☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 20 Jun 2025

Triumph Tiger Sport 800: Garang Tapi 'Jinak!'

Kalau ada hasrat nak cari motor yang boleh laju atas highway, lincah masuk selekoh, tapi tetap selesa untuk ride jauh – inilah jawapan yang wajar pertimbangkan. Ia adalah Triumph Tiger Sport 800.

Sebelum saya ride model ini, saya pernah menunggang uji Tiger Sport 600 suatu ketiga dulu dan prestasinya secara keseluruhan memang cukup padu. Ringan, senang nak control tapi pada masa yang sama, PANTAS!!!

Cosmic Yellow.
Cosmic Yellow.

Bila diberi peluang oleh Triumph Malaysia untuk berdating dengan 'Harimau Hitam' ini untuk beberapa hari, saya terus membuat keputusan untuk ke Lumut, Perak. Isi baju dalam beg...esoknya terus tinggalkan Kuala Lumpur. Jom saya kongsikan apa yang saya nikmati perjalanan dengan 'Sang Harimau' ini.

“Making every ride more enjoyable, the Tiger Sport 800 has a roomy, upright riding position, combined with a comfortable, ergonomically designed seat, with generous padding that supports both the rider and pillion.” - itulah yang dinyatakan di laman web rasmi Triumph untuk jentera kembaranya ini.

Okay, kali ini saya menunggang berdua! Biar kami dapat rasa, adakah Tiger Sport 800 ini sesuai untuk semua jenis tunggangan?

Posisi menunggang pada mulanya seperti tidak berada sesuai dengan kaki saya. Baru 100 kilometer, saya rasa tak selesa. Adakah disebabkan kedudukan tempat pemijaknya? Saya perlu segera atasi masalah peribadi ini, dan oleh kerana pelananya yang setinggi 835mm itu juga cukup luas. Saya mudah ubah posisi dan lepas tu, tak ada lagi masalah kurang selesa.

Tiger Sport 800 ini dilengkapkan dengan kerangka keluli (jenis tiub), dipadankan fork hadapan jenis USD dan penyerap hentaj tunggal di belakang. Pakej untuk rekaan casis ini memberikan kestabilan maksimum dan kawalan yang optimum. Jalan beralun atau di laluan selekoh tak jadi hal! Semuanya diredah dengan sempurna.

Keadaan trafik ke Utara melalui PLUS sekarang ini memerlukan jiwa yang sabar! Asal cuti saja mesti 'jem'...ada 'jem' saja mesti cuti! Mujurlah Tiger Sport 800 yang kami uji ini tidak dilengkapkan dengan sebarang kotak barang. Jadi...senang jugalah nak mencelah.

Enjin 3 silinder memberikan hantaran kuasa setinggi 113hp pada 10,750rpm dan tork pada 8,250rpm cukup lancar, senyap tetapi bertenaga. Dengan tiga mod tunggangan iaitu Sport, Road dan Rain, kita boleh memilih setiap talaan itu bersesuaian dengan keadaan cuaca atau permukaan jalan. Menerusi panel meter TFT yang cerah dan jelas, tak masalah untuk kita melihat segala informasi dan talaan yang dipilih pada bila-bila masa.

'Harimau ini cukup seronok bila kita mula tarik throttle, lebih-lebih lagi dalam gear-gear pertengahan. Kuasa meningkat tanpa tersentak, hadirnya sistem Quick Shifter (atas dan bawah) memberikan kelancaran posisi gear dan sudah tentulah sistem Slip & Assist Clutch mengurangkan 'kudrat' menggunakan tuas klac.

Makin dipecut, makin garang bunyinya!Bukan bising… tapi ada “karakter” bak kata kawan saya yang membuatkan kita tersengih 'sorang-sorang' sewaktu memotong setiap kenderaan di hadapan.

Dari Ipoh, kami guna jalan dalam melalui Teronoh – Seri Iskandar dan berhenti berehat seketika di Bota. Kami ingin kongsikan kebaikan beberapa orang pelanggan yang seusia ayah kita yang bermurah hati 'belanja' minum petang hari itu. Sempat juga berborak sakan..tapi tak sempat tanyakan nama. Bila semuanya dah balik, tokey kedai tu maklumkan makan minum kami dah dibayar.

“Terima kasih semua, walau di mana anda berada sekarang, kami doakan kalian dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.”

Dengan Triumph Tiger Sport 800 ini, jalan apa pun dia layan! Highway? Jalan kampung beralun? Laluan berselekoh ala Ulu Yam? Semua di tanggung beres. Sistem saspensi depan belakangnya boleh dilaras membuatkan motor ni rasa “melayang” dengan kemas bila masuk corner. Aduhai...sedap betul!

Jentera ini dilengkapkan dengan tayar hadapan bersaiz 120/70 R 17 dan 180/55 R 17 di belakang yang dikawal dengan baik oleh sepasang brek cakera 310mm di depan dan brek 255mm di belakang yang semuanya itu dipadankan dengan sistem ABS.

Ya...Triumph Tiger 800 Sport ini menggabungkan keselesaan untuk kembara dengan prestasi sporty ke dalam satu pakej yang sempurna. Posisi tunggangan tegak, santai, windscreen pun boleh laras, pelana empuk. Orang belakang juga tak merungut, semua ini buatkan perjalanan jarak jauh jadi nikmat.

Dari segi teknologi? Tiger ini sudah cukup padu untuk para rider matang mahupun yang baru. Kita dapat Cruise Control, ABS, Traction Control, Quickshifter, Riding modes (Rain, Road, Sport)

Bukan sekadar gaya ye... semua ini bantu kita untuk meredah ribuan perjalanan dengan lebih yakin, tak kira hujan atau panas.

Kami bermalam di bandar Lumut, menikmati pemandangan yang cukup menenangkan.

Lebuhraya WCE memang best.... lancar ...lurus... boleh lah sesekali Tiger ini berlari laju sikit! Tapi...bila masuk Sekinchan – Tangjung Karang – Kuala Selangor, memang sangkut dengan keadaan trafik yang cukup sesak. Mujurlah Tiger Sport ini mudah nak kawal walaupun seberat 214kg. Saya juga dapati bahang dari bahagian enjin tidak begitu terasa walaupun terpaksa merangkak-rangkak ketika berusaha meninggalkan kawasan 'jem' ini sesegera yang boleh.

Tangki besar (17.2 liter), mileage boleh cecah 350km dengan isian penuh! Jauh tu!

Triumph Tiger Sport 800 telah memberikan pengalaman menunggang yang seimbang di antara kuasa, keselesaan dan pengendalian. Enjin tiga silider cukup responsif dan lancar manakala posisi menunggang yang ergonomik membuat perjalanan cukup selesa bukan sahaja untuk seorang sahaja tetapi berdua.

Namun begitu, mungkin Tiger ini mungkin agak tinggi dan berat buat sesetengah penunggang tetapi saya yakin, kalau dah mahir... tak ada masalah pun.

Triumph Tiger Sport 800 ditawarkan pada harga asas bermula RM63,900 (tanpa pendaftaran & insurans) dengan empat pilihan warna iaitu Cosmic Yellow, Caspian Blue/Phantom Black, Graphite/Sapphire Black dan Sapphire Black.

Pihak Triumph Malaysia ada tawarkan macam-macam aksesori menarik dengan setiap pembelian Tiger Sport 800 ini. Antaranya ialah pek touring Triumph menarik seperti pannier dengan beg dalaman, top box (muatkan dua buah helmet mat!), rak bagasi, kit pemasangan top box, pad sandaran top box dan kit tongkat tengah. Padu kan? Jom hadirkan diri ke pusat pengedar rasmi Triumph yang berdekatan atau layari http://www.triumph-motocycles.my. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Honda CRF1100L Africa Twin 2026: Pengembaraan Baru Bermula

Honda CBR650R E-Clutch - Sebuah Supersport Mesra Pengguna?

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Suzuki GSX-8TT - Sentuhan Retro Tapi Moden

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Yamaha NVX 155 SP - Skuter Premium Dengan Teknologi Terkini

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.