Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 Ogos 2018

Benelli Mega Gathering 4.0 2018

Pada 28 April 2018 lalu, Benelli Club Owners Malaysia telah menganjurkan Mega Gathering 4.0 yang diadakan di Resort Citra Kasih, Pengkalan Balak, Melaka. Perhimpunan kali ini berjaya mengumpulkan seramai 250 pemilik motosikal Benelli yang datangnya dari Kelab Benelli Matters, Sewel Bikers, Freedom Bikers, GS Club dan lain-lain.

Para bikers berkumpul terlebih dahulu di Kuala Lumpur sebelum memulakan perjalanan ke Melaka. Apa yang cukup membanggakan, jumlah peserta yang ramai bukanlah menjadi alasan untuk jadikan perjalanan tidak terurus sebaliknya Benelli Club Owners sememangnya mengutamakan disiplin dan tahap keselamatan yang tinggi sewaktu menunggang.

Kelab Benelli Melaka dipilih menjadi tuan rumah untuk Mega Gathering kali ini dan acara perasmian pada hari tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, En. Asri Ahmad. Pelbagai aktiviti riadah telah disediakan untuk semua peserta yang hadir di resort tersebut. Antaranya ialah tarik tali, bola tampar pantai dan bola sepak pantai.

Di sebelah malam pula, para peserta disajikan dengan hidangan makan malam yang cukup menyelerakan manakala cabutan bertuah sememangnya sentiasa menjadi acara kemuncak. Pelbagai jenis hadiah seperti topi keledar LS2, minyak enjin PJ1 dan barangan koleksi menarik dari Benelli menjadi rebutan. Selain menerima sokongan padu daripada pihak Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, perhimpunan ini juga menerima tajaan dari pelbagai pihak seperti LS2 Helmet, Benelli Matters dan banyak lagi.

Kejayaan penganjuran ini sebenarnya bukanlah hanya datang dari jumlah penyertaan para peserta tetapi juga objektif utama iaitu pengeratan hubungan silaturrahim di antara para pemilik Benelli dapat disempurnakan. RR

Isu Pada

Ogos 2018

Popular

  • Warta Roda

    Pelajar Sekolah Maut Selepas Motosikal Dinaiki Rempuh Lori

  • Model Baru

    Hanway Heritage, Jentera Gaya Bobber Dilancarkan!

  • Model Baru

    ARIIC 318GT Secara Rasmi Dilancarkan – RM 22,888

  • Dari Litar

    Fabio Quartararo Kembali Julang Yamaha di Podium. Alex Marquez Raih Kemenangan Pertama

  • Warta Roda

    Kemalangan di Lebuhraya Karak. Penunggang Motosikal Dikesan Polis

Artikel berkaitan

Pelajar Sekolah Maut Selepas Motosikal Dinaiki Rempuh Lori

Kemalangan di Lebuhraya Karak. Penunggang Motosikal Dikesan Polis

Kemalangan Empat Buah Kenderaan, Pelajar Maut

Yamaha Masuk Malaysia Autoshow? Ye ke? Lancar XMAX baru ke?

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Ducati 125 Regolarita: Rangka Di Dalam Almari

Kembalinya Ducati ke pasaran MX dan Enduro satu silinder memerlukan kita melihat ke dalam cermin pandang belakang sejarah ke zaman ketika pengeluar motosikal sukan terkenal Itali itu terakhir kali terlibat dalam sektor offroad.

Model Baru

Pencabar Baru Segmen Cruiser, BENDA LFC700 PRO - RM48,888

BENDA Motorcycles Malaysia telah memperkenalkan model terbarunya iaitu BENDA LFC700 Pro.

Dari Litar

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Sejak di sesi latihan bebas, jentera bernombor '93' sentiasa mendapatkan rentak yang luar biasa, catatan masa terpantas, diikuti dengan kedudukan petak pertama, menang perlumbaan Sprint Test dan mengakhiri GP Qatar juga sebagai Sang Juara.

Warta Roda

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

MOT telah menyumbang sebanyak 55 unit motosikal jenama Yamaha Ego Avantiz kepada penduduk terjejas dalam insiden letupan paip gas.