☰
Isu Terkini

Oktober 2024

11 November 2020

Andrea Iannone Digantung Perlumbaan Empat Tahun.

Lausanne, 10 November 2020: Mahkamah Timbang Tara Sukan (The Court of Arbitration for Sport - CAS) telah mengumumkan keputusannya dalam prosedur timbang tara rayuan di antara pelumba MotoGP Itali Andrea Iannone, World Anti - Doping Agency (WADA) dan Fédération Internationale de Motocyclisme (FIM).

Andrea Iannone dan WADA memfailkan rayuan di CAS secara berasingan terhadap keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Tatatertib FIM Antarabangsa bertarikh 31 Mac 2020 di mana Andrea Iannone didapati melanggar peraturan anti-doping (mengandungi Drostanolone, steroid anabolik yang tersenarai sebagai bahan larangan WADA)

Keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Tatatertib FIM Antarabangsa terhadap Andrea Iannonne ialah digantung daripada perlumbaan selama empat tahun bermula pada 17 Disember 2019, semua keputusan kompetitif yang diperolehnya dari 1 November 2019 telah dibatalkan dan termasuk kehilangan pingat, mata dan hadiah.

Pelumba Itali tersebut didapati bersalah selepas gagal ujian doping ketika perlumbaan Grand Prix Malaysia pada November 2019. Dalam rayuannya, Iannone menyatakan kandungan bahan terlarang itu berpunca daripada daging yang dimakannya ketika itu.

Bagaimanapun, CAS menolak rayuan yang dikemukakan selepas pihak Iannone gagal memberi sebarang bukti jelas dan secara khusus tentang isu pencemaran daging tersebut. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.