Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model
Menurut pihak ZXMOTO Malaysia, tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Kehadiran pasukan jurutera tersebut bertujuan untuk memberikan tunjuk ajar secara langsung kepada pasukan teknikal ZXMOTO Malaysia mengenai prosedur pemasangan yang terbaik, pemeriksaan kualiti, proses penalaan enjin, sistem elektronik dan sistem keselamatan di setiap peringkat.



Selain aspek pemasangan, para jurutera tersebut turut memberi penekanan kepada ketepatan dan kawalan kualiti bagi memastikan setiap unit memenuhi spesifikasi dan kualiti jentera ZXMOTO berada di tahap tertinggi sebelum sampai ke tangan pelanggan. Pada masa yang sama, ini mencerminkan usaha kedua-dua pihak (ZXMOTO Malaysia & ZXMOTO China) dalam penghasilan produk terbaik. RR




