☰
Isu Terkini

Oktober 2024

16 Jun 2023

Apakah Fungsi Minyak Pelincir di Dalam Enjin?

Minyak hitam memainkan beberapa peranan yang amat penting di dalam enjin motosikal anda dan enjin anda tidak akan berfungsi dengan ketiadaan minyak hitam.

Jadi, kita huraikan 5 fungsi utama minyak hitam.

Ini merupakan peranan yang diketahui umum. Selaput minyak hitam sebenarnya menjadi pemisah antara dua permukaan yang bergerak agar mereka tidak bergeser. Geseran akan menyebabkan peningkatan haba yang mendadakdan menghakis komponen-komponen tersebut. Haba akibat eseran inilah yang membuatkan piston "jem".

Sesebuah enjin mempunyai banyak komponen lain yang turut bergerak seperti aci sesondol (camshaft), aci engkol (crankshaft), gear-gear di dalam kotak gear, dan lain-lain. Kesemua ini memerlukan pelinciran.

Tidak kira samada enjin motosikal anda menggunakan penyejukan cecair mahupun penyejukan udara, minyak hitam turut menyerap haba hasil pembakaran bahanapi. Selain daripada itu, minyak pelincir juga meyerap haba daripada beberapa bahagain yang lain. Udara atau cecair hanya dapat menyejukkan bahagian blok enjin dan tidak dapat berbuat demikian bagi komponen-komponen lain seperti gear-gear, aci engkol, tren injap, klac dan sebagainya. Ada juga enjin motosikal yang menggunakan jet minyak yang memancut minyak ke bawah piston bagi menyejukkannya.

Pembakaran bahanapi menghasilkan beberapa bahan buangan seperti karbon dan sulfida. Bahan-bahan ini akan berkumpul pada dinding silinder dan minyak hitamlah yang akan mengalirkan mereka ke dalam takungan minyak. Inilah antara sebab kenapa minyak hitam bertukar kepada warna yang lebih gelap kelak.

Bayangkan kita ada sepasang playar baharu yang kita simpan di dalam kotak perkakas. Lama-kelamaan, permukaannya menjadi karat. Sebaliknya ia tidak menjadi begitu jika kita sapukan minyak padanya dari peringkat awal.

Minyak hitam juga memainkan peranan ini di dalam enjin.

Setiap komponen mempunyai ruang yang halus di antara mereka tetapi yang paling penting ialah ruang di antara gegelang piston dan permukaan silinder. Ruang ini akan membiarkan gas hasil pembakaran bahanapi melepasi mereka dan turun ke dalam kotak engkol, justeru enjin kehilangan kuasa.

Minyak hitamlah yang menjadi penebat ruang ini. Minyak yang baik hendaklah menahan tekanan dan haba yang ekstrim ini.

Fungsi ini khususnya bagi motosikal yang menggunakan klac basah. Tujuan klac yang dibasahi oleh minyak ialah bagi menyejukkan plat klac agar ia tahan lebih lama.

Eh, eh, tapi bukankah minyak ini melincirkan tetapi boleh pula memastikan plat klac bergeser dan melekat? Ya, ini betul. Minyak hitam motosikal yang telah lulus piawaian JASO MA atau JASO MA2 perlu memastikan bahawa plat klac boleh melekat bagi memindahkan kuasa enjin ke kotak gear.

Sebab inilah minyak untuk enjin motosikal berlainan daripada minyak untuk enjin kereta! Sebab inilah kami sarankan anda TIDAK menggunakan minyak enjin kereta di dalam enjin motosikal anda kerana ia akan menyebabkan kegelinciran klac. Klac anda akan haus dengan cepat. Dan sebab inilah kenapa enjin terasa lebih lancar apabila menggunakan minyak hitam kereta kerana klac akan bergelinciran!!!

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.