☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 14 April 2025

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Sejak di sesi latihan bebas, jentera bernombor '93' sentiasa mendapatkan rentak yang luar biasa, catatan masa terpantas, diikuti dengan kedudukan petak pertama, menang perlumbaan Sprint Test dan mengakhiri GP Qatar juga sebagai Sang Juara. Ya..itulah dia kejayaan yang dicatatkan oleh jaguh pasukan Ducati Lenovo, Marc Marquez.

Perlumbaan di Litar Lusail, Qatar sememangnya banyak drama! Sebaik sahaja dilepaskan Marc dan Alex Marquez yang berada di petak hadapan terus memecut untuk meninggalkan para pelumba lain. Berlaku sentuhan di antara pasangan adik beradik itu sehinggakan 'sirip ekor' jentera Marc patah. Alex yang ketinggalan selepas perlanggaran itu meningkatkan rentak tetapi sekali lagi berlanggar, kali ini dengan Fabio Di Giannantonio. Kedua-dua terkeluar litar...nasib baik dapat meneruskan perlumbaan semula. (Alex dikenakan penalti Long Lap).

Selepas Vinales dikenakan penalti, Pecco naik 1 anak tangga dari kedudukan ketiga kepada naib juara.
Selepas Vinales dikenakan penalti, Pecco naik 1 anak tangga dari kedudukan ketiga kepada naib juara.

Franco Morbidelli memimpin perlumbaan dengan tenang.
Franco Morbidelli memimpin perlumbaan dengan tenang.

Di depan, Marc dikejutkan dengan terjahan sempurna oleh Franco Morbidelli untuk merampas tempat pertama. Dia kemudiannya dipintas lagi oleh Francesco Bagnaia (Pecco) dan Maverick Vinales tidak lama kemudian. Ketika saingan berbaki 12 lap sahaja lagi, Marc dan Pecco mula mengasak untuk ke hadapan. Akhirnya Marc kembali memimpin perlumbaan.

Vinales tenang mengawal kedudukannya di tempat kedua hingga tamat saingan manakala perebutan tempat ketiga di antara Pecco dan Morbidelli masih sengit. Kedua-duanya saling memintas yang akhirnya dimenangi oleh Pecco untuk meraih 16 mata penting.

Fabio memiliki keupayaan mencabar para pelumba di hadapan jika jenteranya benar-benar mantap.
Fabio memiliki keupayaan mencabar para pelumba di hadapan jika jenteranya benar-benar mantap.
Luca Marini '10' berjaya menewaskan Brad Binder dalam perebutan tempat ke-10.
Luca Marini '10' berjaya menewaskan Brad Binder dalam perebutan tempat ke-10.

Marc melintasi garisan penamat sebagai juara dan ini merupakan kemenangan pertamanya di GP Qatar sejak 2014 dan rekod juara ke-114 dalam saingan MotoGP - satu pencapaian yang luar biasa. Malang buat Vinales apabila dikenakan penalti - 16 saat selepas siasatan dilakukan berhubungan perlanggaran peraturan tekanan tayar minimum. Dari tempat kedua, Vinales jatuh ke kedudukan ke-14 dan ini memberi peluang buat Pecco dan Morbidelli untuk naik satu anak tangga.

Johann Zarco memang padu! Raih tempat keempat di Lusail.
Johann Zarco memang padu! Raih tempat keempat di Lusail.
Alex Rins masih belum dapat memberikan keputusan yang terbaik.
Alex Rins masih belum dapat memberikan keputusan yang terbaik.

Johann Zarco merupakan pelumba terbaik Honda yang berada di tempat keempat manakala jaguh Yamaha, Fabio Quartararo di posisi ketujuh selepas berjaya menewaskan seterunya Pedro Acosta yang terpaksa berpuas hati di tempat kelapan.

Semoga Jorge Martin segera sembuh dari kecederaan.
Semoga Jorge Martin segera sembuh dari kecederaan.

Juara MotoGP 2024, Jorge Martin yang kembali bersaing sekali lagi terlibat dalam kemalangan dalam Lap 14. Dia kemudiannya dibawa ke hospital dan telah disahkan patah tulang rusuk posterior sebelah kanan. RR

Kedudukan Selepas GP Qatar:

  • Marc Marquez             123 mata
  • Alex Marquez              106 mata
  • Francesco Bagnaia       97 mata
  • Farnaco Morbidelli        78 mata
  • Fabio Di Giannantonio  48 mata

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.