Dr. Yusseri mendengar penganjuran JUKR akan diadakan beliau cukup terharu kerana masih ada yang sanggup datang dari kejauhan dan menyertai permainan walaupun badan dah dimamah usia.

Disamping itu diselang-seli beberapa pertanyaan dan jawapan jelas dijawab beliau sehinggalah satu permintaan diusulkan meminta RodaRoda mengadakan ekspedisi ataupun JUKR bagi tahun hadapan. Ekspedisi terakhir dilakukan adalah ke Semuji, Pahang pada 2002. Dah 20 tahun ia berlalu, lantas Dr. Yusseri menerangkan bahawa bukan mudah nak lakukan sekarang, dahulu ramai penaja tapi sekarang memang sukar. Ekspedisi… Hmmm…mungkin. Harap ada lah penaja.

Sebelum beliau mengakhiri ucapan, saudara Misran menceritakan sesuatu mengenai RodaRoda dan Dr Yusseri sebagai legasi RR. Dengan persetujuan wakil bagi setiap negeri dan ahli yang hadir hari ini dan dengan lafaz Bismillah beliau sebagai wakil semua menobat dan menganugerahkan panggilan Boss Yusseri mulai saat ini. Panggilan yang selama ini dirindui kedengaran dicuping telinga. Saya rasa terharu malah gembira. Boss MYB dan Boss Yusseri dari keluarga yang sama cuma berbeza generasi. Masing-masing ada kelebihan dan wajarnya beliau memiliki pangkat tersebut.

Tibalah acara kemuncak keputusan permainan dan cabutan bertuah. Hadiah cabutan bertuah berupa dua helmet KYT sumbangan dati Cikgu Dzuan manakala jaket oleh Shafie. Yang bertuah dapat hekmet ialah Atok Wahid dan Rosli, manakla jaket rezeki Cikgu Din. Wakil selatan diberi penghormatan dalam pemberian hadiah selain dari Boss Yusseri. Walaupun tak sehebat mana hadiah yang diberikan, komitmen, kerjasama, keakraban antara peserta mengatasi nilai hadiah diterima.

Mengingati pesanan arwah Boss MYB agar setiap hari terakhir, peserta perlu rehat awal dan secukupnya bagi perjalanan esok. Tidak perlu diingatkan, malah setiap JUKR yang saya sendiri sertai inilah yang berlaku para peserta. Diperturunkan dari tua ke muda. Syabas!

Hari Terakhir: 5hb November 2023

Sarapan agak lewat sedikit hari ini tapi semua dapat makan. Sessi bergambar bermula di mana jua ceruk yang difikirkan sesuai. Acara perpisahan mengambil tempat selesai sessi bergambar. Satu bulatan besar dibuat dan kedengaran orang memanggil… “panggil Boss turun.” Terbayang susuk tubuh Boss MYB seperti hadir apabila melihat Boss Yusseri turun menyertai kumpulan.

Sebak didada, bergelenang air mata dan mengalir ke pipi bila didakap dan diucap selamat antara peserta dari kanan ke kiri. Ini lah ukhwah kami, tidak kira pangkat dan darjat. Kepulangan sampai ke destinasi dipantau dalam whatapps group agar jika ada seseorang memerlukan bantuan pastinya akan ada sahabat yang sedia membantu. Semua peserta selamat sampai di rumah masing-masing walau perjalanan amat panjang dilalui. Terutama peserta dari utara.

Ucapan tahniah buat barisan AJK/CREW diatas kejayaan penganjuran JUKR Mersing 2023 dan juga peserta yang datang ke JUKR kali ini. Maka berakhirlah episod JeJak Ukhwah tahun ini. RR

Kalau menjemur papan panjang,
Baik disusun tegak berdiri,
Kalau lah ada umur panjang,
InnsyaAllah kita kan berjumpa lagi...

Kiriman: Saiful

Isu Pada

Disember 2023

Popular

  • Warta Roda

    Boon Siew Honda (BSH) di Malaysia Autoshow 2024 - Bakal Lancar ADV350, CB750, XL750 dan NX500

  • Penunggang Motosikal Maut, Terlanggar Khinzir di Tengah Jalan

  • Warta Roda

    Ducati Monster Senna Edisi Terhad: Penghormatan Buat Ayrton Senna

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Dihempap Pokok!

  • Warta Roda

    Blueshark Kembangkan Rangkaian Pengedar ke Seluruh Negara

Artikel berkaitan

Boon Siew Honda (BSH) di Malaysia Autoshow 2024 - Bakal Lancar ADV350, CB750, XL750 dan NX500

Ducati Monster Senna Edisi Terhad: Penghormatan Buat Ayrton Senna

Penunggang Motosikal Dihempap Pokok!

Blueshark Kembangkan Rangkaian Pengedar ke Seluruh Negara

Kemalangan Ngeri Tiga Kereta & Sebuah Motosikal, Tiga Cedera Parah...

Keselamatan Diendah: Sekumpulan Individu 'Berkelah', Masak & Makan Di Stesen Minyak

Konvoi 'High Speed Hill Journey' Bersama Pengedar Yamaha Taiwan

Kemalangan Motosikal Dengan Pacuan 4 Roda, Penuntut IPT Maut

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha MT-25 2024 Hadir Dengan Warna Baru

Selepas NVX155, Y15ZR...Kini Hong Leong Yamaha Motor menampilkan MT-25 dengan dua warna terbaru, Midnight Black & Midnight Cyan.

Dari Litar

Padu! Hakim Danish Raih Podium di Sepanyol

Memang padu! Tunggangan yang penuh bertenaga dari pelumba negara, Hakim Danish dalam Perlumbaan 2 saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup semalam hampir benar memberikannya takhta juara.

Dari Litar

Bimota Bakal Kembali Dalam WorldSBK 2025

Pengeluar jenama motosikal ikonik Itali, Bimota bakal kembali ke pentas perlumbaan dunia pada tahun 2025 dengan menyertai Kejuaran Dunia Superbike (WorldSBK).

Dari Litar

WorldSBK 2024: Race Pertama, Tempat Pertama - Pilihan Tayar Terbaik oleh Nicholas Spinelli!

Tindakan berani Nicholas Spinelli (Barni Spark Racing Team) di Litar TT Assen dalam Perlumbaan 1 menggunakan tayar jenis 'Intermediate' telah menyumbang kepada gelaran juara dalam perlumbaan pertamanya di WorldSBK.