☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 Jun 2025

Kereta Masuk Lorong Motosikal, Polis Siasat Nenek!

NIBONG TEBAL: Polis membuka kertas siasatan kes wanita warga emas memandu kereta di laluan motosikal di Jambatan Kedua Pulau Pinang yang rakaman video perbuatannya tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Jay January Siowou, berkata wanita tempatan berusia 70 tahun itu berjaya dikesan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati kejadian di Kilometer 8.6 Jambatan Kedua Pulau Pinang atau Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS) dari Batu Kawan menghala Batu Maung, kira-kira jam 1.30 petang semalam.

"Bertindak atas maklumat itu, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Kaedah 8(3) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN166/59) kerana kesalahan menggunakan lorong tidak dibenarkan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD( Seberang Perai Selatan di talian 04-5858222.

Terdahulu tular di media sosial video berdurasi enam saat memaparkan Proton X50 yang dipandu di lorong motosikal di jambatan berkenaan. RR

sumber: http://www.bharian.com.my

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.