☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 3 Jun 2025

Triumph Speed Triple RX tawarkan prestasi 'Sang Juara'

Triumph Motorcycles telah memperkenalkan Speed ​​Triple 1200 RX baru, versi eksklusif untuk 2025. Model ini terhad kepada hanya 1200 motosikal di seluruh dunia.

Dengan kedudukan tunggangan tertumpu sepenuhnya yang disampaikan oleh ergonomik yang lebih agresif dan sporty, Speed Triple 1200 RX baru ini merupakan kehadiran model sedia ada yang hadir dengan lebih banyak lagi sistem elektronik dan teknologi terkini. Ini adalah kesinambungan khas buat para pelanggan sejak pelancaran Speed Triple 1200 RS pada bulan Mac lalu.

Edisi terhad RX memberikan tumpuan mutlak dengan bar hendal clip-on yang 69mm lebih rendah dan 52mm lebih ke hadapan daripada 2025 Speed Triple 1200 RS.

Untuk pengendalian yang mantap, sistem saspensi elektronik Öhlins yang canggih dipertingkatkan, lengkap dengan peredam Öhlins SD EC. Sistem peredam elektronik disepadukan dengan sistem Ohlins Smart EC3 adalah untuk pengendalian tangkas dan kestabilan optimum.

Model ini juga dilengkapkan dengan sistem penyenyap Akrapovic, bahagian luar titanium dan pada braket. Di bahagian penutup dikemaskan dengan gentian karbon dan dipadankan pula dengan logo Akrapovic terukir laser.

Seperti Speed Triple 1200 RS baru, RX memberikan kuasa tiga kali ganda, enjin tiga silindertriple 1160cc menawarkan hantaran kuasa setinggi 183PS pada 10,750 rpm dan 128Nm pada 8,750 rpm.

Triumph baru ini turut dipadatkan dengan sistem elektronik moden seperti Mod Tunggangan (Rain, Road, Sport, Track, Rider), Cornering ABS, Optimised Cornering Traction Control, Cuickshifter, Front Wheel Lift Control, Engine Braking Control dam Brake Slide Control.

Tayar hadapan bersaiz 120/70ZR17 58W manakala di belakang pula bersaiz 190/55ZR17 75W yang dikawal sebaiknya oleh sistem brek cakera jenis Brembo Stylema (depan) dan mengekalkan Brembo di bahagian belakang.

Meneruasi panel meter TFT, para pemiliknya dapat menikmati My Triumph Connectivity System yang memberi akses kepada sistem navigasi, muzik dan lain-lain. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.